Saturday, April 30, 2011

Al-Imran: Ayat 103-105...Let's Unite! Here and Now!...^_^, ^_^, ^_^ ≠ ^_^


                                                    Let's UNITE!!! Here and Now!


“Saya mahu sertai program persatuan/jemaah A, program persatuan/jemaah B, program persatuan/jemaah C sebab saya sudah bosan dengan perpecahan”, kata seseorang kepada saya.

Saya tidak terkejut sekiranya kenyataan ini keluar dari mulut pelajar2 baru yg sampai ke Dublin atau ke mana-manapun di bumi ini. Hal ini kerana saya turut pernah mengeluarkan kenyataan yang sama (saya juga pelajar junior yg baru).

Jika saya, anda dan mereka seorang pendokong dan kekasih yang berkasih dengan Islam, saya, anda dan mereka harus lebih teliti, rasional dan realistik tentang perkara yg saya cuba bincangkan dalam entri ini. Asalnya saya kurang berminat bercakap tentang hal ini. Terserahlah kepada pelajar2 junior ini untuk mencari cara terbaik bagi mereka ‘menolong agama Allah’. Tetapi pilihan yang terlalu terbuka ditambah dengan environment 'memancing' menyebabkan mereka meraba-raba di bawah sinar mentari, bukan purnama. Barangkali boleh menyebabkan ada yg tersadung atau terjatuh luka dalam kesiangan hari.

Baiklah, setelah memerhati dan mendalami, saya mengerti serba sedikit tentang kegusaran "perpecahan" yg mereka dan saya maksudkan itu.

Izinkan saya membuat satu cerita sebagai analogi bagi saya memudahkan penerangan. Juga buat anda dan mereka berfikir.

“Jika kita seorang pengguna ubat gigi, kita bebas untuk memilih ubat gigi yang sesuai dengan keperluan kita. Pilih sahajalah mana-mana ubat gigi yang ada di pasaran kerana semua ubat gigi itu umumnya berkongsi tujuan untuk memutih dan menyihatkan gigi kita.
Cuba bayangkan pula di sebuah pasaraya yg mempunyai satu rak besar yg menjual ubat gigi sahaja. Ada 4 hingga 5 jenis ubat gigi yg dijual dari Colgate, Darlie, Sensodyne hinggalah fresh & white. Ubat gigi yg dijual ini datang daripada pelbagai syarikat dengan harga dan kandungan klorida yg berbeza-beza. Ubat gigi ini selanjutnya dijual dalam baris yg sama dan dipamerkan pada hari yg sama cuma packagingnya yg barangkali berbeza. Jadi sebagai pembeli sudah tentu anda akan membeli ubat gigi yg memberikan kesan yg terbaik dalam memutih dan melindungi gigi anda. Maka, disebabkan persaingan ini, syarikat-syarikat ubat gigi ini mengambil keputusan untuk meningkatkan promosi sehingga ada yg sanggup menurunkan harga dan memberi hadiah koleksi cawan atau pinggan bagi menarik hati pelanggan. Pada saat ini saya ingin bertanya, apakah motif syarikat-syarikat ubat gigi ini terhadap penjualan ubat gigi tersebut? Adakah motifnya untuk memutihkan gigi para pelanggannya atau adakah sekadar  keuntungan semata-mata demi kelangsungan syarikat masing-masing? Ya, motifnya adalah... anda fikirkan dan jawablah sendiri.

Oleh itu, berdasarkan analogi yg diberikan, saya melihat bahawa setiap kumpulan Islam ini jelasnya mempunyai maksud dan tujuan besar yang sama. Tetapi malangnya mereka berbeza jalan dan pendekatan hingga ada yang bertembung dan bertentangan. Ada yang mahu sampai kepada Islam dengan memanfaatkan ruang di dalam demokrasi, ada yang mahu sampai kepada Islam dengan berperang berpatah arang dengan demokrasi, dan ada juga yg mahu membina asas yg kukuh dahulu dengan ahli-ahli yg ramai terlebih dahulu; itu contohnya. Namun, dalam kesungguhan dan kesibukan dalam mencapai tujuan besar ini, realitinya apabila terdapat banyak jemaah yg mempromosi tujuan yg sama, maka mereka bersaing bagi mendapatkan ahli yg sesuai dengan fikrah yg mereka bawa. Dalam persaingan inilah timbulnya perselisihan tarikh bagi kebanyakan program yg mereka jalankan dan ini berlanjutan sepanjang tahun sehingga sekarang pada saat entry ini ditulis. Jadi, dalam persaingan ini, apakah motif jemaah-jemaah ini terhadap ahli-ahli mereka? Masihkah dengan tujuan besar yg sama atau sudah dicemari dengan motif-motif lain yg bersifat kepentingan? Ya...saya dan anda serta mereka, sama-samalah kita fikirkan sendiri berdasarkan analogi yg saya beri. Jujurnya, inilah realiti (bukan fantasi) yg saya perhati dan fahami  yg merupakan antara punca-punca kepada masalah kurangnya  kebersamaan antara persatuan/jemaah x2 Islam. ( terdapat punca2 lain yg boleh diperoleh menerusi forum siswa PMCSA:Johan di youtube)
link: Click di sini.

Sebagai tambahan, saya percaya bahawa perselisihan tarikh adalah perkara yg cuba dielakkan namun segalanya adalah ketentuan Illahi yg tidak dapat kita tentang seperti kekangan masa dan sumber manusia pada saat sesuatu program itu dijalankan. Namun, barangkali kita teralpa dan terlalai bahawa realitinya perselisihan2 tarikh program2 yg berlarutan sepanjang tahun bakal memberi tanda tanya kepada juniors dan orang awam selanjutnya mewujudkan perasaan bersangka-sangka antara mereka diburukkan pula dengan kisah-kisah -ve daripada ahli-ahli jemaah yg saling "memfire"  antara satu sama lain. Jadi, saranan penulis alangkah lebih baik kiranya diwujudkan satu medium di facebook contohnya yg menyatakan kenyataan rasmi daripada persatuan/jemaah x2 yg berkaitan dengan kenapa wujudnya pertindihan2 sebegini. Dengan demikian, InsyaAllah perasaan bersangka2 itu dapat ditepis dan dibuang daripada diri seterusnya mewujudkan suassana yg lebih aman dan harmoni. Dan banyak lagi cara lain yg boleh difikirkan dan diutarakan. Betul :)

MEMBERI DAN MENERIMA DI DALAM DAKWAH

"Dalam beragama dan berdakwah untuk menolong agama, apa yang perlu kita fikirkan bukan hanya pada soal apa manfaat yang kita dapat. Jika itu sahaja yang menjadi pertimbangan kita, maka tidak hairanlah kita ini mungkin menjadi orang yang paling banyak tahu, tetapi tidak berguna dan bernilai di sisi Islam, kerana tiada keinginan memberi." SaifulIslam.

"Apabila seseorang itu mahu menjadi pendokong, penyertaannya bersama sebuah gerakan Islam haruslah atas dasar kebersamaan, saling percaya mempercayai, atau dengan bahasa yang lebih kemas, dengan merujuk kepada rukun-rukun komitmen yang disebut sebagai arkaan al-bai’ah yang sepuluh oleh Hasan al-Banna."  SaifulIslam.

tulisan dari saifulislam sekadar buat renungan.( Ada kaitan dengan entri atau tidak anda renungkan).


TITIK PENYATUAN BY SAIFULISLAM.COM
link: Click di sini. 

"Tinggal satu lagi persoalan penting iaitu di manakah soal kerjasama dan penyatuan itu boleh berlaku?

Atas dinamika fikrah masing-masing, sikap (attitude) yang positif, kecenderungan kepada titik persamaan mengatasi perbedaan, di situlah kerjasama harus dibina.

Halangan kerjasama, bukanlah pada berbeza jemaah atau berlainan fikrah. Musuh kerjasama dan perpaduan ialah SIKAP dan SERKAP. Serkap fikiran berupa prasangka dan andaian di zon selesa masing-masing.

 Akan tetapi, cabaran akan menjadi lebih kritikal jika cubaan penyatuan dibuat di atas kekaburan dan kekeliruan. Tidak memahami apa yang menjadikan JIM itu JIM, PAS itu PAS, lantas mencadangkan titik yang tidak kena dengan realiti.

Atau dalam bahasa yang lebih mudah, tentukan dahulu apa yang kamu percaya, siapa diri kamu, dan di situlah bermulanya usaha besar untuk kerjasama dan penyatuan yang diimpikan.

Fikrah saya jelas dan di atas kejelasan itu, saya tidak mempunyai apa-apa masalah untuk pergi ke mana-mana program, bekerjasama dengan sesiapa sahaja dan seterusnya membantu pada apa yang boleh dibantu. Semuanya harus didahului oleh usaha menentukan apa yang kita percaya lantas menentukan siapa kita.

DALIL

“Tak ada dalil ke ustaz? Main logik akal sahaja?”, tanya pelajar tersebut.

“Ini common sense. Pemikiran yang tidak logik, adalah musuh kepada dalil! Betulkan cara berfikir sebelum meminta dalil.”, itu sahaja yang mampu saya jawab buat masa ini.

Ayuh kemaskan fikrah, untuk kelancaran dakwah. "


Konklusi

Buka hati, buka minda dan bukalah ruang untuk memikirkan perkara yg dinyatakan. Walaupun ada yg akan menganggapnya pahit dan tidak dapat menerima sehingga keluarnya statement "budak nie tak faham tarbiyyah dan fikrah lagi,"  biarlah kerana tujuan utama entri ini ditulis adalah supaya kita berfikir akan akibat, kesan dan impak kepada cara yg kita bawa dan buat terhadap umat ini. Saya ingin mengingatkan bahawa jangan biarkan cara dan fikrah kebaikan yg dibawa menjadi fitnah kepada Islam itu sendiri kerana perkara-perkara "kecil" yg dipandang enteng, mudah dan ganyir. Sesungguhnya Islam ad-deen yg kita anuti, fahami dan amalkan ini adalah bersandarkan kepada Allah S.W.T manakala taqwa dan ukhuwah adalah teras utama kepada kekuatan kita sebagai satu ummah; umat Islam. Jika hilang kedua-duanya atau salah satu darinya, maka akan musnahlah ummah ini. Sekadar mengutip mutiara kata daripada seorang sahabat" kalau masih wujud perselisihan dan perpecahan yg kita masih belum dapat selesaikan, usahlah berfikir tentang perkara-perkara yg bersifat lebih kritikal dalam kehidupan ini." Saya tidak mengambil kata-kata yg disampaikan ini secara literal, tetapi mengambilnya sebagai satu kritikan dengan unsur sinis supaya kita bersatu dan berpadu untuk mencapai tujuan yg lebih besar iaitu mengembalikan sistem khalifah dan membina negara Islam, InsyaAllah. Justeru, ayuh sahutlah seruan ini. Bersatulah!!! (bersatu yg saya maksudkan bukan bermaksud semua persatuan/jemaah perlu bersatu menjadi satu persatuan/jemaah besar, tetapi bersatu yg saya maksudkan adalah setiap persatuan/jemaah ini berdakwah dalam environment yg sihat dan tidak mewujudkan perasaan bersangka-sangka antara ahli-ahli dan orang-orang umum.).

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam. :)

Thursday, April 28, 2011

Oh Exam...Markah Yg Tinggi ≠ Markah Yg Rendah.




Setiap kali hampir tibanya waktu peperiksaan pasti ramai yg stress. Sehinggakan, kalau ad butang "stress" mcm butang "like" dlm facebook mesti dah beribu kali diclick oleh students. Itulah penangan Exam. Exam oh exam... (-_-).

"Peperiksaan  ialah  ujian yg diadakan utk menguji pengetahuan (kebolehan dll) seseorang." Sumber Kamus Pelajar Edisi Kedua.

Peperiksaan adalah ujian untuk menguji pengetahuan, kebolehan, kebijaksanaan dll seseorang...hmmm, apa yg anda faham tentangnya? Sudah tentu anda akan mengatakan exam/peperiksaan adalah leveling system untuk menentu dan membezakan peringkat pengetahuan atau kebolehan seseorang dalam pelajarannya. Barangkali ada juga yg berpendapat setelah bersusah payah study x tidur malam, keputusan yg bagus dalam exam adalah balasannya atau kepuasan. :)...Itulah peperiksaan yg bermula dengan UPSR, PMR, SPM, IB, A-level, MBBS, MB Bch BAO dan sebagainya (berbeza-beza untuk setiap individu). Peringkat demi peringkat yg dilalui semata-mata untuk mencapai sijil, diploma atau ijazah yg diinginkan selanjutnya memasuki alam pekerjaan dengan sijil yg diperoleh itu. Jadi peperiksaan juga penentu utama dalam mencapai cita-cita seseorang. Di samping itu, dalam menghadapi peperiksaan ini, pasti ada yg akan berjaya menggenggam sijil, diploma atau ijazah itu dan barangkali akan ada juga mereka yg gagal dan terhenti di salah satu peringkat exams tersebut. Namun, kegagalan dalam peperiksaan tidak bererti akan gagal dalam kehidupan. Seseorang itu masih mampu untuk lebih berjaya dalam alam pekerjaan walaupun mereka gagal dalam peperiksaan formal ibarat Bill Gates individu terkaya di dunia yg telah gagal semasa belajar di Harvard. Itulah exam dunia.

Namun, bagaimana pula dengan exam akhirat? Saudara dan saudari, jika kita selidiki dan mendalami kehidupan ini, apabila kita berbicara tentang exam pasti akan teringat firman Allah yg bermaksud:

"Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman. Sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka dan benar-benar Allah mengetahui orang-orang yang benar dan mengetahui pula orang-orang yang dusta" Al-Ankabut ayat 2-3

Sesungguhnya Allah menguji hamba-hambanya bagi menentukan apakah benar bahawa mereka merupakan orang-orang yg beriman seperti yg dikatakan. Sebenarnya, Allah mengetahui apa yang tersembunyi dalam hati manusia ;baik yang telah terjadi atau yang sedang terjadi, mahupun yang akan terjadi. Ujian diadakan Allah agar yang diuji akan menampilkan kepalsuan yang disembunyikannya dalam hatinya. Sesungguhnya Allah  Maha mengetahui.  Maka dengan adanya ujian itu, biarlah faktalah yang berbicara. 

Oleh itu, nyatalah bahawa kehidupan ini juga ibarat exam buat hamba-hambaNya. Exam bagi menentukan ke syurga atau ke nerakakah seseorang itu yg mana ianya tergantung pada pahala dan dosanya serta rahmat Allah. Cuma bezanya dalam exam ini, ujiannya  berbentuk lebih praktikal dan lebih mudah kerana manusia diberikan skema-skema jawapan bagi mendapatkan syurga(markah tertinggi dan terbaik) juga skema-skema untuk ke neraka(markah terendah dan terburuk). Daripada skema-skema inilah manusia itulah yg memilih jawapan dan mendapat keputusannya diakhirat nanti. Siapa yg amal dan pahalanya lebih banyak bakal mendapat tingkatan syurga yg tertinggi dan tingkatan syurga itu akan turun sedikit demi sedikit tergantung pada jumlah amalan kita di dunia dan rahmat Allah. Oleh itu, pilihlah skema-skema jawapan yg terbaik yg bakal membawa anda ke syurga tertinggi (InsyaAllah). Ayuh!

Oh Exam...(^_^) Jangan stress2...

Wednesday, April 27, 2011

Teman Yg Sejati...Teman yg Baik ≠ Teman yg "Baik"(Tangan ke dada, mata ke atas).


                   If they have the biggest ship called Titanic, then I have the strongest ship called Friendship.



Kosmos ini sepi,
Aku jua sepi,
Dalam sepi ini,
Tercari-tercari insan,
Bergelar teman sejati,
Siapa?
Dimana?
Aku tidak tahu,
Yang pasti,
Pencarian itu nyata,

Teman sejati,
Laluan masa yg fana ini,
Harapanku kaulah teman,
Buat menemani,
Perjuangan suci,
Moga denganmu di sisi,
Jalan juang ini,
Ganyir dijalani,

KepadaMu Allah,
Kusembahkan doa,
Agar ditemui teman sejati,
Agar berkekalan ukhuwah itu,
Ukhuwah teman sejati,

Kepadamu teman,
kuharap sokongan,
Pengertian dan teguran ,
Akan salah dan silap,

Usah terjadi,
Air besar, batu bersibak.




ps:
Air besar, batu bersibak.
Takrif
Saudara dan sahabat berpecah-belah apabila timbul perselisihan besar. sibak = cerai, menepi.
Sumber Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Monday, April 25, 2011

Nasihat=Peringatan=Berpesan-pesan...Hati Yg Terbuka Akan Mudah Menerima ≠ Hati Keras Yg Tertutup Akan Mudah Menolak.


"Nasihat bermaksud ajaran atau petunjuk yg baik; peringatan" Kamus Pelajar Edisi Kedua.



Islam Ad-deen yg kita anuti, fahami dan amalkan ini menekankan elemen nasihat-menasihati sesama manusia. Nasihat seperti definisi di atas ialah memberi ajaran atau petunjuk yg BAIK atau kata lainnya peringatan. Nasihat biasanya kita beri atau terima apabila ada diantara kita yg menghadapi MASALAH. Masalah datang dalam pelbagai bentuk sama ada masalah jasmani, masalah emosi masalah rohani atau masalah intelektual. Sesungguhnya itulah ujian dari yg Maha Esa yg perlu kita tempuhi dengan penuh kesabaran dan ketabahan sebagai Muslim yg sejati. Namun, nasihat itu kadangkala tidak perlu diberi hanya apabila timbulnya masalah. Nasihat itu juga perlu diberi secara berterusan sebagai tazkirah pada diri dan orang lain pada setiap masa. Itulah nasihat dalam dakwah dan tarbiyyah. Mengutip mutiara-mutiara kata daripada seorang teman yg dapat kita amalkan, InsyaAllah: "Erti hidup pada memberi. Memberi nasihat, memberi sumbangan, memberi apa-apapun yg dirasakan perlu. Oleh itu, berilah nasihat."



"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." Surah Al-Asr ayat 1-3.



Saudara2ku, sesungguhnya firman Allah dalam surah Al-Asr ini amat jelas sekali menyatakan kepentingan nasihat iaitu mereka yg tidak kerugian selama masa bergerak adalah mereka yg "...Beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran". Subhan'Allah (Maha Suci Allah). Lihatlah betapa kita disuruh menasihat dengan kebenaran dan menasihat dengan kesabaran. Ayuh!



Kendatipun begitu, realitinya dalam kehidupan ini, begitu mudah sekali jika ditulis atau dituturkan secara literal tentang nasihat sehingga kita terlupa bahawa nasihat juga perlu disampaikan dengan teknik dan cara yg betul supaya keberkesanannya di tahap maksimum. Teknik yg betul yg saya maksudkan adalah kebijaksanaan dalam memberi nasihat yg mana ianya beramal dengan cara yang terbaik. Namun, apabila kita berbicara tentang kebijaksanaan ini barangkali terlalu general untuk difahami apabila kita memperkatakannya. Oleh itu, satu perkongsian yg saya rasa perlu tentang teknik2 menasihati rakan-rakan dengan cara yg terbaik (diperoleh dari pembacaan dan pemerhatian). Antaranya:



1). Membiasakan diri dengan bercakap dengan lemah lembut dalam menasihati atau menegur. Nasihat yg kasar dan melulu kadangkala akan ditentang dengan perasaan yg negatif dari penerima nasihat.

"Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut". Surah Taha ayat 43-44.



2). Hadirkan dalam hati rasa tawaduk (merendah diri dan tidak sombong) serta amat inginkan saudaranya dapat menerima nasihat kerana Allah dan juga berkata-kata seolah-olah ingin menasihati diri sendiri.



3). "Privatekan" nasihat yg diberikan. Maksudnya nasihat itu diberi bukan didepan orang ramai kerana dikhuatiri boleh mengaibkannya.



4). Mendengar dengan teliti dan penuh perhatian akn luahan masalah yg diberikan. Selepas itu ulaslah nasihat2 yg ingin diberikan.



5). Nasihat yg diberikan itu haruslah diasimilasikan dengan cadangan dan cara2 yg dapat menjadi solusi kepada masalah2 yg dihadapi.



6). Berilah motivasi atau kata perangsang yg baik. Hadis2 atau firman2 Allah juga salah satu daripada kata2 perangsang yg baik dan bagus untuk diberikan.



Begitulah serba sedikit teknik dan cara yg dapat dikongsi dan sememangnya ada banyak lagi teknik2 lain yg dirasakan baik dan bagus juga boleh digunakan.



Justeru, selalulah kita nasihat-menasihati sesama kita sebagai manusia dan sebagai umat Islam terutamanya. Renung2kan dan selamat beramal. ^^

Saturday, April 23, 2011

Suara Kecil Sang Pemimpi... Mimpi-mimpi indah ≠ Realiti Yg Ingin Dicapai Jika Kita Berhenti Di Pertengahan Jalan.


Setiap dari kita mempunyai suara-suara kecil dalam diri masing-masing. Suara hati yg memanggil-manggil kemahuan-kemahuan dari dalam diri yg mahukan sesuatu pencapaian dalam hidup. Itulah MIMPI. Itulah CITA-CITA. Itulah HARAPAN.

" kalau nak MIMPI yg tinggi2, mimpilah! Tapi kau harus yakin mimpi itu dan temukan jln terbaik buat meraihnya. Jngn kau berfikir perjlnan menuju kesana akan mulus Qal. Akan byk rintangan di depan kau. Kau harus kuat menghadapinya. Qal Kau jngn hanya pikirkn tentang diri kau. Ada sesorang yg luar biasa dlm hidup kau yg selalu dtng ambil report dngan baju safari satu2nya yg dimiliknya yg bahkan tidak dia pakai waktu berjumpa dngan pak bupati sekalipun. Dia memakainya hanya utk kau Qal. Kau adalah kebanggaannya." Pak Mustar (Sang pemimpi).


Memetik kata-kata dari Pak Mustar dalam filem Sang pemimpi, ada kebenaran yg nyata di situ. Tidak ada salahnya untuk kita mempunyai cita-cita yang tinggi asalkan kita yakin dan sedar akan laluan yg bakal ditempuh. Jalan untuk mencapai kejayaan memang bukan jalan yg mudah semudah jalan di highway (jalan yg besar dan lurus). Ingatlah bahawa jalan yg bakal ditempuh sangat penuh dengan halangan dan rintangan yg membutuhkan usaha keras dan gigih tanpa mengenal putus asa. Jalan seperti itulah jalan yg bakal kita hadapi jika ingin mencapai mimpi yg diidam-idamkan. Jadi jika ingin menjadi doktor, jurutera, arkitek mahupun guru belajarlah bersungguh-sungguh dan fokuskan niat anda ke situ. Pastikan juga kerjaya pilihan adalah kerjaya yg anda minati (So that you will have passion for it!). Namun, andai dirasakan belajar itu sukar, rangkalah strategi baru dan selalulah memberi diri anda motivasi kerana seorang sahabat pernah memberitahu saya bahawa motivasi ini ibarat kita mandi pada setiap hari. Motivasi perlu untuk merangsang diri mendapatkan semangat yg kuat pd diri yg mendorong kita utk berusaha atau melakukan sesuatu dgn tujuan utk mencapai kejayaan manakala mandi perlu untuk membersihkan diri dan mendapatkan kesegaran bagi melakukan aktiviti harian. Sebab itu kita perlu motivasi seperti perlunya kita mandi pada setiap hari. Carilah perkara yg dapat memotivasikan diri anda. :) Oleh itu, bangkit dan kejarlah cita-cita anda dengan segala usaha yg ada. Usah menoleh kebelakang lagi.


Namun kadangkala sekiranya kita melihat jalan untuk mencapai cita-cita itu terlalu sukar dan merasakan akan gagal ataupun telah gagal, janganlah sekali-kali berputus asa. Walaupun sudah belajar behabis-habisan, akan tetapi masih rendah markahnya dalam peperiksaan, usahalah lagi. Barangkali strategi dan teknik baru perlu dirangka untuk belajar. Walaupun sudah berhabis-habisan ribuan ringgit untuk perniagaan namun tetap kerugian, usahalah lagi. Barangkali perlu dimuhasabah punca2 kepada permasalah yg menyebabkan kerugian itu. Walaupun sudah berusaha berhabis-habisan untuk menyatukan umat-umat Islam, akan tetapi masih gagal, usahalah lagi. Barangkali perlu dimuhasabah akan cara2 nasihat itu disampaikan.


Ingatlah akan orang-orang disekeliling yg meletakkan harapan pada kita. Ingatlah kedua ibu bapa! Ingatlah guru-guru! Ingatlah sahabat2! Ingatlah siapa dirimu! Dan yg paling penting sekali ingatlah bahawa rahmat Allah itu Maha Luas! Pada saat itu pasti akan terlintas di fikiran tentang harapan yg kita pikul dan mereka yg bakal kecewa andai kita berhenti di pertengahan jalan. Seorang teman baik saya pernah berkata:

"Jika kita pernah gagal, ini tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Persoalan yang penting bukanlah bagaimana kita akan gagal tetapi persoalannya adalah bagaimana kita akan mengendalikan dan berhadapan dengan kegagalan tersebut."



Justeru, bersama-samalah kita menghindari daripada berputus asa kerana Allah juga telah menegaskan bahawa sikap berputus asa itu bukan sifat seorang Muslim. FirmanNya:

"Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir". Surah Yusuf ayat 87.



Jadi, untuk berjaya dalam menghadapi realiti kehidupan yg terdapat berbagai dugaan dan ujianNya, hadapilah ia dengan ketabahan dan kecekalan seperti seorang pejuang. Hal ini kerana seorang pejuang akan berusaha bermati-matian untuk mencapai kemenangan dan seorang pejuang juga akan berfikiran positif dan sentiasa mempunyai azam juang yg kuat untuk mencapai kejayaan.

"Seandainya ada 100 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya ada 10 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya hanya tinggal seorang pejuang Islam, pastikan dia ialah dirimu !" Abu Al-A’la al-Maududi.



Oleh itu, lihatlah diri kita dan yakinlah dengan mimpi atau cita-cita yg diimpikan itu. Barangkali 5 atau 10 tahun dari sekarang engkau akan menggenggam mimpi2 dan cita2 itu yg dahulunya hanya suara-suara kecil sang pemimpi. Buktikan bahawa suara-suara kecil itu pasti akan menjadi ngauman singa yg bakal menggegar dunia. Jadi pilihlah apa yg terbaik buat diri anda.

Friday, April 22, 2011

Suara Persoalan (2)...Analogi Yg Direka ≠ Realiti Yg Berubah-ubah.


Damai menerjah ke kotak minda,

Sejuk dada dek deru angin,

Hijau alam menajam mata,

Tenang dan aman,

Keharmonian terasa maksudnya,

Selesa...



Api...Api...Api...

Bangkit...Bangkit...Bangkit,

Muncul pekik suara,

Dalam kesepian,

Pelbagai arah puncanya,

Timur, Barat, Utara dan Selatan,

Debar jantung berdegup,

Membangkit lamunan melihat alam,

Aku Menerjah keluar,

Menyelamatkan diri,

Jika benar api itu membakar,

Rumah yg kusinggah itu,



Pelik...

Tiada api, tiada kemusnahan, tiada abu,

Suara2 lesap,

Aku merayau2,

Sepi...

Mainan tidur,



Suara muncul lagi,

Pekik api mengancam halwa telinga,

Di luar,

Kesunyian menerpa,

Apinya lesap,

Tidak wujud,

Illusi atau realiti,

Tirai sepi...



Kali ketiga,

Pekik raung itu,

Betambah gempita,

Usah dipeduli,

Jawapan benak kalbuku,

Percaya hilang,

Dalam hati membara,



Biarlah suara dari manapun,

kalau terbit pekik dalam perpecahan,

Kalau terbit pekik dalam kepalsuan,

Kalau terbit pekik dalam illusi,

Siapa mahu peduli,

Entahlah,

Aku bukan mereka,

Mungkin ada jawapan yg aku belum ketahui,

Biar Sorotan masa menetukan,

Dari kuasa Illahi Sang pencipta,

Moga ditunjuk dan dibimbing,

Ke jalan yg satu,

Bukan jalan penuh cabang,

Dengan api angan2.

Ibarat Kisah Si Pengembala Kambing Yg Suka Berbohong.

Akhirnya siapa yg percaya?

Motivasi Diri Dan Saya, Anda serta Mereka...Kehidupan Yg Bermotivasi ≠ Kehidupan Yg Stress (Merujuk Kepada -ve Stress) :)


"Motivasi adalah keinginan yg keras atau semangat yg kuat pd diri seseorang yg mendorongnya utk berusaha atau melakukan sesuatu dgn tujuan utk mencapai kejayaan" Kamus Dewan Edisi Empat.



Sepanjang perjalanan ke Leeds, Sheffield dan Manchester dapat kukutip beberapa mutiara2 dan kata2 berharga yg terlalu tinggi nilainya dari individu2 yg cemerlang dan InsyaAllah gemilang dunia dan akhirat. Melalui perjalanan dan pengembaraan sebagai "lone ranger," jujurnya aku melihat dan mengamati begitu banyak perkara dan pengalaman baharu yg rasanya tidak dapat dibeli di pasaraya atau kedai2 runcit dimana-mana pun. Sesungguhnya mengembara iaitu berjalan merentasi alam adalah perkara yg amat baik dan aku amat menggalakkannya kerana disamping menambah ilmu dengan mengembara ke serata dunia juga mampu mengajar dan barangkali mengubah beberapa persepsi kita mengenai beberapa perkara. Mengembara juga mengajar aku mengenai budaya2 dan variasi pelbagai jenis bangsa dan agama di muka bumi ini. Aku juga belajar bagaimana cara mengadaptasikan diri ini ke dalam sesuatu komuniti yg kita tidak biasa dengannya. Yg pasti dengan mengembara ia membuka mata, membuka minda dan membuka ruang baharu dalam kotak pemikiran kita. Jadi aku tidak terkejut apabila teringat (dipelajari semasa zaman persekolahan) zaman tabi'in dan zaman berikutnya, ada yg sanggup mengembara ke serata dunia seperti Imam Shafie rh yg mengembara ke Iraq Parsi, Palestin dan Yaman, bagi menuntut ilmu di samping mengajar hadis yg terdapat dalam Kitab Muwattak sebelum menetap di Mesir. Jadi di situ aku mula memahami peri pentingnya mengembara. :)



Tidak dilupa juga bahawa "mengembara" yg aku cuba sampaikan bukan sahaja keluar ke negara2 lain tapi turut termasuk mengembara ke masjid2 atau surau2 berdekatan, kolej2 dan universiti2 berdekatan yg terdapat majlis ilmu dalamnya. Ilmu dunia dan akhirat. Sudahkah saya, anda dan mereka mengembara ke sini ?



Apapun perkongsian sebenar nota ini adalah MOTIVASI (kembali kepada motivasi)...Perkataan yg acap kali kita dengar sejak dari sekolah rendah sehingga sekolah menegah dan berterusan ke kolej dan zaman universiti (InsyaAllah zaman pekerjaan dan pencen bagi penulis). Hmmm...Mengapa perkataan MOTIVASI ini diulang2 dan ditegaskan sepanjang usia kita? Sudah pasti kerana ada sesuatu yg penting yg cuba disampaikan di situ. Anda tahu? Pada saya jawapannya ada pada makna motivasi itu sendiri:



"...keinginan yg keras atau semangat yg kuat pd diri seseorang yg mendorongnya utk berusaha atau melakukan sesuatu dgn tujuan utk mencapai kejayaan." Kamus Dewan.



"...Keinginan yg keras atau semangat yg kuat yg mendorongnya untuk mencapai KEJAYAAN". The end point of everything is SUCCESS, EXCEL, GLORY or whatever you want to call it. Yes! That's it!!! That's what we want!!! InsyaAllah. Namun, jangan dilupa dan tidak diambil kisah tentang ERTI KEJAYAAN BAGI ANDA. Hmmm, APA ERTI KEJAYAAN BAGI ANDA ? Berjaya menjadi individu TERKAYA, individu TERSOHOR atau mungkin individu TERPANDAI. Sejujurnya, tidak kisahlah yg manapun menjadi pilihan hati asalkan akhirat menjadi sebahagian daripada KEJAYAAN tersebut kerana kejayaan yg sebenarnya adalah apabila kita sebagai hamba Allah termasuk dalam golongan yg mendapat rahmat Allah untuk ke syurga. InsyaAllah.



Ingatlah bahawa segala kesukaran dan dugaan dan ujian serta bermacam-macam perkataan negatif itu hanyalah di minda. Jika saya, anda dan mereka mampu berfikiran positif dan berMOTIVASI dalam kehidupan harian, InsyaAllah kita mampu memusnahkan penghadang itu. "Masa muda adalah zaman berapi-api" Sang pemimpi.

Ayuh! Isilah masa itu dengan perkara2 yg berharga dan bernilai untuk dibawa ke destinasi terakhir kita, akhirat :)



Jadi saya menyeru supaya kita memandang ke hadapan dan sentiasa meMOTIVASI diri dengan perkara yg baik kerana insan yg cemerlang datang dari hati yg bersih dan minda yg tenang. Oeh itu, carilah dan dapatkan MOTIVASI anda!



Sumber web tentang cara2 memotivasikan diri:

http://azizie.com/umum/artikel-motivasi-tips-motivasi-diri



Sajak Motivasi



Just One

By :Unknown



One song can spark a moment,

One flower can wake the dream

One tree can start a forest,

One bird can herald spring.



One smile begins a friendship,

One handclasp lifts a soul.

One star can guide a ship at sea,

One word can frame the goal



One vote can change a nation,

One sunbeam lights a room

One candle wipes out darkness,

One laugh will conquer gloom.



One step must start each journey.

One word must start each prayer.

One hope will raise our spirits,

One touch can show you care.



One voice can speak with wisdom,

One heart can know what's true,



One life can make a difference,

You see, it's up to you!

Suara Persoalan (1)...Pemikiran Manusia Yg Rajin ≠ Pemikiran Manusia Yg Malas.






Aku memandang ke luar,

Sejauh yojana aku memandang,

Kerana itulah batasan pancainderaku,

Aku yakin dunia itu sudah cukup bagiku,

Hingga aku alpa,

Batasan itu bukan hadangan,

Tapi satu ujian,

buatku melihat,

dunia marcapada yg kulewati ini,

Dalam kealpaan,

Daku tergetar dek kehangatan suara-suara saudaraku,

Yg di Timur,

Yg di Barat,

Yg di Utara,

Mahupun yg di Selatan,

Melonjak maksud yg sama...

Bangun!!!...Bangun!!!...Bangun!!!

Bayangan lelapku barangkali,

Namun suara itu tidak pernah hilang,

Membuat aku tertanya?

Siapa yg memanggil?

Apa maksudnya?

Timbulnya persoalan,

Abaikan sahaja ?

Atau harus aku pergi ke arah itu ?

Entahlah,

Aku malas!

...

Kini suara itu tiada lagi,

Yg tinggal hanya aku sendiri,

Dan kemudian muncul bahang yg panas,

menyelimuti diri,

Oh, rumahku terbakar rupanya,

ke mana harusku lari?

Entahlah,

Aku malas!





"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa"

ALI-IMRAN [3]: 133


Pengajaran: Jangan malas macam orang dalam sajak nie...xpasal2

Saturday, April 16, 2011

Istiqamah Dalam Ibadah Dan Kehidupan...Apa Yg Mudah Dilafazkan Lidah Ini Kadangkala ≠ Dengan Realiti Yg Kita Amalkan.


Definisi Istiqamah

"Secara dasarnya Istiqamah bermaksud; berdiri teguh di atas jalan Islam dalam segenap ruang kehidupan sama ada dari sudut aqidah dan pegangan, amalan, pandangan hidup, perjuangan dan sebagainya iaitu tidak akan berganjak sedikitpun dari jalan tersebut walaupun terdapat pelbagai godaan dan rintangan." http://ilmudanulamak.blogspot.com/



"Melakukan sesuatu perkara secara berterusan dan penuh komitmen." Sekolah



Ramai dari kita selalu menyebut-nyebut perkataan ISTIQAMAH ini terutamanya dalam perihal2 agama mahupun perkara2 seharian. Ada yg mahu istiqamah dalam ibadah, ada yg mahu istiqamah dalam berdakwah dan ada juga yg mahu istiqamah dalam pelajaran. Di sini timbul persoalan kenapa inginkan ISTIQAMAH? Ada apa dengan istiqamah? Kemudian saya terjumpa firman Allah (diutarakan akhi Fazli dalam QC) yg bermaksud:



“Sesungguhnya orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh (istiqamah) di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berduka cita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.” (Surah Fussilat, ayat 30).



Ya Allah! Sungguh besar rupanya nilai ISTIQAMAH itu!!! sehinggakan mereka yg istiqamah di jalan Allah akan beroleh syurga yg kekal selama-lamanya. Begitulah yg telah dijanjikan Allah dan disebabkan itu jugalah kita sebagai hamba-hambanya wajar berebut-rebut untuk istiqamah di jalan yg benar ini. Istiqamahlah dalam setiap perkara2 yg baik semoga kita termasuk dalam golongan yg dijanjikan syurga ini. InsyaAllah. Dan jika kita menyelusuri sirah Nabawiyyah, kita dapat melihat begitu banyak kisah hamba-hamba Allah yg istiqamah seperti Bilal bin Rabah yg tetap teguh menyebut ahad(mengesakan Allah) walaupun dadanya dihempap batu besar yg berat. Kita juga melihat Sumayyah dan Yasir yg istiqamah menegaskan keyakinan terhadap Allah walaupun dijemur di padang pasir yg terik dalam keadaan kelaparan dan kehausan. Mereka adalah insan2 yg tega memilih syurga walau diseksa dan dipaksa supaya mengingkari ajaran Islam yg mentauhidkan Allah. Walau akhirnya mereka terkorban namun api ISTIQAMAH dalam mempertahankan Islam itu tidak pernah padam dalam diri setiap dari mereka. Sejauh itulah ISTIQAMAH mereka terhadap Islam yg tinggi dan tiada yg lebih tinggi darinya ini!!! Betapa kerdilnya kita saat ini jika dibandingkan dengan mereka yg telah berkorban dan terkorban di jalan ini.



Saya, anda dan mereka bagaimana? Sudah tentulah kita juga mahu ISTIQAMAH.

Tetapi sejauh manakah lidah yg begitu mudah melafazkan perkataan ISTIQAMAH ini melaksanakannya? Sejauh manakah penghayatan kita terhadap maksud ISTIQAMAH itu? Sejauh manakah kita BERISTIQAMAH? Tepuk dada, tanyalah diri sendiri di manakah penghayatan kita? Di manakah pengamalan kita? Di manakah ISTIQAMAH kita?

Hadis Buat Renungan

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Amalan yang paling disukai di sisi Allah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan (istiqamah) biarpun sedikit.” (Hadis riwayat Bukhari)

Wednesday, April 13, 2011

Musibah Itu Satu Ujian Buat HambaNya...Mereka Yg Sabar, Redha dan Bersyukur ≠ Mereka Yg Berputus Asa.


                                                           
                                                             Mengharap Kasih Illahi

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. (Al-Baqarah: 155-157).



Dalam kehidupan tidak kiralah siapapun kita, sama ada kita adalah seorang raja, perdana menteri, dato', doktor, jurutera mahupun pelajar, kita akan tetap diuji. Diuji dengan berbagai2 rintangan dan masalah. Masalah kekurangan duit, kekurangan makanan, kekurangan fizikal, masalah kesihatan, masalah pelajaran dan berbagai2 lagi contoh yg dapat difikirkan dan pernah dialami. Dan apabila musibah atau ujian itu datang mungkin ada antara kita yg berkata:" ujian ini terlampau berat ya Allah", "kenapa aku ya Allah", "aku benci musibah" dan sbgnya. Dan barangkali ada antara kita yg akan berkata "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Sesungguhnya bagi mereka yg berkata sedemikian merekalah "...orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya." Muhasabahlah semula dan lihat apakah yg kita lakukan apabila ditimpa musibah?



Maka apabila ujian datang menerpa...

Maka apabila ujian datang menerpa bersabarlah. Bersabar di sini bermaksud menahan. Menahan daripada melakukan perbuatan yg mungkar dan salah. Bersabar di sini juga bermaksud menahan dari terlalu bersedih apabila ada musibah yg menimpa. Ingatlah bahawa Allah sentiasa ada bersama kita. La tahzan! Semoga kita berada bersama mereka yg bersabar.
            “Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (surah al-Baqarah: ayat 153)

Maka apabila ujian datang menerpa redhalah. Redha di sini bermaksud menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t. Semoga kita berada bersama mereka yg redha terhadap ketentuan Illahi.
             "Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ". ( Surah At Taubah : Ayat 59 )


Maka apabila ujian datang menerpa bersyukurlah. Bersyukur di sini bermaksud berterima kasih kepada Allah S.W.T. ke atas segala nikmat yang dikurniakannya. Dan mereka yg bersyukur adalah orang yang teguh memegang agamanya, dengan tidak berpaling tadah, bahkan mensyukuri Allah yang telah memberikannya petunjuk dan hidayah. Allah berjanji akan menolong orang yang telah menolong-Nya iaitu orang yang mempertinggikan agama-Nya dan meletakkan kalimah Allah paling tinggi dari yang lain, pasti Allah laksanakan janji-Nya. Semoga kita berada bersama mereka yg bersyukur semasa senang dan susah.                                                                                                                                         "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". ( Surah Ibrahim: ayat 7)

Dari itu, kita sebagai hambaNya haruslah bersabar, redha dan bersyukur kepada Allah tatkala diri ditimpa musibah. Setiap musibah dan masalah itu pasti ada jalan keluarnya. Hadapilah musibah dan masalah itu dengan tabah dan janganlah sekali-kali berputus asa.

Renung2kan hadis riwayat Muslim yg bermaksud:  " Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ". ( Riwayat Muslim )

Adios amigos, grasias senor. Wallahua'lam & Wassalam.

Sources:
http://www.praizeallah.com/what-is-a-museebah/
http://www.iium.edu.my/deed/quran/malay/
                                                                                       
http://www.iklan-mudah.com/planet/ERTI-BERTERIMA-KASIH-DI-SISI-ALLAH-TAALA                       http://idealissemasa.blogspot.com/2010/04/apa-khabar-iman-kita-hari-ini-moga.html

Sunday, April 10, 2011

Salam: Diskusi penerangan kepada Sebuah Persoalan




Di sini diberi final teks yg digunakan semasa forum siswa di UCD. Only my isi forum dan juga komentar tentang maksud yg ingin disampaikan. Isi ahli lain tidak berani dikomen. Sila tanya tuan punya badan sendiri. Sebarang contoh tidak ada kene mengena dengan sebarang persatuan2 di luar negara ini. Ianya hanya sekadar rekaan penulis/saya semata2.



Punca-Punca Berlakunya Perpecahan

Terima kasih saudara pengerusi. Memandangkan kita semua terdiri daripada pegawai2 yg bekerja dan pelajar yg belajar di Ireland. Lebih dekat jika saya mengambil contoh di sini. Para hadirin yg saya hormati, Di sini, kita ada pelbagai persatuan sprti PPIMI, IKRAM, ISMA, PMCSA dan sebagainya. Ini adalah sesuatu yg bagus kerana persatuan yg berbeza dapat memenuhi kehendak pelajar yg berbeza.



Maksud yg ingin disampaikan: Di luar negara terdapat pelbagai persatuan-persatuan mahasiswa. Persatuan2 mahsiswa ini pasti mempunyai hala tuju dan objektif yg sama dan sebaliknya serta cara dan manhaj yg sama mahupun tidak. Jadi dapat ditafsirkan bahawa banyaknya persatuan dapat memenuhi kehendak atas kesesuaian dan keperluan pelajar yg berbeza-beza. Contohnya, Persatuan A adalah persatuan Islam yg berfokus kepada cara usrah sebagai medium tarbiyyah dan dakwah, manakala persatuan B adalah persatuan Islam yg berfokus kepada cara tabligh sebagai medium tarbiyyah dan dakwah. Di sini kita melihat perbezaan dalam segi cara tetapi objektif yg hampir sama iaitu mendekatkan diri kepada Allah dalam jalan juang dakwah ini. Pada saya ini adalah sesuatu yg bagus dan tidak ada salahnya kerana pelajar mempunyai pilihan dan dapat memilih medium dakwah yg diinginkan.
____________________________________________________

Rakan2 panel, apabila kita berbicara tentang isu perpaduan antara persatuan. 2 perkara terlintas di fikiran saya "kerjasama" dan "toleransi." Saya percaya dan yakin semua orang bersetuju bahawa kerjasama dan toleransi adalah 2 resepi utama dalam membina perpaduan. Sehinggakan, Hassan Albanna kata apa? Beliau berkata, "bekerjasama dalam perkara yang disepakati dan bertolak ansur dalam perkara yang diselisihkan." Ini bermaksud Hassan Albanna telah memberikan kita 1 gambaran bahawa sikap toleransi perlu ada utk kita meraikan perbezaan. Jadi dalam konteks perbincangan kita, saya melihat masalah perpaduan persatuan2 mahasiswa akan timbul apabila adanya segelintir persatuan yg tiada keinginan untuk bekerjasama dan bertoleransi. Maka akan berpecahlah persatuan2 ini.



Maksud yg ingin disampaikan: Merujuk kepada kata2 daripada Hassan Albanna. Beliau berkata, "bekerjasama dalam perkara yang disepakati dan bertolak ansur dalam perkara yang diselisihkan." Daripada quote ini, ditafsirkan tentang betapa pentingnya kerjasama dan toleransi itu dalam membentuk perpaduan. Dalam konteks berpesatuan pula, digunakan elemen "kerjasama" dan "toleransi" ini sebagai 2 elemen penting yg perlu ada dalam setiap persatuan mahasiswa di luar negara supaya mereka dapat bersatu dan berpadu. Akan tetapi apabila wujudnya segelintir persatuan yg tiada keinginan untuk bekerjasama dan bertoleransi. Maka akan berpecahlah persatuan2 ini. Contohnya, Persatuan A dan persatuan B masing2 mempunyai halatuju dan manhaj yg hampir sama akan tetapi tidak wujud keserasian dan kerjasama antara kedua2 persatuan ini, maka kedua2 persatuan ini susah utk berpadu. Barangkali disebabkan "common interest" yg sama ataupun disebabkan cakap2 negatif yg tersebar dalam kalangan ahli2nya. Hal ini juga boleh berlaku antara persatuan yg tidak sama objektif dan manhaj mereka.

_____________________________________________________

Para hadirin yg saya kasihi, Hal ini diburukkan lagi dengan wujudnya segelintir persatuan yang bersifat tegar dan ekstream dengan kelompok masing-masing. Dan enggan membuka ruang kesatuan. Kata lainnya "aku buat kerja aku,kau buat kerja kau." Di sini hadirin dan rakan panel...Kita melihat sikap negatif invidualistik! Egoistik! dan fanatik!!!

Jadi setiap aktiviti dan program yg mereka ingin jalankn akan berfokus kepada kelompok2 tertentu. Dan sebarang kolaborasi barangkali akan ditolak mentah2. Kerana apa? Kerana apa Tuan pengerusi? Kerana mereka mengamalkan prinsip yg saya katakan sebentar tadi. "aku buat kerja aku, kau buat kerja kau." Jadi saudara pengerusi. Inilah punca sebenar segala permasalahan, perpecahan yg timbul antara persatuan2 mahasiswa.



Maksudnya: Punca perpecahan persatuan-persatuan mahasiswa di luar negara adalah kerana kurangnya ataupun tidak wujud langsung kerjasama dan toleransi antara mereka. Hal ini diburukkan lagi dengan kewujudan segelintir persatuan yg bersifat tegar dan ekstrem dengan kelompok masing2 dan enggan menbuka ruang kesatuan. Ibarat "kau buat kerja kau, aku buat kerja aku" Penjelasan lanjutnya ialah persatuan2 yg bersifat ekstrem dan enggan membuka ruang kesatuan ini terlalu berfokus kepada kelompok2 tertentu dan kekal membuat sebarang aktiviti dan program dengan kelompok yg mereka kehendaki. Sebarang penyertaan daripada kalangan mahasiswa yg lain yg tidak termasuk dalam kelompok itu akan ditolak. Pada mereka kerja persatuan aku adalah ini dan kerja persatuan itu adalah itu sehinggakan mereka barangkali sanggup menjalankan aktiviti dan program pada tarikh yg sama dengan persatuan lain walaupun masing2 mepunyai target group yg sama. Jadi akibatnya berpecahlah pelajar2 mahasiswa ini mengikut aktiviti2 yg telah disediakan kedua2 persatuan yg berbeza ini. Contoh yg lebih menjelaskan lagi ialah persatuan A dan persatuan B masing2 menjalankan kempen "Kebebasan Palestin" dan memilih tarikh yg sama untuk mengadakan aktiviti ceramah dan sebagainya. Akibatnya pelajar2 akan keliru. Mereka keliru kerana hendak memilih utk pergi ke aktiviti yg mana? Kedua2nya adalah aktiviti dan program yg sama ataupun hampir sama tetapi oleh persatuan yg berbeza pada tarikh yg sama.(Baca ayat pun dah keliru). Jadi di sinilah dikatakan "Aku buat kerja aku, kau buat kerja kau." Walaupun hala tuju dan objektifnya sama ataupun hampir sama, namun terdapat sikap tidak ambil kisah terhadap persatuan2 lain. Pada mereka apa yg mereka jalankan dan lakukan adalah yg haq dan tidak perlu ada sebarang kolaborasi dan seandainya aktiviti dan program yg mereka jalankan berselisihan dengan aktiviti persatuan lain yg tidak kiralah sama aktivitinya ataupun tidak adalah sesuatu perkara yg tidak diambil kisah. Kerana apa? Kerana "aku buat kerja aku, kau buat kerja kau." Di sini saya melihat, alangkah baiknya sekiranya mereka berkolaborasi. Jika tidak mahu sekalipun, lebih baik sekiranya mereka bekerjasama dan bertoleransi dalam perkara2 perkara sebegini seperti memilih tarikh yg sesuai ataupun masa yg berbeza supaya semua pelajar dapat menyertai program2 yg dijalankan kedua2 persatuan tersebut. Kerana saya melihat, akibat negatif daripada perkara2 sebegini adalah wujudnya label melabel dan perpecahan bukan sahaja antara persatuan2 malahan jua antara mahasiswa2 di luar negara ini.

__________________________________________________



Cara Mengatasi Masalah Perpaduan

Terima kasih saudara pengerusi. Sejujurnya saya amat suka dan meminati perbincangan tentang penyelesaian kepada permasalahan ini. Para hadirin yg saya hormati, sebelum saya mengupas dngan lebih lanjut jawapan kepada soalan saudara pengerusi ingin saya perdengarkan sepotong ayat suci Al-Quran yg bermaksud:


“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, maka damaikanlah diantara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” (surah al-Hujurat : 10)

Berdasarkan ayat ini, perlunya kita mencari perdamaian terutamanya antara pemimpin2 persatuan Islam. Di sini, saya lihat intipati kepada solusi masalah ini adalah dengan menjaga ukhuwah yg baik sesama pemimpin. Tidak kira sama ada sesama Muslim mahupun bukan Muslim. Tapi, Bagaimana caranya? Saya fikir, jika pemimpin2 persatuan dapat duduk semeja membincangkan setiap permasalahan dan perbalahan yg timbul. ITU. adalah jln yg terbaik bagi menjaga ukhuwah sesama mereka. Selain itu, dapat juga mengelak fitnah antara persatuan. Jadi jelas Pencetus utama ke arah perpaduan ini harus bermula dengan pimpinan persatuan itu sndiri. Pemimpin haruslah menunjukkn qudwah ataupun cnth yg baik kpd ahli bawahannya. Bagi saya kalau pemimpin saya menunjukkan cth yg baik dn menghormati persatuan lain, saya sbg ahli akn berasa malu jika saya tidak menghormati persatuan lain.


Untuk mencapai tujuan ini, buanglah sifat individualistik! egoistik! dan fanatik! Yg menjadi RACUN dan barah yg menular generasi demi generasi. Saya tegaskan di sini perubahan yg besar brmula dngan pimpinan paling atas setiap organisasi. Jadi tunjukkanlah contoh yg baik. Kembali kpd saudara pengerusi


Maksudnyer: akan diterangkan dngan lebih lanjut sekiranya ada soalan. Sekian :)

Wednesday, April 6, 2011

Copy and Paste From a Website. Something 2 Ponder.


                                                             Sekadar Gambar Hiasan*


TAKSUB ialah suatu sikap percaya kepada sesuatu atau seseorang secara melulu dan membawa kesan tidak baik kepada perkembangan diri dan agama. Ia berbeza dengan sifat taat (taah) yang membawa pedoman prinsip dan sifat terbuka terhadap sesuatu dan seseorang.



Bersikap taksub bermakna sesuatu yang dipegang dan dianut adalah benar dan selamanya benar walaupun terdapat kelemahan pada sesuatu dan seseorang itu, manakala sifat taat merujuk kepada kebenaran dari al-Quran dan al-sunnah.



Sifat taat juga merujuk kepada sesuatu yang betul dan benar di samping adil atau terhadap seseorang yang juga mendukung kebenaran dan keadilan.



Jika ada pertikaian terhadap kebenaran dan keadilan yang cuba dibawa seseorang harus bersikap terbuka dan kembali kepada sumber iaitu al-Quran dan sunnah.



Sikap taksub boleh membawa kepada kejumudan berfikir dan kebekuan minda. Sekiranya hal ini berlaku, masyarakat Islam tidak akan maju ke hadapan dan gagal menghasilkan model-model Islam yang relevan dengan zaman.



Para remaja Islam walaupun memiliki idealisme yang tinggi harus mampu mengimbangi antara pemahaman terhadap realiti.



Tidak salah bagi remaja memiliki idealisme yang tinggi. Tetapi adalah salah idealisme dilontarkan tanpa perancangan strategik bagaimana idealisme itu dapat dilaksanakan.



Remaja juga mempunyai mentaliti menentang. Namun, penentangan harus dilakukan dengan bijaksana dan berasas. Tanpa memahami realiti penentangan hanya bersifat khutbah dan syarah atau retorik.



Penentangan bagi remaja yang proaktif harus disediakan dengan gagasan yang cukup baik yang menghasilkan model alternatif untuk dilaksanakan di tengah-tengah gelanggang.



Jika tidak, idealisme dan jiwa penentangan hanya ibarat kiambang yang bunganya cantik di permukaan air tetapi akarnya tidak berjejak bumi. Datang gelombang dan arus, ia mudah hanyut ke tepi.



Ini tidak pula bermakna para remaja tidak harus memiliki sifat taat, idealisme yang tinggi atau daya kritis yang tinggi. Bagi remaja, kualiti sedemikian adalah perlu tetapi jangan sampai sifat taat menjadi taksub melulu sehingga para remaja tidak bersedia mendengar pandangan kedua (second opinion) yang boleh memperkemaskan lagi pandangan pandangan pertama atau sifat taat yang melulu.



Sekali gus menyebabkan faham taksub menebal dan tertutup dengan maklumat dan pandangan orang lain walaupun ia benar dan baik. Akhirnya berlaku penentangan yang tidak berasas dan menyebabkan konflik yang sia-sia terjadi.



Sifat terbuka adalah sesuatu yang amat penting bagi remaja.



Ia bukan bermakna para remaja tidak harus mempunyai prinsip atau pegangan terhadap sesuatu.



Sifat terbuka memberikan pedoman bahawa prinsip yang dipegang dan kesediaan mendengar dan mengambil hujah-hujah yang baik dari sumber lain menjadikan pegangan remaja bertambah kuat dan teguh.



Para remaja harus menginsafi bahawa pada sesuatu dan pada seseorang manusia Allah tidak kurniakan segala-gala dan sempurna.



Sudah tentu para remaja memerlukan pandangan kedua atau ketiga dari pihak lain supaya gagasan pemikiran yang ada pada remaja menjadi matang dan semasa.



Pada zaman ini revolusi ilmu pengetahuan berkembang pesat. Revolusi teknologi dan digital menjadi semakain hebat. Ilmu-ilmu berbanding dari Barat dan Timur berkembang subur.



Sekiranya para remaja hanya memberi satu sudut pandangan dari apa yang diketahuinya sahaja tanpa memanfaatkan sumber-sumber berbanding yang terizin oleh agama, maka pemikiran remaja akan menjadi taksub.



Ketaksuban sama maknanya dengan kebekuan pemikiran. Sifat zaman dinamik berubah. Sekiranya mentaliti remaja Islam tidak berubah, mereka bakal dipinggirkan oleh zaman



Daripada: Nurul Izzah Sidek




copy and paste from :

Tazkirah Jumaat(13 Rabi'ul Akhir 1432H) : Remaja dan taksub pada pengaruh sekitar

azhar77 | March 18, 2011 at 9:10 AM | Categories: Tazkirah Jumaat |

URL:http://cardiffnusantaranetwork.wordpress.com/2011/03/18/tazkirah-jumaat13-rabiul-akhir-1432h-remaja-dan-taksub-pada-pengaruh-sekitar/

Monday, April 4, 2011

Masalah Perpaduan Persatuan2 Mahasiswa; Diskusi Punca dan Cara Atasi


UNITY...di mata anda.




Punca-Punca Berlakunya Perpecahan

Terima kasih saudara pengerusi. Memandangkan kita semua terdiri daripada pegawai2 yg bekerja dan pelajar yg belajar di Ireland. Lebih dekat jika saya mengambil contoh di sini. Para hadirin yg saya hormati, Di sini, kita ada pelbagai persatuan sprti PPIMI, IKRAM, ISMA, PMCSA dan sebagainya. Ini adalah sesuatu yg bagus kerana persatuan yg berbeza dapat memenuhi kehendak pelajar yg berbeza.



Rakan2 panel, apabila kita berbicara tentang isu perpaduan antara persatuan. 2 perkara terlintas di fikiran saya "kerjasama" dan "toleransi." Saya percaya dan yakin semua orang bersetuju bahawa kerjasama dan toleransi adalah 2 resepi utama dalam membina perpaduan. Sehinggakan, Hassan Albanna kata apa? Beliau berkata, "bekerjasama dalam perkara yang disepakati dan bertolak ansur dalam perkara yang diselisihkan." Ini bermaksud Hassan Albanna telah memberikan kita 1 gambaran bahawa sikap toleransi perlu ada utk kita meraikan perbezaan.

Jadi dalam konteks perbincangan kita, masalah perpaduan persatuan2 mahasiswa akan timbul apabila adanya segelintir persatuan yg tiada keinginan utk bekerjasama dan bertoleransi. Maka akan berpecahlah mereka.



Para hadirin yg saya kasihi, Hal ini diburukkan lagi dengan wujudnya segelintir persatuan yang bersifat tegar dan ekstream dengan kelompok masing-masing. Dan enggan membuka ruang kesatuan. Kata lainnya "aku buat kerja aku,kau buat kerja kau." Di sini hadirin dan rakan panel...Kita melihat sikap Individualistik! Egoistik! dan fanatik!!!

Jadi setiap aktiviti dan program yg mereka ingin jalankn akan berfokus kepada kelompok2 tertentu. Dan sebarang kolaborasi barangkali akan ditolak mentah2. Kerana apa? Kerana apa Tuan pengerusi? Kerana mereka mengamalkan prinsip yg saya katakan sebentar tadi. "aku buat kerja aku, kau buat kerja kau."

Jadi saudara pengerusi. Inilah punca sebenar segala permasalahan, perpecahan yg timbul antara persatuan2 mahasiswa.





Cara Mengatasi Masalah Perpaduan

Terima kasih saudara pengerusi. Sejujurnya saya amat suka dan meminati perbincangan tentang penyelesaian kepada permasalahan ini. Para hadirin yg saya hormati, sebelum saya mengupas dngan lebih lanjut jawapan kepada soalan saudara pengerusi ingin saya perdengarkan sepotong ayat suci Al-Quran yg bermaksud:



“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, maka damaikanlah diantara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” (surah al-Hujurat : 10)



Berdasarkan ayat ini, perlunya kita mencari perdamaian terutamanya antara pemimpin2 persatuan Islam. Di sini, saya lihat intipati kepada solusi masalah ini adalah dengan menjaga ukhuwah yg baik sesama pemimpin. Tidak kira sama ada sesama Muslim mahupun bukan Muslim. Tapi, Bagaimana caranya? Saya fikir, jika pemimpin2 persatuan dapat duduk semeja membincangkan setiap permasalahan dan perbalahan yg timbul. ITU. adalah jln yg terbaik bagi menjaga ukhuwah sesama mereka. Selain itu, dapat juga mengelak fitnah antara persatuan. Jadi jelas Pencetus utama ke arah perpaduan ini harus bermula dengan pimpinan persatuan itu sndiri. Pemimpin haruslah menunjukkn qudwah ataupun cnth yg baik kpd ahli bawahannya. Bagi saya kalau pemimpin saya menunjukkan cth yg baik dn menghormati persatuan lain, saya sbg ahli akn berasa malu jika saya tidak menghormati persatuan lain.



Untuk mencapai tujuan ini, buanglah sifat individualistik! egoistik! dan fanatik! Yg menjadi RACUN dan barah yg menular generasi demi generasi. Saya tegaskan di sini perubahan yg besar brmula dngan pimpinan paling atas setiap organisasi. Jadi tunjukkanlah contoh yg baik. Kembali kpd saudara pengerusi.