Mengharap Kasih Illahi
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. (Al-Baqarah: 155-157).
Dalam kehidupan tidak kiralah siapapun kita, sama ada kita adalah seorang raja, perdana menteri, dato', doktor, jurutera mahupun pelajar, kita akan tetap diuji. Diuji dengan berbagai2 rintangan dan masalah. Masalah kekurangan duit, kekurangan makanan, kekurangan fizikal, masalah kesihatan, masalah pelajaran dan berbagai2 lagi contoh yg dapat difikirkan dan pernah dialami. Dan apabila musibah atau ujian itu datang mungkin ada antara kita yg berkata:" ujian ini terlampau berat ya Allah", "kenapa aku ya Allah", "aku benci musibah" dan sbgnya. Dan barangkali ada antara kita yg akan berkata "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Sesungguhnya bagi mereka yg berkata sedemikian merekalah "...orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya." Muhasabahlah semula dan lihat apakah yg kita lakukan apabila ditimpa musibah?
Maka apabila ujian datang menerpa...
Maka apabila ujian datang menerpa bersabarlah. Bersabar di sini bermaksud menahan. Menahan daripada melakukan perbuatan yg mungkar dan salah. Bersabar di sini juga bermaksud menahan dari terlalu bersedih apabila ada musibah yg menimpa. Ingatlah bahawa Allah sentiasa ada bersama kita. La tahzan! Semoga kita berada bersama mereka yg bersabar.
“Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (surah al-Baqarah: ayat 153)
Maka apabila ujian datang menerpa redhalah. Redha di sini bermaksud menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t. Semoga kita berada bersama mereka yg redha terhadap ketentuan Illahi.
"Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ". ( Surah At Taubah : Ayat 59 )
Maka apabila ujian datang menerpa bersyukurlah. Bersyukur di sini bermaksud berterima kasih kepada Allah S.W.T. ke atas segala nikmat yang dikurniakannya. Dan mereka yg bersyukur adalah orang yang teguh memegang agamanya, dengan tidak berpaling tadah, bahkan mensyukuri Allah yang telah memberikannya petunjuk dan hidayah. Allah berjanji akan menolong orang yang telah menolong-Nya iaitu orang yang mempertinggikan agama-Nya dan meletakkan kalimah Allah paling tinggi dari yang lain, pasti Allah laksanakan janji-Nya. Semoga kita berada bersama mereka yg bersyukur semasa senang dan susah. "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". ( Surah Ibrahim: ayat 7)
Dari itu, kita sebagai hambaNya haruslah bersabar, redha dan bersyukur kepada Allah tatkala diri ditimpa musibah. Setiap musibah dan masalah itu pasti ada jalan keluarnya. Hadapilah musibah dan masalah itu dengan tabah dan janganlah sekali-kali berputus asa.
Renung2kan hadis riwayat Muslim yg bermaksud: " Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ". ( Riwayat Muslim )
Adios amigos, grasias senor. Wallahua'lam & Wassalam.
Sources:
http://www.praizeallah.com/what-is-a-museebah/
http://www.praizeallah.com/what-is-a-museebah/
http://www.iium.edu.my/deed/quran/malay/
http://www.iklan-mudah.com/planet/ERTI-BERTERIMA-KASIH-DI-SISI-ALLAH-TAALA http://idealissemasa.blogspot.com/2010/04/apa-khabar-iman-kita-hari-ini-moga.html
http://www.iklan-mudah.com/planet/ERTI-BERTERIMA-KASIH-DI-SISI-ALLAH-TAALA http://idealissemasa.blogspot.com/2010/04/apa-khabar-iman-kita-hari-ini-moga.html
*lagu segenggam tabah berkumandang bagi feel sket utk post ni*
ReplyDelete:D