Wednesday, May 4, 2011
Perkongsian Usrah: Tarbiyyah Dzatiyyah (tarbiyyah diri)...
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan." Al-Maidah (5): ayat 35.
Firman Allah dalam surah Al-Maidah ini menekankan kepentingan orang-orang beriman untuk bertaqwa kepada Allah dan mengamalkan amar maaruf dan nahi munkar serta berjuang untuk menegakkan Islam. InsyaAllah, moga-moga kita berada dalam golongan yg beroleh kejayaan dengan memanifestasikan konsep tarbiyyah ini ke dalam bentuk yg praktikal iaitu menerusi amalan dan perbuatan dalam kehidupan di dunia ini.
Definisi Tarbiyah Dzatiyyah
"Tarbiyyah dzatiyyah atau tarbiyyah diri bermaksud sejumlah tuntutan dan keperluan untuk mendidik dan memperbaiki diri yang diberikan oleh seseorang yg beragama Islam kepada dirinya dalam membentuk keperibadian Islam yang sempurna menerusi seluruh aspek kehidupannya; aspek iman, akhlaq, intelektual, sosial, dan sebagainya. Selanjutnya tarbiyyah ini juga perlulah sentiasa ditingkatkan dari semasa ke semasa dalam kehidupan."
Penerangan Lanjut (Sila tonton video di bawah)...:)
Penerangan Tentang Tarbiyyah Dzatiyyah Dari Ustaz H. Rahmat Abdullah.
Kepentingan Tarbiyyah Diri
Saudara dan saudari, secara logiknya, tarbiyah dzatiyah ini mampu menjadikan kita kuat dan cekal menghadapi berbagai-bagai ujian dan cabaran dalam memperjuang Islam sebagai jalan yg diredhaiNya. InsyaAllah, dengan adanya tarbiyyah diri ini juga, kita tidak futur (malas dan lesu) serta tidak mudah untuk berputus asa, malahan akan terus istiqamah dijalan kebenaran di samping melaksanakan ibadah tuntutan dari Illahi. Selain itu, fikrah (pemikiran) kita juga tidak akan terlalu sempit atau jumud dalam menghadapi isu-isu semasa yg memerlukan daya pemikiran kritis dan ilmu yg lengkap di dada. Akhirnya yg paling penting, kta menjadi seorang daie (pendakwah) yg mampu memberi sumbangan bukan sahaja kepada diri, malahan kepada masyarakat amnya menerusi dakwah yg lebih efektif dan berhikmah. Semuanya akan dapat dikecapi jika kita melaksanakan pentarbiyyahan diri ini dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas kerana Allah, InsyaAllah. :)
Sebagai tambahan, tarbiyyah diri ini juga adalah salah satu cara yg secara tidak langsung dapat membantu membangunkan potensi diri (cuba dikaitkan dengan tazkirah akhi Muaz) yg tersimpan. Apabila kita mengenal, mendidik dan memperbaiki diri, InsyaAllah setiap potensi yg ada pada diri kita akan berkembang. Potensi diri yg dimaksudkan ini adalah kebolehan diri yg mana kadangkala kita tidak sedar akannya. Barangkali dalam diri kita terdapat bakat bercakap dan menyampaikan apa yg dipelajari di hadapan orang ramai dan bakat ini boleh digunakan untuk berdakwah secara terus atau memberi ilmu kepada rakan-rakan yg lain. Barangkali dalam diri kita terdapat bakat kepimpinan yg dapat digunakan bagi memimpin persatuan-persatuan Islam untuk bergerak dengan lebih aktif dan proaktif dalam mencapai misi Islamik tersendiri. Barangkali juga, dalam diri kita terdapat bakat menulis dan bakat penulisan itu boleh digunakan untuk menghasilkan tinta-tinta cerpen dan novel dakwah juga blog dan artikel-artikel yg mana ianya dapat menjadi medium untuk menyampaikan dakwah. InsyaAllah, carilah dan temukan bakat-bakat tersimpan anda semasa meniti jalan mentarbiyyah, mendidik dan memperbaiki diri ini. Find your voice and inspire other to do so! Unleash your potential. :)
Jadi, tarbiyyah ini amat penting dan ianya bukanlah sesuatu yg boleh dipandang remeh atau enteng. Tarbiyyah diri adalah ibarat...
Video di bawah ini akan menjelaskannya:
Itulah Tarbiyyah ^^
Akhir kata, pesanan dari penaja untuk mereka yg akan bercuti panjang selepas exam semester, terutamanya kepada mereka yg belajar di luar negara dan akan balik ke Malaysia pada bulan Mei, Jun, Julai atau Ogos ini dengan ucapan:
"Usah biarkan masa yg anda miliki terbuang begitu sahaja dengan melakukan perkara-perkara yg tidak berfaedah, tetapi penuhilah ia dengan kemahuan (konsep) dan usaha (praktikal) untuk menambah ilmu, amal, dan iman." Jom ^_^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment