Monday, June 13, 2011

Checklist Sebelum Fly For Future RCSI Students...Sharing is Caring ^^


SENARAI BARANG PERLU BAWA

Dokumen:

Segala surat berkaitan diri anda (e.g. IC, surat beranak), RCSI, PMC, JPA dan MARA. Pastikan anda bawa yang original dan tinggalkan satu salinan di rumah malaysia untuk sebarang kecemasan dan kegunaan didalam negara.
Laporan perubatan terutamanya segala dokumen dan rekod berkenaan vaccination (Hep B).
Sijil-sijil sekolah hanya bawa yang penting sahaja sebab tak digunakan unless kalau nak apply research, kerja, etc. Bawak yang penting e.g. sijil brenti sekolah, result slip a-level/IB, sijil a-level/IB.
Most IMPORTANT!!! Please keep all documents in the hand luggage. You might be asked to show it to the officers at the airport especially at Heathrow Airport, London .

Pakaian:

Kelas harian adalah berpakaian smart casual i.e. macam budak INTEC pakai hari-hari. Tak tuck-in pon tak per. In short, pakain bebas. Boleh pakai jeans, selipar (sejuk kot), round neck.

Just sebagai checklist:

2 helai Jeans/khakis*
4 helai t-shirt berkolar/tidak berkolar (atas preferece dan keselesaan sendiri)*.
Pakaian dalam*
1 Kain pelikat (pakai dalam rumah jer)
Baju melayu sepasang (occasion rasmi)
Suit blazer (optional bagi MARA, private). JPA memang dah ada kan ? So bawak!!! Perlu kot…
2 pasang stokin*
2 helai kemeja lengan panjang (untuk exam dan aktiviti rasmi)*.
2 helai seluar slack (kegunaan exam dan aktiviti rasmi)*
Tie
Kasut hitam* (JPA memang wajib pakai kasut hitam kan ?)
Kasut sport dan daily walking shoes tak yah bawak. Beli kat ireland . On the day you all sampai, kita akan terus keluar shopping. Kat ireland kasut water proof dia sangat berkualiti.
Selipar (very optional sebab sejuk kot)
1 Tuala*
1-2 sweater yang tak tebal. Because you all akan datang time autumn which is not that cold. Believe me. If you guys beli yang tebal, dah la mahal, tebal, makan ruang pulak tu. Kat ireland banyak jual jaket n sweater water proof. So, sangat sesuai dengan climate sini.

* nampak cam tak logik kan bawak sikit2. tapi tu la hakikat, beli kat ireland lagi murah, sesuai dengan cuaca.



Toileteries:

Preferebly beli di ireland once sampai. sebab murah dan tak beban luggage waktu nak fly nanti. Kalau nak bawak deodorant dan berus gigi kesayangan boleh la. Shampoo, shower gel, shaving cream, ubat gigi, dan segala yang bulky2 tu, boleh beli di ireland jer. Insyaallah your house akan ada seorang senior dalam tu. So pow jer dia nyer shower gel n shampoo for the first day tu. He wont mind. Then you guys keluar la shopping. Murah……………………..!!!!



Buku dan alatan belajar

Buku clinical anatomy, author stanley monkhouse. Buku lain optional.
Lab coat
Stetescope
Dissection kit (optional)
Latex glove (yang kaler biru sbb lebih berkualiti)
Al-quran dan terjemahan
Pen (kalau ada feveret pen tu, bawak banyak2 sebab pen kat ireland mahal dan tak banyak variety dan tak sesuai dengan citarasa malaysian kot)
Pemadam, pembaris, pensel secukup rasa.
High lighter kat ireland pon murah. Lebih kurang sama harga dengan malaysia (if converted)
File beli di ireland (agak mahal)
Test pad beli di Malaysia lg better la sbb murah dan byk choice.
Pensel warna tak perlu
Printer tak yah bawak. Beli kat sini. Murah jer (if converted). Ada warranty bertahun2.
Laptop sangat tidak perlu bawak. RCSI akan bagi free dan menjadi hak milik kita selamanya. Kalau rosak, dia repair for free. Any kind of damage, they will repair it for you. If irrepairable, they will change with a new one. Laptop yang rcsi bagi ni sangat state-of-the-art and sophisticated for daily user. You can even play DOTA with it.



Medication and spectacles

Bring your specific medication eg astma inhaler from Malaysia . It is superbly expensive over here. Bring your prescription as well. If you don’t have it, request it from you doctor/GP.
Bring 2 pairs of spectacles. It is expensive to make a new one in dublin . (200-300 euro.)
For contact lenses users, bring the solution as well. You can buy it over here with reasonable price anyway. Just bring one bottle of the saline is enough.



Lain-lain

Most malaysian handphone can suit sim card used ireland . No need to bring the canggih2 one. Eventually, everyone will be using i-phone. E-bay is widely used here. Syurga membeli belah.
Bantal beli di ireland
Duvet/comforter beli di ireland
Bed sheet pon beli di ireland .
Mudah cakap, bab katil, semua beli di ireland .



Makanan

Rempah ratus semua boleh didapati di ireland . Yang susah dapat daun limau purut. Ikan bilis dan udang kering mahal so bawaklah dari Malaysia. Mee Maggi, serunding, all kind of 3-in-one, brahim’s ready cook, semuanya atas kehendak sendiri sebab u guys wont be starving. Senior rumah you all terer masak. He will cook for you guys for first few days.

Barang electric

Charger handphone
Charger laptop

Ps: Apabila korang sampai kat Ireland jngan lupe ajak senior korang tuk buat STUDENT TRAVEL CARD KAT TRINITY COLLEGE...Sbb bile korang ad kad nie, mcm2 diskaun korang akan dapat especially diskaun utk kad bas@ rambler.

No comments:

Post a Comment