Thursday, June 16, 2011

Soalan Placement (Kolej MARA Banting (KMB))


Question
Assalamualaikum, nak tanya la, nanti universiti placement kite kene cari sndiri atau mara/kmb yg akn carikan untuk kita? Prosesnya macam mana ?

Jawapan
(Untk pelajar medik shj)
Placement akan dipohon students tetapi akan ditetapkan berdasarkan pencapaian semasa sem1 dan sem2. Setiap pelajar boleh memilih dua negara maksimum sebagai pilihan (1st choice and 2nd choice). Perhatian ( untuk pelajar medik: sekiranya memilih dua universiti di Ireland, maka anda tidak boleh memilih negara lain. Sbg contoh: Anda memilih Irish Uni & Medical Consortium (IUMC) dan Penang Medical College (PMC) yg mana kedua-duanya di Ireland, maka tiada 2nd choice negara lain).

Bagi yg memilih UK dan Ireland contohnya, pelajar yg memilih negara2 ini sebagai pilihan akan menghantar permohonan mereka kepada placement officer. Placement officerlah yg kemudiannya akan menentukan pilihan yg mana yg layak untuk pelajar tersebut berdasarkan kecemerlangan akademik semasa sem 1 dan sem 2 dan juga faktor lain (communication skills and comment cikgu mybe). Sekiranya pelajar tersebut layak dan terpilih untuk UK contohnya, maka dia akan meneruskan permohonannya untuk menyambung pelajarannya di UK shj dan dia tidak boleh memohon untuk universiti2 di Ireland lagi.

Namun begitu, ini hanyalah general rules shj...In real situation, placement setiap students akan jatuh satu demi satu peringkat sekiranya mereka gagal untuk menempatkan diri di universiti pilihan masing-masing. Sebagai contoh, pelajar yg memilih UK sbgai negara pilihan dan diapprove oleh placement officer telah gagal untuk mendapat tempat di mana-mana universiti di UK, maka kebiasaannya dia akan diletakkan di Ireland bound pula dan memohon di mana mana universiti yg kosong di sana either IUMC or PMC. Dan mungkin juga di mana-mana negara lain tergantung kepada perbincangan dan keputusan dari placement officer.

Sebagai tambahan, UK placements agak terhad bagi MARA sponsored students jadi pastikan anda berusaha yg terbaik utk sem 1 dan sem 2. Pastikan pointer anda melebihi 35 bagi kedua2 sem. InsyaAllah segalanya akan mnjadi mudah. Bagi Ireland, IUMC agak strict jadi pastikan sem1 dan sem 2 anda cemerlang juga. Tidak dilupa New Zealand dan Australia serta Czech Republic. Yg penting study well to achieve high point especially in math and chem.

Lastly, jngan risau takut xde placements bcoz at the end of the day, semua orng akan ada placemnts masing-masing...xde yg tertinggal. Just do your best in 1st and 2nd sem to secure placements yg anda inginkan and do your best in final sem to make sure you pass the pointer requirements from the university yg dipohon. Ganbarre.

( Maklumat ini InsyaAllah betul sehingga tahun 2010, sekiranya terdapat perubahan, penulis memohon maaf dan diminta dicorrectkan. hv my thankz in advance.)

1 comment: