Monday, April 25, 2011

Nasihat=Peringatan=Berpesan-pesan...Hati Yg Terbuka Akan Mudah Menerima ≠ Hati Keras Yg Tertutup Akan Mudah Menolak.


"Nasihat bermaksud ajaran atau petunjuk yg baik; peringatan" Kamus Pelajar Edisi Kedua.



Islam Ad-deen yg kita anuti, fahami dan amalkan ini menekankan elemen nasihat-menasihati sesama manusia. Nasihat seperti definisi di atas ialah memberi ajaran atau petunjuk yg BAIK atau kata lainnya peringatan. Nasihat biasanya kita beri atau terima apabila ada diantara kita yg menghadapi MASALAH. Masalah datang dalam pelbagai bentuk sama ada masalah jasmani, masalah emosi masalah rohani atau masalah intelektual. Sesungguhnya itulah ujian dari yg Maha Esa yg perlu kita tempuhi dengan penuh kesabaran dan ketabahan sebagai Muslim yg sejati. Namun, nasihat itu kadangkala tidak perlu diberi hanya apabila timbulnya masalah. Nasihat itu juga perlu diberi secara berterusan sebagai tazkirah pada diri dan orang lain pada setiap masa. Itulah nasihat dalam dakwah dan tarbiyyah. Mengutip mutiara-mutiara kata daripada seorang teman yg dapat kita amalkan, InsyaAllah: "Erti hidup pada memberi. Memberi nasihat, memberi sumbangan, memberi apa-apapun yg dirasakan perlu. Oleh itu, berilah nasihat."



"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." Surah Al-Asr ayat 1-3.



Saudara2ku, sesungguhnya firman Allah dalam surah Al-Asr ini amat jelas sekali menyatakan kepentingan nasihat iaitu mereka yg tidak kerugian selama masa bergerak adalah mereka yg "...Beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran". Subhan'Allah (Maha Suci Allah). Lihatlah betapa kita disuruh menasihat dengan kebenaran dan menasihat dengan kesabaran. Ayuh!



Kendatipun begitu, realitinya dalam kehidupan ini, begitu mudah sekali jika ditulis atau dituturkan secara literal tentang nasihat sehingga kita terlupa bahawa nasihat juga perlu disampaikan dengan teknik dan cara yg betul supaya keberkesanannya di tahap maksimum. Teknik yg betul yg saya maksudkan adalah kebijaksanaan dalam memberi nasihat yg mana ianya beramal dengan cara yang terbaik. Namun, apabila kita berbicara tentang kebijaksanaan ini barangkali terlalu general untuk difahami apabila kita memperkatakannya. Oleh itu, satu perkongsian yg saya rasa perlu tentang teknik2 menasihati rakan-rakan dengan cara yg terbaik (diperoleh dari pembacaan dan pemerhatian). Antaranya:



1). Membiasakan diri dengan bercakap dengan lemah lembut dalam menasihati atau menegur. Nasihat yg kasar dan melulu kadangkala akan ditentang dengan perasaan yg negatif dari penerima nasihat.

"Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut". Surah Taha ayat 43-44.



2). Hadirkan dalam hati rasa tawaduk (merendah diri dan tidak sombong) serta amat inginkan saudaranya dapat menerima nasihat kerana Allah dan juga berkata-kata seolah-olah ingin menasihati diri sendiri.



3). "Privatekan" nasihat yg diberikan. Maksudnya nasihat itu diberi bukan didepan orang ramai kerana dikhuatiri boleh mengaibkannya.



4). Mendengar dengan teliti dan penuh perhatian akn luahan masalah yg diberikan. Selepas itu ulaslah nasihat2 yg ingin diberikan.



5). Nasihat yg diberikan itu haruslah diasimilasikan dengan cadangan dan cara2 yg dapat menjadi solusi kepada masalah2 yg dihadapi.



6). Berilah motivasi atau kata perangsang yg baik. Hadis2 atau firman2 Allah juga salah satu daripada kata2 perangsang yg baik dan bagus untuk diberikan.



Begitulah serba sedikit teknik dan cara yg dapat dikongsi dan sememangnya ada banyak lagi teknik2 lain yg dirasakan baik dan bagus juga boleh digunakan.



Justeru, selalulah kita nasihat-menasihati sesama kita sebagai manusia dan sebagai umat Islam terutamanya. Renung2kan dan selamat beramal. ^^

No comments:

Post a Comment