Friday, June 3, 2011

What is a FAMILY ? Marumo no Okite


What is a FAMILY ? Is a family refers to blood related kin? Or is a family refers to the relationship that bonds a group of people together? Well, if a family refers to blood related kin, then a husband and wife are not family. If a family refers to relationship that bonds them together, then what if the RELATIONSHIP break? Are they still be a FAMILY? Therefore, we will meet the question: "What is a family ?"

Recently, I came across a Japanese Drama with the title of Marumo No okite (The direct translation is  Marumo's Rules/Peraturan Marumo) and "accidentally" without intention telah menonton drama ini. Satu demi satu episod habis ditonton dan setiap episod pasti mampu meruntun jiwa ke alam kesedihan, kegembiraan, kecekalan, ketabahan dan berbagai-bagai lagi alam emosi. Sinopsisnya berirama begini:



"Marumo no okite" mengisahkan sahabat baik Marumo yg meninggal dunia kerana kanser dan meninggalkan anak kembarnya iaitu Kaoru,6 (kakak) dan Tomoki,6 (adik). Ibu mereka pula telah lama meninggalkan mereka sejak mereka masih bayi lagi. Oleh itu, saudara kembar ini terpaksa dipisahkan dan dijaga oleh saudara mara yg berlainan. Namun, disebabkan kedua2 mereka tidak mahu dipisahkan dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan keluarga mereka yg baru, Tomoki mengambil keputusan untuk melarikan diri. Marumo yg mengetahui hal ini berusaha untuk mencari Tomoki(adik) bersama-sama dengan Kaoru(kakak) dan akhirnya berjaya menemukannya. Setelah itu, Marumo yg kasihan akan keadaan adik beradik kembar yg terpisah ini mengambil keputusan untuk menjaga mereka berdua dan tinggal di rumahnya. Sepanjang perjalanan pulang pula, seekor anjing, telah mengikuti Tomoki, dan pulang bersama ke rumah Marumo. Namun, Marumo yg tidak mempunyai pengalaman dalam mengasuh anak menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam menjaga mereka berdua. Namun begitu, Marumo beruntung kerana dibantu oleh tuan rumah dan anaknya perempuannya. Dan dari sinilah kisah hidup mereka mula berkembang................***

Pada saya jawapan kepada soalan saya di atas iaitu "What is a family ?,"telah terjawab melalui drama ini. Walaupun drama ini masih "ongoing," namun hanya melalui 6 episod pertamanya, para penonton sudah didedahkan dengan pengertian sebenar tentang KELUARGA. Juga dikisahkan peranan dan tanggungjawab ibu dan bapa terhadap anak2nya sehingga ke teknik2 dan strategi untuk membesar dan mendidik anak2 kecil ini. Sejujurnya, drama ini berhasil memperincikan setiap details tentang perasaan dan kemahuan kanak-kanak yg kadangkala ibu bapa terlupa tentangnya. Sebagai tambahan, bukan sekadar itu sahaja, pembawaan watak-watak seperti Marumo, Kaoru dan Tomoki yg dijayakan dengan cemerlang juga berjaya menonjolkan nilai2 murni dan pengajaran lain seperti nilai pengorbanan, kesyukuran, kecekalan, ketabahan, kegigihan dan yg paling penting sekali "KERJASAMA."  Kerjasama sebagai satu KELUARGA.

Sebagai tambahan, lagu Maru maru Mori mori telah menjadi lagu tema drama ini dan terdapat sejenis tarian yg diajar bersama lagu ini. Dan untuk pengetahuan anda, lagu ini dan tarian ini sedang HIT and HOT di Jepun...Maybe sebab tarian dan lagunyer CUTE sangat kot ^^ Maybe...ape2apepun...Suki desu. Di bawah ini diemmbedkan lagu dan video klip tarian tersebut. Cutekan^^ 



Jadi apa lagi tontonilah drama ini jika anda rasa anda ingin mengetahui "What is a FAMILY ?."
Sekian^^

No comments:

Post a Comment