Saturday, April 16, 2011

Istiqamah Dalam Ibadah Dan Kehidupan...Apa Yg Mudah Dilafazkan Lidah Ini Kadangkala ≠ Dengan Realiti Yg Kita Amalkan.


Definisi Istiqamah

"Secara dasarnya Istiqamah bermaksud; berdiri teguh di atas jalan Islam dalam segenap ruang kehidupan sama ada dari sudut aqidah dan pegangan, amalan, pandangan hidup, perjuangan dan sebagainya iaitu tidak akan berganjak sedikitpun dari jalan tersebut walaupun terdapat pelbagai godaan dan rintangan." http://ilmudanulamak.blogspot.com/



"Melakukan sesuatu perkara secara berterusan dan penuh komitmen." Sekolah



Ramai dari kita selalu menyebut-nyebut perkataan ISTIQAMAH ini terutamanya dalam perihal2 agama mahupun perkara2 seharian. Ada yg mahu istiqamah dalam ibadah, ada yg mahu istiqamah dalam berdakwah dan ada juga yg mahu istiqamah dalam pelajaran. Di sini timbul persoalan kenapa inginkan ISTIQAMAH? Ada apa dengan istiqamah? Kemudian saya terjumpa firman Allah (diutarakan akhi Fazli dalam QC) yg bermaksud:



“Sesungguhnya orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh (istiqamah) di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berduka cita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.” (Surah Fussilat, ayat 30).



Ya Allah! Sungguh besar rupanya nilai ISTIQAMAH itu!!! sehinggakan mereka yg istiqamah di jalan Allah akan beroleh syurga yg kekal selama-lamanya. Begitulah yg telah dijanjikan Allah dan disebabkan itu jugalah kita sebagai hamba-hambanya wajar berebut-rebut untuk istiqamah di jalan yg benar ini. Istiqamahlah dalam setiap perkara2 yg baik semoga kita termasuk dalam golongan yg dijanjikan syurga ini. InsyaAllah. Dan jika kita menyelusuri sirah Nabawiyyah, kita dapat melihat begitu banyak kisah hamba-hamba Allah yg istiqamah seperti Bilal bin Rabah yg tetap teguh menyebut ahad(mengesakan Allah) walaupun dadanya dihempap batu besar yg berat. Kita juga melihat Sumayyah dan Yasir yg istiqamah menegaskan keyakinan terhadap Allah walaupun dijemur di padang pasir yg terik dalam keadaan kelaparan dan kehausan. Mereka adalah insan2 yg tega memilih syurga walau diseksa dan dipaksa supaya mengingkari ajaran Islam yg mentauhidkan Allah. Walau akhirnya mereka terkorban namun api ISTIQAMAH dalam mempertahankan Islam itu tidak pernah padam dalam diri setiap dari mereka. Sejauh itulah ISTIQAMAH mereka terhadap Islam yg tinggi dan tiada yg lebih tinggi darinya ini!!! Betapa kerdilnya kita saat ini jika dibandingkan dengan mereka yg telah berkorban dan terkorban di jalan ini.



Saya, anda dan mereka bagaimana? Sudah tentulah kita juga mahu ISTIQAMAH.

Tetapi sejauh manakah lidah yg begitu mudah melafazkan perkataan ISTIQAMAH ini melaksanakannya? Sejauh manakah penghayatan kita terhadap maksud ISTIQAMAH itu? Sejauh manakah kita BERISTIQAMAH? Tepuk dada, tanyalah diri sendiri di manakah penghayatan kita? Di manakah pengamalan kita? Di manakah ISTIQAMAH kita?

Hadis Buat Renungan

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Amalan yang paling disukai di sisi Allah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan (istiqamah) biarpun sedikit.” (Hadis riwayat Bukhari)

No comments:

Post a Comment