“Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali rasa lapar dan dahaga.” (HR. Ath Thabrani.)
RAMADAN BULAN YANG MULIA
Ramadan datang lagi dengan aura-auranya sekali. Aura-auranya sekali? aura ramadan yg dimaksudkan adalah semangat untuk melebihkan/membanyakkan ibadah di sepanjang bulan Ramadan, InsyaAllah (dan diteruskan ke bulan-bulan dan tahun-tahun yg berikutnya juga). Moga-moga semua orang mendapat aura nie termasuk yg menulis (sedang tersenyum).
Entri pada kali ini bertujuan untuk berkongsi nasihat-nasihat untuk semua berkaitan akhlak dan kelakuan kita semasa berada di bulan Ramadan ini. Antaranya:
1). MENGAWAL NAFSU: Nafsu yg dimaksudkan ialah nafsu makan dan nafsu memilih. Nafsu makan ialah apabila kita makan terlalu gelojoh dan banyak semasa berbuka. Apabila terlalu gelojoh akibatnya mungkin tercekik dan jika terlambat dapat rumah barulah jawabnya (rumah 6 feet under). Apabila makan terlalu banyak pula akibatnya kenyang sangat sampai tak boleh nak bergerak, maka mengengsot la akhirnya. Natijahnya, solat TERAWIH pun hangus...Kemudian nafsu memilih...Memilih berbagai juadah berbuka sampai tak cukup keluasan meja maka klu nak dihidangkan semua makanan yg dibeli...Dah pilih banyak, beli banyak, duit pon banyak la...he3. So, akibatnya duit habis, makanan belum tentu terabih...T_T
2). MEMPERBANYAKKAN IBADAH SUNAT (YANG WAJIB TU WAJIB BUAT LER): Banyakkanlah ibadah-ibadah sunat seperti solat sunat...solat terawih, sedekah, baca Al-Quran dan khatamkanya dan banyak lagi.
3). LAKUKAN PERKARA BERFAEDAH: Penuhi masa lapang anda dengan perkara-perkara yg berfaedah. Contoh perkara yg berfaedah? Hmmm, macm menyertai kempen derma darah, membaca buku ilmiah (bukan karya picisan, but sekali sekala ok kot), belajar bahasa baru n the lists go on...
4). MENJAGA MATA (PANDANGAN): Jagalah mata anda, gunakanlah "EYEMORE"...Sesaje bergurau. maksud menjaga mata atau pandangan di sini ialah menjauhi daripada melihat perkara-perkara yg tidak senonoh seperti melihat bende2 lucah dan aurat-aurat lelaki dan wanita yg bukan muhrim terutamanya di facebook yg aku tahu hampir 24 jamlah korang on9 kat sane...ELAKKAN...Diulangi ELAKKAN ye adik-adik.
5). MENJAGA LIDAH (PERCAKAPAN): Nak bercakap dan berbual pun nak kena hati-hati ker? Mestilah harus berhati-hati kerana barangkali dalam kita berbual terkeluar pula umpatan dan kutukan terhadap sesetengah pihak yang lain. Akibatnya BERDOSA la dan kuranglah pahala puasa...Selain itu tak pasal-pasal buruk nama orang yg kita umpat tu...KESIAN T_T
6). MENJAGA TELINGA (PENDENGARAN): Dengarlah perkara-perkara baik seperti ceramah-ceramah agama ataupun bisnes or ape2 jelah yg termasuk dalam kategori BAIK. Jauhi dan hindari daripada mendengar umpatan-umpatan tentang jiran tetangga, rakan sepejabat or sape2 jelah. Ingatlah bahawa mengumpat tu ibarat memakan saudaranya sendiri...Aku xnak, klu hang nak tau tau aku nak kategorikan hang ni dalam kategori ape...dah bukan manusia lagi dah...
AKHIR KATA
Ok, itu sahaja yg ingin dikongsikan dalam entri ini. Sekiranya ada dan terdapat sebarang penambahan, sudi-sudilah share di ruangan "COMMENT" di bawah. Semoga Ramadan kali ini dihiasi dengan keredhaan daripada Yang Maha Esa...Semoga kita berjumpa lagi di entri lain. Salam Ramadan (yg bakal menjelma). ^_^
No comments:
Post a Comment