Tuesday, June 21, 2011

Pengenalan JBT 2011

                                                          Make A donation, Please ^_0


"Pihak Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM) telah memilih Kampung Sungai Berua, Kuala Berang dan Sekolah Kebangsaan Sungai Berua, Kuala Berang sebagai lokasi bagi menjayakan Program Jalinan Bakti Terengganu 2011 ini. Kawasan perkampungan orang asli ini dipilih kerana kawasan tersebut mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi. Kebanyakan penduduk di perkampungan ini hanya meraih pendapatan kurang daripada RM800 sebulan.

Selain itu, kemudahan kesihatan juga amat terhad dengan kehadiran doktor untuk merawat para penduduk kampung hanya sekali dalam tempoh dua minggu. Keadaan ini menyukarkan mereka untuk mendapatkan bantuan kesihatan terutamanya bagi pesakit-pesakit kronik, penyakit berjangkit dan sebagainya.

Walaupun Sekolah Kebangsaan Berua dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas yang setara dengan sekolah kebangsaan biasa atau sekolah kekurangan murid (SKM) yang lain, namun pencapaian akademik masih juga di tahap yang rendah. Masalah keciciran tetap jua tinggi.

  Sehubungan itu, dengan adanya Program Jalinan Bakti Terengganu 2011 di kawasan perkampungan orang asli tersebut, pihak IMAM berharap agar sedikit sebanyak dapat memberikan khidmat bakti kepada masyarakat pedalaman yang memerlukan. Selaras dengan objektif yang telah digariskan oleh IMAM menerusi misi ini, adalah wajar jika usaha ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua pihak." Admin.

For more info please go to: http://www.jbt2011.blogspot.com/     And don't forget to donate :)
Enjoy The Vid ^_^

No comments:

Post a Comment