Saturday, April 30, 2011

Al-Imran: Ayat 103-105...Let's Unite! Here and Now!...^_^, ^_^, ^_^ ≠ ^_^


                                                    Let's UNITE!!! Here and Now!


“Saya mahu sertai program persatuan/jemaah A, program persatuan/jemaah B, program persatuan/jemaah C sebab saya sudah bosan dengan perpecahan”, kata seseorang kepada saya.

Saya tidak terkejut sekiranya kenyataan ini keluar dari mulut pelajar2 baru yg sampai ke Dublin atau ke mana-manapun di bumi ini. Hal ini kerana saya turut pernah mengeluarkan kenyataan yang sama (saya juga pelajar junior yg baru).

Jika saya, anda dan mereka seorang pendokong dan kekasih yang berkasih dengan Islam, saya, anda dan mereka harus lebih teliti, rasional dan realistik tentang perkara yg saya cuba bincangkan dalam entri ini. Asalnya saya kurang berminat bercakap tentang hal ini. Terserahlah kepada pelajar2 junior ini untuk mencari cara terbaik bagi mereka ‘menolong agama Allah’. Tetapi pilihan yang terlalu terbuka ditambah dengan environment 'memancing' menyebabkan mereka meraba-raba di bawah sinar mentari, bukan purnama. Barangkali boleh menyebabkan ada yg tersadung atau terjatuh luka dalam kesiangan hari.

Baiklah, setelah memerhati dan mendalami, saya mengerti serba sedikit tentang kegusaran "perpecahan" yg mereka dan saya maksudkan itu.

Izinkan saya membuat satu cerita sebagai analogi bagi saya memudahkan penerangan. Juga buat anda dan mereka berfikir.

“Jika kita seorang pengguna ubat gigi, kita bebas untuk memilih ubat gigi yang sesuai dengan keperluan kita. Pilih sahajalah mana-mana ubat gigi yang ada di pasaran kerana semua ubat gigi itu umumnya berkongsi tujuan untuk memutih dan menyihatkan gigi kita.
Cuba bayangkan pula di sebuah pasaraya yg mempunyai satu rak besar yg menjual ubat gigi sahaja. Ada 4 hingga 5 jenis ubat gigi yg dijual dari Colgate, Darlie, Sensodyne hinggalah fresh & white. Ubat gigi yg dijual ini datang daripada pelbagai syarikat dengan harga dan kandungan klorida yg berbeza-beza. Ubat gigi ini selanjutnya dijual dalam baris yg sama dan dipamerkan pada hari yg sama cuma packagingnya yg barangkali berbeza. Jadi sebagai pembeli sudah tentu anda akan membeli ubat gigi yg memberikan kesan yg terbaik dalam memutih dan melindungi gigi anda. Maka, disebabkan persaingan ini, syarikat-syarikat ubat gigi ini mengambil keputusan untuk meningkatkan promosi sehingga ada yg sanggup menurunkan harga dan memberi hadiah koleksi cawan atau pinggan bagi menarik hati pelanggan. Pada saat ini saya ingin bertanya, apakah motif syarikat-syarikat ubat gigi ini terhadap penjualan ubat gigi tersebut? Adakah motifnya untuk memutihkan gigi para pelanggannya atau adakah sekadar  keuntungan semata-mata demi kelangsungan syarikat masing-masing? Ya, motifnya adalah... anda fikirkan dan jawablah sendiri.

Oleh itu, berdasarkan analogi yg diberikan, saya melihat bahawa setiap kumpulan Islam ini jelasnya mempunyai maksud dan tujuan besar yang sama. Tetapi malangnya mereka berbeza jalan dan pendekatan hingga ada yang bertembung dan bertentangan. Ada yang mahu sampai kepada Islam dengan memanfaatkan ruang di dalam demokrasi, ada yang mahu sampai kepada Islam dengan berperang berpatah arang dengan demokrasi, dan ada juga yg mahu membina asas yg kukuh dahulu dengan ahli-ahli yg ramai terlebih dahulu; itu contohnya. Namun, dalam kesungguhan dan kesibukan dalam mencapai tujuan besar ini, realitinya apabila terdapat banyak jemaah yg mempromosi tujuan yg sama, maka mereka bersaing bagi mendapatkan ahli yg sesuai dengan fikrah yg mereka bawa. Dalam persaingan inilah timbulnya perselisihan tarikh bagi kebanyakan program yg mereka jalankan dan ini berlanjutan sepanjang tahun sehingga sekarang pada saat entry ini ditulis. Jadi, dalam persaingan ini, apakah motif jemaah-jemaah ini terhadap ahli-ahli mereka? Masihkah dengan tujuan besar yg sama atau sudah dicemari dengan motif-motif lain yg bersifat kepentingan? Ya...saya dan anda serta mereka, sama-samalah kita fikirkan sendiri berdasarkan analogi yg saya beri. Jujurnya, inilah realiti (bukan fantasi) yg saya perhati dan fahami  yg merupakan antara punca-punca kepada masalah kurangnya  kebersamaan antara persatuan/jemaah x2 Islam. ( terdapat punca2 lain yg boleh diperoleh menerusi forum siswa PMCSA:Johan di youtube)
link: Click di sini.

Sebagai tambahan, saya percaya bahawa perselisihan tarikh adalah perkara yg cuba dielakkan namun segalanya adalah ketentuan Illahi yg tidak dapat kita tentang seperti kekangan masa dan sumber manusia pada saat sesuatu program itu dijalankan. Namun, barangkali kita teralpa dan terlalai bahawa realitinya perselisihan2 tarikh program2 yg berlarutan sepanjang tahun bakal memberi tanda tanya kepada juniors dan orang awam selanjutnya mewujudkan perasaan bersangka-sangka antara mereka diburukkan pula dengan kisah-kisah -ve daripada ahli-ahli jemaah yg saling "memfire"  antara satu sama lain. Jadi, saranan penulis alangkah lebih baik kiranya diwujudkan satu medium di facebook contohnya yg menyatakan kenyataan rasmi daripada persatuan/jemaah x2 yg berkaitan dengan kenapa wujudnya pertindihan2 sebegini. Dengan demikian, InsyaAllah perasaan bersangka2 itu dapat ditepis dan dibuang daripada diri seterusnya mewujudkan suassana yg lebih aman dan harmoni. Dan banyak lagi cara lain yg boleh difikirkan dan diutarakan. Betul :)

MEMBERI DAN MENERIMA DI DALAM DAKWAH

"Dalam beragama dan berdakwah untuk menolong agama, apa yang perlu kita fikirkan bukan hanya pada soal apa manfaat yang kita dapat. Jika itu sahaja yang menjadi pertimbangan kita, maka tidak hairanlah kita ini mungkin menjadi orang yang paling banyak tahu, tetapi tidak berguna dan bernilai di sisi Islam, kerana tiada keinginan memberi." SaifulIslam.

"Apabila seseorang itu mahu menjadi pendokong, penyertaannya bersama sebuah gerakan Islam haruslah atas dasar kebersamaan, saling percaya mempercayai, atau dengan bahasa yang lebih kemas, dengan merujuk kepada rukun-rukun komitmen yang disebut sebagai arkaan al-bai’ah yang sepuluh oleh Hasan al-Banna."  SaifulIslam.

tulisan dari saifulislam sekadar buat renungan.( Ada kaitan dengan entri atau tidak anda renungkan).


TITIK PENYATUAN BY SAIFULISLAM.COM
link: Click di sini. 

"Tinggal satu lagi persoalan penting iaitu di manakah soal kerjasama dan penyatuan itu boleh berlaku?

Atas dinamika fikrah masing-masing, sikap (attitude) yang positif, kecenderungan kepada titik persamaan mengatasi perbedaan, di situlah kerjasama harus dibina.

Halangan kerjasama, bukanlah pada berbeza jemaah atau berlainan fikrah. Musuh kerjasama dan perpaduan ialah SIKAP dan SERKAP. Serkap fikiran berupa prasangka dan andaian di zon selesa masing-masing.

 Akan tetapi, cabaran akan menjadi lebih kritikal jika cubaan penyatuan dibuat di atas kekaburan dan kekeliruan. Tidak memahami apa yang menjadikan JIM itu JIM, PAS itu PAS, lantas mencadangkan titik yang tidak kena dengan realiti.

Atau dalam bahasa yang lebih mudah, tentukan dahulu apa yang kamu percaya, siapa diri kamu, dan di situlah bermulanya usaha besar untuk kerjasama dan penyatuan yang diimpikan.

Fikrah saya jelas dan di atas kejelasan itu, saya tidak mempunyai apa-apa masalah untuk pergi ke mana-mana program, bekerjasama dengan sesiapa sahaja dan seterusnya membantu pada apa yang boleh dibantu. Semuanya harus didahului oleh usaha menentukan apa yang kita percaya lantas menentukan siapa kita.

DALIL

“Tak ada dalil ke ustaz? Main logik akal sahaja?”, tanya pelajar tersebut.

“Ini common sense. Pemikiran yang tidak logik, adalah musuh kepada dalil! Betulkan cara berfikir sebelum meminta dalil.”, itu sahaja yang mampu saya jawab buat masa ini.

Ayuh kemaskan fikrah, untuk kelancaran dakwah. "


Konklusi

Buka hati, buka minda dan bukalah ruang untuk memikirkan perkara yg dinyatakan. Walaupun ada yg akan menganggapnya pahit dan tidak dapat menerima sehingga keluarnya statement "budak nie tak faham tarbiyyah dan fikrah lagi,"  biarlah kerana tujuan utama entri ini ditulis adalah supaya kita berfikir akan akibat, kesan dan impak kepada cara yg kita bawa dan buat terhadap umat ini. Saya ingin mengingatkan bahawa jangan biarkan cara dan fikrah kebaikan yg dibawa menjadi fitnah kepada Islam itu sendiri kerana perkara-perkara "kecil" yg dipandang enteng, mudah dan ganyir. Sesungguhnya Islam ad-deen yg kita anuti, fahami dan amalkan ini adalah bersandarkan kepada Allah S.W.T manakala taqwa dan ukhuwah adalah teras utama kepada kekuatan kita sebagai satu ummah; umat Islam. Jika hilang kedua-duanya atau salah satu darinya, maka akan musnahlah ummah ini. Sekadar mengutip mutiara kata daripada seorang sahabat" kalau masih wujud perselisihan dan perpecahan yg kita masih belum dapat selesaikan, usahlah berfikir tentang perkara-perkara yg bersifat lebih kritikal dalam kehidupan ini." Saya tidak mengambil kata-kata yg disampaikan ini secara literal, tetapi mengambilnya sebagai satu kritikan dengan unsur sinis supaya kita bersatu dan berpadu untuk mencapai tujuan yg lebih besar iaitu mengembalikan sistem khalifah dan membina negara Islam, InsyaAllah. Justeru, ayuh sahutlah seruan ini. Bersatulah!!! (bersatu yg saya maksudkan bukan bermaksud semua persatuan/jemaah perlu bersatu menjadi satu persatuan/jemaah besar, tetapi bersatu yg saya maksudkan adalah setiap persatuan/jemaah ini berdakwah dalam environment yg sihat dan tidak mewujudkan perasaan bersangka-sangka antara ahli-ahli dan orang-orang umum.).

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam. :)

12 comments:

  1. skali bace dah tau ambik dr mane. naseb baik letak link. itu menunjukkan sikap professional anda dalam menghargai karya org lain

    ReplyDelete
  2. Aku amik solusi dan beberapa kata-kata hikmah dari beliau sebagai orang yg arif...klu ak bagi aku punyer, sape pon x pecaya!...he4...Nway, IB mengajar ak utk quote drpd sape kite amik mklumat tu.:)

    ReplyDelete
  3. Nicely written:) Analogi ubat gigi by different companies tu agak deep! Buat saya berfikir!~Keep up the good work!

    ReplyDelete
  4. jzkk...semoge memberi kefahaman kepada yang masih betanya-tanya...

    ReplyDelete
  5. salam,

    kenapa bila ade perbezaan terus dianggap berpecah?

    analogi ubat gigi x tepat bagi pandangan saya. contohnya yg tepat cmni la:

    WOW-target kpd mereka yg nak fly kemana2 sahaja (US,CANADA,UK,IRELAND,CZECH)
    MOC-target kpd mereka dari KYUEM yg nk fly
    JOM-target kpd mereka yg HANYA fly ke UK/IRELAND.

    saya x nampak contoh ni sebagai perpecahan dalam umat Islam. please be open minded, okeh =)

    yg nak fly nx sem,
    muslim

    ReplyDelete
  6. Melalui kenyataan saudara Muslim, mmg benar bahawa tidak muncul soal perpecahan dan perselisihan. Dan benar bahawa berbeza x semestinya berpecah. Saya amat bersetuju dengan kenyataan tersebut dan pelajar di luar negara amat ramai, rasanya 3 program predepature pun belum tentu cukup untuk cater semua orang. Namun, persoalan yg saya rasa cuba diutarakan berkaitan dengan perpecahan adalah...

    Yang dimaksudkan berpecah atau kurang bersatu(bahasa yg lebih sopan) terjadi apabila kita melihat dengan konteks yg lebih jelas dan skop yg lebih besar. Baiklah, jika dilihat dan diperhati sepanjang tahun ini (barangkali tahun sebelumnya juga), terdapat beberapa event2 besar di bawah persatuan/jemaah yg tarikhnya bertindih dengan sesetengah alasannya ialah kekangan masa dan kekurangan sumber manusia. Namun, perkara sebegini juga seakan2 bermaksud persatuan/jemaah x2 ini cuba mengasingkan mereka yg komited dengan perjuangan masing2. Hal ini mungkin dapat difahami dan diterima bagi mereka yg "core" dan telah memahami fikrah dan manhaj tarbiyyah kumpulan masing2, tetapi bagi mereka yg baru dan tidak tahu apa2...akan ada persepsi bahawa berlakunya situasi kurang bersatu antara mahasiswa2 luar negara. Contohnya, seawal pelajar2 ini sampai ke universiti luar negara, mereka sudah dibawa dan ditempatkan di rumah persatuan/jemaah tertentu dan kebiasaannya hanya akan mengikut program2 yg dijalankan kumpulan tersebut sahaja. Kerana apa? kerana mereka tidak dapat menyertai program persatuan/jemaah lain atas sebab tarikh yg bertindih. Mereka terpaksa memilih dan kebiasaannya bila dah satu rumah semestinya semua ahli rumah akan pergi ke program yg sama. Jadi "kurang bersatunya" di sini adalah perkara2 sebegini yg kesannya akan mewujudkan situasi 2S iaitu SANGKA dan SERKAP. Jadi daripada tujuan asal yg baik bakal mendatangkan fitnah pula kepada persatuan/jemaah dan lebih teruk lagi fitnah kepada Islam itu sendiri. Situasi 2S yg saya nyatakan ini anda boleh lihat sendiri di fb dan bisik kecil di sekitar Ireland...lihatlah status rakan2 anda secara keseluruhannya, bukan status rakan2 sejemaah anda sahaja.
    Adios amigos, grasias senor.
    Wallahua'lam & Wassalam. :)

    ReplyDelete
  7. "Saranan penulis alangkah lebih baik kiranya diwujudkan satu medium di facebook contohnya yg menyatakan kenyataan rasmi atau penerangan atau penjelasan daripada persatuan/jemaah x2 yg berkaitan dengan kenapa wujudnya pertindihan2 sebegini. Dengan demikian, InsyaAllah perasaan bersangka2 itu dapat ditepis dan dibuang daripada diri seterusnya mewujudkan suassana yg lebih aman dan harmoni. Dan banyak lagi cara lain yg boleh difikirkan dan diutarakan. InsyaAllah." disalin dari artikel di atas brkitan solusi...rase2nyer saudara Muslim kurang faham maksud entri nie. Cube bce blk kseluruhn entri.

    ReplyDelete
  8. salam.

    tentang saranan penulis tu, kami sudah usahakan, cuma boleh dikatakan masih 'bayi' lagi.
    kpd saudara penulis, sye cadangkan saudara mengatur perjumpaan dgn saudara muadz shahrom, supaya saudara tidak hanya melihat sahaja, tetapi turut menyumbang tenaga dalam membantu menyelasaikan masalah ini.

    kpd saudara muslim,
    tahniah krn mempunyai satu pemikiran yg suci yg sye harapkan akan mampu membantu dakwah kita di bumi luar mahupun dalam negara. apapun, apabila kita menganalisis sesuatu kata, eloklah kita mengkaji mengapa kata2 tersebut dikeluarkan. (anologi ubat gigi sebenarnya diambil dr saifulislam, sila rujuk blog die)

    apapun, moga perbincangan kita ini membawa kebaikan dan bukannya kata-kata kosong semata-mata

    ReplyDelete
  9. setelah membaca berkali-kali, dan merujuk pada analogi yg asal, serta melihat pada situasi kini, nampaknye sye dapati ada satu sahaja kelemahan dalam anologi ubat gigi; matlamat.

    matlamat mana2 syarikat penjualan adalah meramaikan pembeli lalu menambahkan keuntungan syarikatnya. sebaliknya, matlamat sebuah persatuan islam, yg ikhlas, adalah utk membawa umat manusia kepada Allah, bukan untuk mencari keuntungan, mahupun meramaikan pengikut, tetapi mencari keredhaan Allah.

    juga, penggunaan kata-kata negatif, seperti 'malangnya', terhadap sesuatu yg ada baik buruknya akan membawa impresi kpd pembaca bahawa tiada yg positif dalam perkara itu. kerana itu, berhati-hatilah dalam memilih kata supaya tidak tersalah bicara.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas tunjuk ajar dan teguran...InsyaAllah akan diperbaiki dan diperhalusi pada masa hadapan.

    ReplyDelete
  11. salam.

    maaflah kalau tersalah baca apa yg saya ingin sampaikan (ni susahnya berbincang di alam maya)

    mungkin salah saya juga sebab x tahu situasi sebenar di tempat saudara. di kolej saya (kolej X), mmg ade banyak persatuan/jemaah, dan ada juga yg bertindih tarikh program. namun, berlapang dada la.

    apa yg kami buat, jumpa sendiri tuan penganjur, minta penjelasan. bukan main tampal notis, kutuk itu, kutuk ini..hehehe. (ada berani?)

    apa2 pun, nasib baik saya x fly ke tempat saudara (gerun jugak dgr). memang benarlah benda ni wujud di oversea sahaja (seperti video matlutfi 'serta paksa' tu).

    saya harap negara Y yg saya pergi ni x berlaku perkara2 macam ni

    terima kasih kerana berkongsi =)
    Muslim.

    ReplyDelete
  12. "di kolej saya (kolej X), mmg ade banyak persatuan/jemaah, dan ada juga yg bertindih tarikh program. namun, berlapang dada la.

    apa yg kami buat, jumpa sendiri tuan penganjur, minta penjelasan. bukan main tampal notis, kutuk itu, kutuk ini..hehehe. (ada berani?)" saudara Muslim.

    Ideal yg semua pihak yg faham akan manhaj dakwah dan tarbiyyah mahukan adalah berlapang dada dalam perkara2 sebegini(pertindihan tarikh)...Akan tetapi seperti yg saya maksudkan sebelum ini...Bagaimana pula bagi mereka(pelajar) yg "baru" dan belum mengenal erti usrah, dakwah dan tarbiyyah ini. Mereka mungkin akan melihat perkara2 sebegini sebagai situasi "kurang bersatu" yg saya maksudkan. Kerana apa, kerana tiadanya penjelasan rasmi dan usaha ke arah itu. Ya, benar semua dari kita berharap agar mereka bertanya kepada pihak2 yg terlibat secara direct akan tetapi tidak semua dari mereka berbuat demikian. Barangkali kerana mereka tidak tahu kepada siapa hendak bertanya atau malas utk mengambil tahu.

    Sebagai tambahan, saya bukan menampal notis mengutuk sana dan mengutuk sini...entri yg saya keluarkan ini pada asalnya adalah entri yg dikeluarkan Ustaz Hazrizal di saifulislam.com. Saya cume mengubah sedikit konteks dan hujah mengikut kesuaian semasa bagi membincangkan dan membicarakan isu2 yg sekiranya tidak disentuh akan menjadi busuk ibarat air tasik yg bertakung. Selain itu, saya(dan beberapa orang teman) juga telah bertanya kepada pihak2 yg berkenaan berkaitan dengan pertindihan2 tarikh sebegini sehingga sampai ke pihak atasan beberapa persatuan/jemaah. jadi tidak harus muncul persoalan "tampal notis, kutuk itu, kutuk ini."

    Sesungguhnya apa yg kita mahukan dalam membawa risalah Islam yang diperjuangkan ini adalah beramal dengan kebijaksanaan yang diwahyukan :

    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik, sesungguhnya Tuhanmu dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk" (AN-Nahl:125)

    Apa yang diajar ialah bekerjasama dalam perkara yg disepakati dan berlapang dada dalam menerima perbezaan dan mengurus perbezaan pandangan dengan tenang, dewasa dan beradab. Maka dari situlah idealisme perpaduan, kesatuan dan kebersamaan akan dicapai, InsyaAllah...Namun, secara jujurnya semua ini masih di tahap literal berdasarkan pemerhatian saya. Barangkali kita masih belajar apa itu erti PERPADUAN, KESATUAN DAN KEBERSAMAAN ANTARA KITA SEMUA SBG umat Islam.
    Wallahua'lam & Wassalam. :)

    ReplyDelete