Saturday, April 23, 2011

Suara Kecil Sang Pemimpi... Mimpi-mimpi indah ≠ Realiti Yg Ingin Dicapai Jika Kita Berhenti Di Pertengahan Jalan.


Setiap dari kita mempunyai suara-suara kecil dalam diri masing-masing. Suara hati yg memanggil-manggil kemahuan-kemahuan dari dalam diri yg mahukan sesuatu pencapaian dalam hidup. Itulah MIMPI. Itulah CITA-CITA. Itulah HARAPAN.

" kalau nak MIMPI yg tinggi2, mimpilah! Tapi kau harus yakin mimpi itu dan temukan jln terbaik buat meraihnya. Jngn kau berfikir perjlnan menuju kesana akan mulus Qal. Akan byk rintangan di depan kau. Kau harus kuat menghadapinya. Qal Kau jngn hanya pikirkn tentang diri kau. Ada sesorang yg luar biasa dlm hidup kau yg selalu dtng ambil report dngan baju safari satu2nya yg dimiliknya yg bahkan tidak dia pakai waktu berjumpa dngan pak bupati sekalipun. Dia memakainya hanya utk kau Qal. Kau adalah kebanggaannya." Pak Mustar (Sang pemimpi).


Memetik kata-kata dari Pak Mustar dalam filem Sang pemimpi, ada kebenaran yg nyata di situ. Tidak ada salahnya untuk kita mempunyai cita-cita yang tinggi asalkan kita yakin dan sedar akan laluan yg bakal ditempuh. Jalan untuk mencapai kejayaan memang bukan jalan yg mudah semudah jalan di highway (jalan yg besar dan lurus). Ingatlah bahawa jalan yg bakal ditempuh sangat penuh dengan halangan dan rintangan yg membutuhkan usaha keras dan gigih tanpa mengenal putus asa. Jalan seperti itulah jalan yg bakal kita hadapi jika ingin mencapai mimpi yg diidam-idamkan. Jadi jika ingin menjadi doktor, jurutera, arkitek mahupun guru belajarlah bersungguh-sungguh dan fokuskan niat anda ke situ. Pastikan juga kerjaya pilihan adalah kerjaya yg anda minati (So that you will have passion for it!). Namun, andai dirasakan belajar itu sukar, rangkalah strategi baru dan selalulah memberi diri anda motivasi kerana seorang sahabat pernah memberitahu saya bahawa motivasi ini ibarat kita mandi pada setiap hari. Motivasi perlu untuk merangsang diri mendapatkan semangat yg kuat pd diri yg mendorong kita utk berusaha atau melakukan sesuatu dgn tujuan utk mencapai kejayaan manakala mandi perlu untuk membersihkan diri dan mendapatkan kesegaran bagi melakukan aktiviti harian. Sebab itu kita perlu motivasi seperti perlunya kita mandi pada setiap hari. Carilah perkara yg dapat memotivasikan diri anda. :) Oleh itu, bangkit dan kejarlah cita-cita anda dengan segala usaha yg ada. Usah menoleh kebelakang lagi.


Namun kadangkala sekiranya kita melihat jalan untuk mencapai cita-cita itu terlalu sukar dan merasakan akan gagal ataupun telah gagal, janganlah sekali-kali berputus asa. Walaupun sudah belajar behabis-habisan, akan tetapi masih rendah markahnya dalam peperiksaan, usahalah lagi. Barangkali strategi dan teknik baru perlu dirangka untuk belajar. Walaupun sudah berhabis-habisan ribuan ringgit untuk perniagaan namun tetap kerugian, usahalah lagi. Barangkali perlu dimuhasabah punca2 kepada permasalah yg menyebabkan kerugian itu. Walaupun sudah berusaha berhabis-habisan untuk menyatukan umat-umat Islam, akan tetapi masih gagal, usahalah lagi. Barangkali perlu dimuhasabah akan cara2 nasihat itu disampaikan.


Ingatlah akan orang-orang disekeliling yg meletakkan harapan pada kita. Ingatlah kedua ibu bapa! Ingatlah guru-guru! Ingatlah sahabat2! Ingatlah siapa dirimu! Dan yg paling penting sekali ingatlah bahawa rahmat Allah itu Maha Luas! Pada saat itu pasti akan terlintas di fikiran tentang harapan yg kita pikul dan mereka yg bakal kecewa andai kita berhenti di pertengahan jalan. Seorang teman baik saya pernah berkata:

"Jika kita pernah gagal, ini tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Persoalan yang penting bukanlah bagaimana kita akan gagal tetapi persoalannya adalah bagaimana kita akan mengendalikan dan berhadapan dengan kegagalan tersebut."



Justeru, bersama-samalah kita menghindari daripada berputus asa kerana Allah juga telah menegaskan bahawa sikap berputus asa itu bukan sifat seorang Muslim. FirmanNya:

"Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir". Surah Yusuf ayat 87.



Jadi, untuk berjaya dalam menghadapi realiti kehidupan yg terdapat berbagai dugaan dan ujianNya, hadapilah ia dengan ketabahan dan kecekalan seperti seorang pejuang. Hal ini kerana seorang pejuang akan berusaha bermati-matian untuk mencapai kemenangan dan seorang pejuang juga akan berfikiran positif dan sentiasa mempunyai azam juang yg kuat untuk mencapai kejayaan.

"Seandainya ada 100 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya ada 10 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya hanya tinggal seorang pejuang Islam, pastikan dia ialah dirimu !" Abu Al-A’la al-Maududi.



Oleh itu, lihatlah diri kita dan yakinlah dengan mimpi atau cita-cita yg diimpikan itu. Barangkali 5 atau 10 tahun dari sekarang engkau akan menggenggam mimpi2 dan cita2 itu yg dahulunya hanya suara-suara kecil sang pemimpi. Buktikan bahawa suara-suara kecil itu pasti akan menjadi ngauman singa yg bakal menggegar dunia. Jadi pilihlah apa yg terbaik buat diri anda.

No comments:

Post a Comment