Thursday, April 28, 2011
Oh Exam...Markah Yg Tinggi ≠ Markah Yg Rendah.
Setiap kali hampir tibanya waktu peperiksaan pasti ramai yg stress. Sehinggakan, kalau ad butang "stress" mcm butang "like" dlm facebook mesti dah beribu kali diclick oleh students. Itulah penangan Exam. Exam oh exam... (-_-).
"Peperiksaan ialah ujian yg diadakan utk menguji pengetahuan (kebolehan dll) seseorang." Sumber Kamus Pelajar Edisi Kedua.
Peperiksaan adalah ujian untuk menguji pengetahuan, kebolehan, kebijaksanaan dll seseorang...hmmm, apa yg anda faham tentangnya? Sudah tentu anda akan mengatakan exam/peperiksaan adalah leveling system untuk menentu dan membezakan peringkat pengetahuan atau kebolehan seseorang dalam pelajarannya. Barangkali ada juga yg berpendapat setelah bersusah payah study x tidur malam, keputusan yg bagus dalam exam adalah balasannya atau kepuasan. :)...Itulah peperiksaan yg bermula dengan UPSR, PMR, SPM, IB, A-level, MBBS, MB Bch BAO dan sebagainya (berbeza-beza untuk setiap individu). Peringkat demi peringkat yg dilalui semata-mata untuk mencapai sijil, diploma atau ijazah yg diinginkan selanjutnya memasuki alam pekerjaan dengan sijil yg diperoleh itu. Jadi peperiksaan juga penentu utama dalam mencapai cita-cita seseorang. Di samping itu, dalam menghadapi peperiksaan ini, pasti ada yg akan berjaya menggenggam sijil, diploma atau ijazah itu dan barangkali akan ada juga mereka yg gagal dan terhenti di salah satu peringkat exams tersebut. Namun, kegagalan dalam peperiksaan tidak bererti akan gagal dalam kehidupan. Seseorang itu masih mampu untuk lebih berjaya dalam alam pekerjaan walaupun mereka gagal dalam peperiksaan formal ibarat Bill Gates individu terkaya di dunia yg telah gagal semasa belajar di Harvard. Itulah exam dunia.
Namun, bagaimana pula dengan exam akhirat? Saudara dan saudari, jika kita selidiki dan mendalami kehidupan ini, apabila kita berbicara tentang exam pasti akan teringat firman Allah yg bermaksud:
"Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman. Sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka dan benar-benar Allah mengetahui orang-orang yang benar dan mengetahui pula orang-orang yang dusta" Al-Ankabut ayat 2-3
Sesungguhnya Allah menguji hamba-hambanya bagi menentukan apakah benar bahawa mereka merupakan orang-orang yg beriman seperti yg dikatakan. Sebenarnya, Allah mengetahui apa yang tersembunyi dalam hati manusia ;baik yang telah terjadi atau yang sedang terjadi, mahupun yang akan terjadi. Ujian diadakan Allah agar yang diuji akan menampilkan kepalsuan yang disembunyikannya dalam hatinya. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui. Maka dengan adanya ujian itu, biarlah faktalah yang berbicara.
Oleh itu, nyatalah bahawa kehidupan ini juga ibarat exam buat hamba-hambaNya. Exam bagi menentukan ke syurga atau ke nerakakah seseorang itu yg mana ianya tergantung pada pahala dan dosanya serta rahmat Allah. Cuma bezanya dalam exam ini, ujiannya berbentuk lebih praktikal dan lebih mudah kerana manusia diberikan skema-skema jawapan bagi mendapatkan syurga(markah tertinggi dan terbaik) juga skema-skema untuk ke neraka(markah terendah dan terburuk). Daripada skema-skema inilah manusia itulah yg memilih jawapan dan mendapat keputusannya diakhirat nanti. Siapa yg amal dan pahalanya lebih banyak bakal mendapat tingkatan syurga yg tertinggi dan tingkatan syurga itu akan turun sedikit demi sedikit tergantung pada jumlah amalan kita di dunia dan rahmat Allah. Oleh itu, pilihlah skema-skema jawapan yg terbaik yg bakal membawa anda ke syurga tertinggi (InsyaAllah). Ayuh!
Oh Exam...(^_^) Jangan stress2...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment