Sunday, July 31, 2011

KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH





Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya. 


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. 


Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya: 
Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala). 


Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini. 


Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.


Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.


Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.. · 


Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. 

Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu. Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : 

"Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)." 

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib). Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. 


Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4). 


Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah.


Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari) Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir) Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. 


Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya. Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah 1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi. 2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih. 3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih. 4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu. 

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini. 

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W. 

Sumber: Click Here.

Saturday, July 30, 2011

Opportunity Cost: DSLR atau Motorsikal





"Opportunity cost is the cost of any activity measured in terms of the best alternative forgone. It is the sacrifice related to the second best choice available to someone who has picked among several mutually exclusive choices. " 



"Opportunity cost," itulah teori yg dipelajari  dalam subjek ekonomi semasa aku belajar IB di KMB suatu masa dahulu. Kini teori ini adalah praktikal dalam menerangkan situasi yg aku hadapi sekarang. Dengan jumlah duit yg limited aku hanya mampu memilih salah satu antara Nikon DSLR ataupun sebuah motorsikal. Bagi aku sebuah motorsikal itu lebih penting daripada memiliki sebuah DSLR jadi keputusanya "my best alternative forgone is DSLR." Sedikit sedih kerana dah berangan-angan and termimpi-mimpi memiliki sebuah DSLR, namun begitu aku yakin Tuhan ada perancangan yg lebih baik ^^. 


Dalam situasi sekarang nie, baru aku sedar betapa pentingnya memiliki "financial freedom" bagi mengatasi masalah ini. Chop2...apa itu "financial freedom dan bagaimana ia dapat mengatasi masalah "opportunity cost" ini ? Hmm...Sekiranya kita mendefinisikannya satu persatu, financial (kewangan) bermaksud wang manakala freedom (Kebebasan) bermaksud boleh melakukan apa-apa sahaja. Oleh itu, financial freedom (kebebasan kewangan) bermaksud kebolehupayaan seseorang untuk membelanjakan wang yg dimiliki tanpa apa-apa sekatan atau dalam kata lain; kebebasan menggunakan wang ^_^. Well, the people with financial freedom still have income that is enough to cover their expenses for their remaining life although they are not working anymore. 


Pergh!!! Sape tak nak "financial freedom" nie...Seriously, I need to have it by hook or by crook, but first I need to plan on how to get it intelligently. Well, there are actually a few simple steps to follow and they are: 


The steps to financial freedom is clear and obvious but few can make it. Most of us fail at the first step which is ‘saving’. We need to save in order to invest!!! Invest in what? In business laa...Business ape? (Well, that's a long way to go and I'm not good enough to explain it). Then, from investing, we will get profit. Once the profit we have from investing is enough for us to cover the living expenses, we can retired from work. From this point, we can say that we have achieved "financial freedom". It happen when we still have income (that are enough to cover our living expenses) even though we do not work. ^_^


Therefore, in the near future, InsyaAllah we will never be in dilemma due to "Opportunity Cost." So, start today because it's never too late.


Friday, July 29, 2011

Bebaskan Mimpi di Angkasa...



Cuba kita renung kembali,
Suatu masa tika kita masih anak-anak kecil,
Ketika masih belum cukup jelas tentang dunia,
Masih lurus dan masih bersih daripada segala kekotoran dunia,
Di masa itu bukankah kita pernah bermimpi?
Mimpi yang berbagai ragamnya,
Doktor, jurutera, businessman, pelukis, penyanyi, model, pelakon...,
Dan berbagai lagi...

Cuba kita renung kembali...
Pada hari ini, jam ini, minit ini dan detik ini,
Di manakah mimpi yg suatu ketika kita lafazkan itu ?
Mungkin semakin kita membesar dan dunia mulai jelas melalui pandangan hati,
Mimpi itu berubah dan berjalan seiring dengan minat dan bakat,
Tetapi betulkah anggapan itu ?
Atau kita sekadar membebaskan beban dengan berkata YA,

Cuba kita renung kembali,
Diri ini,
Kehidupan ini,
Mimpi ini,
lantas bertanyalah pada diri,
Adakah kita masih mahu membebaskan mimpi itu?
Ingatlah PELUANG itu tetap terbuka,

Walau realiti mungkin tidak seindah lisan di alam maya,



Hayatilah lagu ini...Moga-moga andalah Laskar pelangi itu.^_^


Mimpi = Cita-cita

Tuesday, July 26, 2011

Satu Perkongsian: Ramadan.

“Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali rasa lapar dan dahaga.” (HR. Ath Thabrani.) 


RAMADAN BULAN YANG MULIA
Ramadan datang lagi dengan aura-auranya sekali. Aura-auranya sekali? aura ramadan yg dimaksudkan adalah semangat untuk melebihkan/membanyakkan ibadah di sepanjang bulan Ramadan, InsyaAllah (dan diteruskan ke bulan-bulan dan tahun-tahun yg berikutnya juga). Moga-moga semua orang mendapat aura nie termasuk yg menulis (sedang tersenyum).

Entri pada kali ini bertujuan untuk berkongsi nasihat-nasihat untuk semua berkaitan akhlak dan kelakuan kita semasa berada di bulan Ramadan ini. Antaranya:



1). MENGAWAL NAFSU: Nafsu yg dimaksudkan ialah nafsu makan dan nafsu memilih. Nafsu makan ialah apabila kita makan terlalu gelojoh dan banyak semasa berbuka. Apabila terlalu gelojoh akibatnya mungkin tercekik dan jika terlambat dapat rumah barulah jawabnya (rumah 6 feet under). Apabila makan terlalu banyak pula akibatnya kenyang sangat sampai tak boleh nak bergerak, maka mengengsot la akhirnya. Natijahnya, solat TERAWIH pun hangus...Kemudian nafsu memilih...Memilih berbagai juadah berbuka sampai tak cukup keluasan meja maka klu nak dihidangkan semua makanan yg dibeli...Dah pilih banyak, beli banyak, duit pon banyak la...he3. So, akibatnya duit habis, makanan belum tentu terabih...T_T

2). MEMPERBANYAKKAN IBADAH SUNAT (YANG WAJIB TU WAJIB BUAT LER): Banyakkanlah ibadah-ibadah sunat seperti solat sunat...solat terawih, sedekah, baca Al-Quran dan khatamkanya dan banyak lagi. 

3). LAKUKAN PERKARA BERFAEDAH: Penuhi masa lapang anda dengan perkara-perkara yg berfaedah. Contoh perkara yg berfaedah? Hmmm, macm menyertai kempen derma darah, membaca buku ilmiah (bukan karya picisan, but sekali sekala ok kot), belajar bahasa baru n the lists go on... 

4). MENJAGA MATA (PANDANGAN): Jagalah mata anda, gunakanlah "EYEMORE"...Sesaje bergurau. maksud menjaga mata atau pandangan di sini ialah menjauhi daripada melihat perkara-perkara yg tidak senonoh seperti melihat bende2 lucah dan aurat-aurat lelaki dan wanita yg bukan muhrim terutamanya di facebook yg aku tahu hampir 24 jamlah korang on9 kat sane...ELAKKAN...Diulangi ELAKKAN ye adik-adik. 

5). MENJAGA LIDAH (PERCAKAPAN): Nak bercakap dan berbual pun nak kena hati-hati ker? Mestilah harus berhati-hati kerana barangkali dalam kita berbual terkeluar pula umpatan dan kutukan terhadap sesetengah pihak yang lain. Akibatnya BERDOSA la dan kuranglah pahala puasa...Selain itu tak pasal-pasal buruk nama orang yg kita umpat tu...KESIAN T_T 

6). MENJAGA TELINGA (PENDENGARAN): Dengarlah perkara-perkara baik seperti ceramah-ceramah agama ataupun bisnes or ape2 jelah yg termasuk dalam kategori BAIK. Jauhi dan hindari daripada mendengar umpatan-umpatan tentang jiran tetangga, rakan sepejabat or sape2 jelah. Ingatlah bahawa mengumpat tu ibarat memakan saudaranya sendiri...Aku xnak, klu hang nak tau tau aku nak kategorikan hang ni dalam kategori ape...dah bukan manusia lagi dah...


AKHIR KATA
Ok, itu sahaja yg ingin dikongsikan dalam entri ini. Sekiranya ada dan terdapat sebarang penambahan, sudi-sudilah share di ruangan "COMMENT" di bawah. Semoga Ramadan kali ini dihiasi dengan keredhaan daripada Yang Maha Esa...Semoga kita berjumpa lagi di entri lain. Salam Ramadan (yg bakal menjelma). ^_^

Tabung Haji: Pendeposit Didahulukan, Pencapaian Diutamakan ^_^



Salam, kembali muncul bersama saya dalam rancangan  blog Mencari Yang Satu. Nak share something jer...Hari nie (semalam laaa) buat akaun Tabung Haji untuk mak dan aku. Alhamdulillah tercapai juga cita-cita aku nak buatkan akaun tabung haji untuk mak. Untuk Abah? Err...tunggu KWSP kuar laa...he3...Nway, pak cik   abang kat kaunter Tabung Haji tu cakap untuk daftar haji dan masuk giliran kene ada sekurang-kurangnya RM 1300...manakala untuk kos menunaikan haji pula adalah sebanyak RM 10 000. Bile ak tengok akaun aku and mak aku...jauh lagi nie...Tapi xpe kata orang menabung biarlah "sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit." InsyaAllah jika ada rezeki. ^^

Sunday, July 17, 2011

Report Ceramah Kepentingan Pendidikan

Report Ceramah Kepentingan Pendidikan

(En Mahat yg berbaju putih^^)

Pada hari Ahad bertarikh 10 Julai 2011 bertempat di Kg. Sungai Berua, Kuala Berang, Terengganu telah diadakan ceramah Kepentingan Pendidikan untuk Orang Asli di kampong tersebut.  Ceramah Kepentingan pendidikan ini yang berlangsung selama lebih kurang 2 jam merupakan sebahagian daripada aktiviti-aktiviti dalam Program Jalinan Bakti Terengganu 2011 (JBT 2011) yang dianjurkan Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM). Ceramah Kepentingan Pendidikan  ini diadakan bertujuan untuk memberi anjakan paradigma dalam pemikiran Orang Asli di Kg. Sg. Berua tentang betapa pentingnya pendidikan untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan ini. Selain itu, ceramah ini juga diharap dapat memberi motivasi kepada ibu bapa Orang Asli supaya mereka berusaha untuk memberi perhatian yang tinggi terhadap pendidikan untuk anak-anak mereka.
Untuk itu, pihak JBT 2011 telah menjemput seorang penceramah yang berkaliber, berketrampilan dan berjaya. Bagi meyakinkan penduduk kampung, penceramah yang dipilih ini juga adalah Orang Asli seperti mereka, bezanya beliau adalah antara Orang Asli yang Berjaya dalam pendidikan. Nama beliau adalah Ir. Mahat a/l Mat Dong dan berasal dari Kampung Bukit Bangkong, sebuah perkampungan Orang Asli suku kaum Jakun di Sungai Lembing, Pahang. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan kini menyandang jawatan Penolong Pengarah Kanan di Unit Pelaksanaan Projek Persekutuan Pahang, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS). Pada Ogos 2009, beliau telah dinobatkan sebagai Ikon Orang Asli 2009, anugerah yang julung kali diwujudkan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia (JHEOA) sempena Karnival Keusahawanan dan Kebudayaan Orang Asli di atas kejayaan beliau dalam pendidikan dan kerjaya serta sumbangan terhadap Orang Asli di Malaysia.
Sebagai tambahan, perubahan mindset Orang Asli terhadap pendidikan ke arah sesuatu yang lebih baik adalah suatu bonus besar yang diharapkan. Hal ini adalah kerana :

“melalui pendidikanlah segalanya bakal berubah.” Sekadar memetik kata-kata hikmah dari penceramah Ir. Mahat.

Justeru, melalui JBT 2011, diharap ceramah pendidikan ini berjaya dalam mencapai objektifnya seperti yang telah dinyatakan. InsyaAllah^^
Sekian.  

Zexter Corporation


Itulah nama syarikat yang ingin dan bakal ditubuhkan oleh insan kerdil tetapi berjiwa besar ini. Syarikat ini pada asalnya dirancang untuk berfokus kepada bisnes dalam bidang perubatan, farmasi dan yg sewaktu dengannya. Penubuhannya pula masih belum didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerana masih kekurangan sumber seperti modal dan tenaga manusia. Namun begitu, ini tidak bermaksud syarikat ini akan terkubur begitu sahaja dan akan kekal hanya sebagai angan-angan. Oleh itu, pada saat ini syarikat angan-angan ini, InsyaAllah akan mula beroperasi dengan berfokus kepada apa-apa sahaja bidang asalkan halal dan mendatangkan keuntungan. InsyaAllah.

Disebabkan itu, saya sebagai Chief Executive Officer (CEO) syarikat, dengan ini memutuskan untuk membuka bisnes jualan merchandise iluvislam. Bisnes jualan merchandise iluvislam ini masih di peringkat awal dan berada pada tahap perancangan lagi. Namun begitu, saya sudah menghantar plan perancangan perniagaan ke iluvislam dan sedang menanti balasan mesej daripada mereka. InsyaAllah segala-galanya akan berjalan dengan lancar dan baik. Diharap dan didoa begitulah. ^^

Sekiranya segalanya berjalan dengan lancar barangan merchandises yg akan dijual adalah seperti di bawah:

 Dan....


Doakanlah agar segala-galanya berjalan dengan lancar. ^^ 

 (PS: Harga masih belum ditetapkan lagi, almaklumlah masih diperingkat perancangan lagi, tapi klu ada cadangan, amatlah dialu-alukan ^^)

Sunday, July 3, 2011

Manusia Ini Memang Pelik ?>,<:@"

"...Every mammal on this planet instinctively develops a natural equilibrium with the surrounding environment but you humans do not. You move to an area and you multiply and multiply until every natural resource is consumed and the only way you can survive is to spread to another area. There is another organism on this planet that follows the same pattern. Do you know what it is? A virus. Human beings are a disease, a cancer of this planet..." Agent Smith  

Manusia ini memang PELIK!!! Kenapa? Simple, sebab mereka sanggup melakukan perkara-perkara yang pelik demi memuaskan hati mereka. Dalam hidup sesetengah manusia, segala perkara amal maaruf yang disuruh oleh Allah seperti menegakkan kebenaran, keadilan, kejujuran, kesopanan, dan segala ajaran-ajaran baik begitu mudah dilupakan dan diketepikan begitu sahaja. Sebaliknya segala perkara yang ditegah dan dihalang agama seperti memfitnah, menipu, mengumpat,dengki, sihir dan lain-lain yg sewaktu dengannya begitu mudah diamalkan dan dilakukan tanpa ada perasaan takut atau gentar kepada Yang Maha Esa. 

Memang pelik apabila ada pihak yang sudah memiliki hampir segala-galanya tapi masih mempunyai perasaan cemburu terhadap kejayaan atau sesuatu yang pihak lain miliki tetapi tidak dimilikinya. Dan perasaan cemburu ini apabila terlalu diikutkan ianya akan menyebabkan individu tersebut menjadi BUTA HATI dan TIDAK RASIONAL. Buta Hati iaitu tidak dapat menerima pengajaran; zalim dan kejam. Tidak rasional pula, tidak dapat membezakan baik dan buruk sesuatu tindakan dan kelakuannya. 

Lebih pelik lagi apabila mereka adalah saudara mara, kenalan rapat dan yg sewaktu dengannya yang kita percaya dan tidak sangka rupa-rupanya merekalah dalang dan punca kepada pelbagai masalah (fitnah, cercaan, umpatan, sihir dan sbg) yang kita hadapi. OH PELIK...Manusia memang pelik. Apabila terlalu ikutkan nafsu dan cemburu, Tuhan dilupakan, syaitan laknatullah jadi ikutan. Nauzubillah. 

Nilai dan Pengajaran  Diambil Dari : Click Here 

Hasad dengki menyebabkan seseorang boleh bertindak tanpa rasional yang boleh menyebabkan penyesalan yang tiada kesudahan. Hasad dengki juga mendorong seseorang untuk melakukan perkara-perkara yang sesat. Telah dinyatakan bahawa;

“Sesungguhnya orang yang pertama kali berbuat dengki di langit ialah iblis terkutuk, maka berlanjutanlah sifat dengki itu seperti yang ada. Dan orang yang pertama kali melakukan dengki di dunia ialah Qabil pada saat dia berhasad dengki terhadap saudara kandungnya yakni Habil, maka berlanjutanlah sifat dengki seperti yang ada. Maka cukuplah perbuatan keduanya itu sebagai nasihat dan pengajaran bagi mereka yang berfikir.”

Rasulullah s.a.w. bersabda;

Yang bermaksud: “Sesungguhnya pada nikmat Allah ta’ala itu terdapat musuh-musuh. Baginda ditanya: “Siapakah musuh-musuh itu ya Rasulullah? Baginda menjawab, Mereka ialah orang-orang yang berhasad dengki terhadap orang lain atas anugerah yang diberikan oleh Allah.”

Perasaan buruk ini boleh wujud di dalam hati manusia disebabkan manusia itu mempunyai rasa permusuhan dan kebencian. Dalam erti kata yang lain, dia tidak merasa bahawa berbaik-baik sesama manusia dan sayang-menyayang dengan saudara seislam adalah keperluan bagi kekuatan umah, yang menyumbang rasa bahagia bagi jiwa seorang muslim. Orang yang berada dalam lingkungan ini sudah pasti tidak gemar untuk menyumbang kebajikan kepada orang lain ataupun mendengar kebahagiaan yang dimiliki oleh saudaranya (seislam).

Hasad dengki juga lahir disebabkan merasa dirinya berada dalam kedudukan yang lebih tinggi dan mulia berbanding orang lain. Apabila dia melihat keadaan orang lain yang mempunyai kebaikan atau kelebihan yang tidak dimilikinya, dia menjadi rasa tercabar. Perasaan tersebutlah yang dinyatakan sebagai dengki.

Orang yang mudah merasa iri hati terhadap orang lain biasanya amat menyukai kedudukan sebagai pemimpin atau ketua. Dia tidak mahu ada orang lain yang dapat menyainginya. Orang-orang sebegini sudah pasti tidak merasa senang apabila melihat ada orang yang lebih berwibawa dan berpengaruh daripadanya.

Sebagaimana kisah Habil dan Qabil tadi, hasad dengki merupakan sifat yang boleh memberikan kesan buruk kepada diri pengamalnya. Sekurang-kurangnya terdapat lapan kesan buruk yang boleh timbul akibat dari sifat dengki ini;

1) Sifat dengki mengakibatkan terhapusnya amalan baik yang pernah dilakukan oleh seseorang. Apabila seorang muslim melakukan kebaikan, dia akan beroleh pahala. Malangnya, apabila dia mempunyai sifat dengki terhadap orang lain, amalan-amalan kebaikan yang pernah dilakukannya akan terhapus disebabkan perasaan dengki tersebut.

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Jauhilah olehmu sekalian akan sifat dengki, kerana sesungguhnya dengki itu menghapuskan kebaikan, sebagaimana api menghanguskan kayu bakar.” Yakni, boleh menyebabkan kufur.

2) Perasaan dengki mendorong diri seseorang untuk membuat kemungkaran dan penderhakaan terhadap Allah dalam bentuk yang lain. Apabila hasad dengki telah bersarang di dalam dada seseorang, maka dia akan meluahkan perasaan itu dalam bentuk umpatan (ghibah), berkata bohong, mencaci dan memburuk-burukkan seseorang. Dengan harapan kelebihan atau kebaikan pada orang yang didengkinya itu akan hilang.

Dari Dhamrah bin Tha’labah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang bermaksud: “Manusia itu adalah baik selama mana mereka tidak saling dengki-mendengki.”

3) Sifat dengki akan menyebabkan seseorang itu kehilangan syarat untuk menerima syafa’at pada hari kiamat.

Syafa’at adalah suatu anugerah yang tidak ternilai harganya bagi seseorang yang menerimanya ketika Hari Akhirat. Ini kerana, seseorang yang menerima syafa’at diberi izin untuknya membantu orang-orang lain yang mengalami pelbagai kesusahan dan azab ketika hari perhitungan. Jadi, tentulah amat malang bagi mereka yang mempunyai perasaan hasad dengki dan iri hati ketika hidup kerana perasaan ini berupaya menjadi penghalang yang amat besar baginya untuk menerima manfaat syafa’at pada hari akhirat yang boleh memudahkannya untuk menempuh pelbagai rintangan dan azab pada hari dia dihisab. Sebuah hadis Rasulullah s.a.w. dari Abdullah bin Basyar, Rasulullah bersabda:

Yang bermaksud: “Tidak termasuk golonganku si pendengki, orang mengadu domba, orang yang mempunyai ilmu menilik dan akupun tidak dari golongannya.”

Kemudian baginda membaca ayat al-Qur’an:

Yang maksudnya berbunyi: “Orang-orang yang menyakiti hati orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan di atas perkara yang tidak dilakukan, maka sesungguhnya mereka itu telah melakukan dusta dan dosa yang nyata.”

4) Oleh sebab dengki merupakan sifat yang menempah dosa, maka tentulah ia akan menyebabkan pengamalnya akan humbankan ke dalam neraka sekiranya dia tidak bertaubat. Rasulullah s.a.w. bersabda yang antara lain bermaksud;

“Rasulullah telah ditanya mengenai enam golongan yang akan ditempatkan ke dalam neraka. Rasulullah menjawab., Enam golongan orang yang akan dimasukkan ke dalam neraka ialah, pemerintah yang menganiaya, orang Arab dengan sifatnya yang fanatik, penjajah dengan keangkuhan mereka, usahawan dengan perbuatan khianat, orang kampung dengan kebodohan mereka dan para ulama dengan sifat dengki mereka.”

5) Sifat dengki juga akan menyebabkan seseorang itu boleh melakukan perkara yang boleh memudaratkan orang lain. Contoh yang paling mudah adalah dengan melihat kisah Habil dan Qabil pada awal perbincangan tadi. Hasad dengki dan dendam kesumat yang wujud dalam perasaan Qabil telah menyebabkan kematian Habil. Di dalam hal ini, Habil telah menerima kemudaratan yang amat dahsyat disebabkan rasa hasad abang kandungnya sendiri. Apabila seseorang telah melakukan kemudaratan kepada orang lain, tentulah kesan buruknya akan pulang semula kepada dirinya. Selain itu, pengajaran lain yang boleh didapati di sini, kita seharusnya memohon perlindungan dari kejahatan orang yang berhasad dengki. Di dalam hal ini Allah s.w.t. telah menyentuh perkara ini dalam firmannya yang bermaksud;

“…dan dari kejahatan orang yang mendengki.”

6) Memiliki hasad dengki akan hanya menyebabkan kesusahan dan kesulitan kepada pemiliknya. Orang yang memiliki sifat ini tidak pernah merasa selesa dengan keadaan dirinya sendiri. Tidak ada ketenangan dalam dirinya kerana hanya memikirkan kelebihan dan kebaikan orang-orang yang berada di sekelilingnya dan merasakan dirinya juga wajar untuk memiliki kelebihan tersebut.

7) Hasad dengki yang berada di dalam hatinya akan menghalang pintu hatinya daripada memahami secara sebenarnya tentang ilmu-ilmu agama dan perkara-perkara mengenai hukum hakam. Hatinya akan menjadi gelap dan sesungguhnya orang-orang ini akan berada dalam kerugian. Ini kerana orang lain dapat memahami dengan mudah mengenai ilmu-ilmu agama, dan kesannya perhubungannya di antara hamba dengan Pencipta akan menjadi semakin dekat berbanding dengan orang yang mempunyai hasad dengki. Oleh sebab tidak ada keinsafan dalam dirinya, maka perhubungannya dengan Allah s.w.t. menjadi semakin jauh. Kata Sufyan dalam hal ini;

“Jangan engkau menjadi orang yang dengki lagi mudah membuat kesimpulan.”

Orang yang mempunyai hasad dengki akan sentiasa terhalang dari mendapat kebaikan dan keuntungan, bahkan dia menguntungkan musuh-musuhnya.Ini kerana, orang-orang yang mempunyai rasa dengki lazimnya akan merasa iri hati pada orang-orang yang baik, yang sewajarnya menjadi orang yang dikasihinya sebagai saudara seagama. Walaupun demikian, disebabkan sikapnya yang buruk itu, musuh-musuh orang yang didengkinya itu akan lebih beruntung. Tugas musuh-musuh ini akan menjadi lebih mudah untuk menjatuh atau memusnahkan orang yang mempunyai kebaikan dan kelebihan tersebut.

Selain itu, sebagaimana yang telah dinyatakan tadi, sikap ini akan merugikan orang yang berhasad dengki. Oleh sebab dia telah menjauhkan dirinya dari orang-orang yang didengkinya dan pada masa yang sama dia juga tidak mendapat manfaat daripada musuh-musuh orang yang didengkinya. Maka, dia sebenarnya telah meminggirkan dirinya dari semua orang. Keadaan ini sesuai dengan satu kata-kata hikmat yang mengatakan;

“Orang yang berhasad itu tidak akan menuai hasil keuntungan.”

Jika dilihat kepada akibat yang bakal diterima oleh mereka yang mempunyai perasaan ini, maka kerugian yang perlu ditanggung amat besar nilainya. Jadi, tentulah amat malang bagi mereka yang tidak melakukan apa-apa untuk menahan daripada perasaan ini wujud. Islam memberi panduan dan pedoman bagi mereka yang mahu menyelamatkan diri dari belenggu dosa ini.

Ilmu dan takwa adalah senjata sebenar yang dapat melawan perasaan yang boleh menjahanamkan manusia ini. Ilmu yang dimiliki oleh manusia dapat memberi amaran tentang akibat-akibat yang bakal diterima sekiranya perasaan ini diamalkan. Peminggiran dari aspek sosial sebenarnya adalah kerugian yang amat besar bagi seseorang manusia yang ingin diterima masyarakat. Melalui ilmu juga, seseorang manusia akan berusaha untuk mencapai darjah ketakwaan.

Ketakwaan seorang hamba pula akan menjadikan seseorang manusia itu menginsafi akan kewujudannya di bumi ini. Di dunia ini, sebagai seorang khalifah dia diperintahkan untuk memakmurkan muka bumi ini, menyayangi sesama umat Islam, berlaku adil, membuat kebaikan dan meninggalkan segala keburukan dan kejahatan. Dia akan sanggup melakukan apa sahaja yang diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah. Dia meyakini bahawa sebaik-baik umat manusia adalah yang paling bertakwa kepada Allah.

Kesimpulannya, hasad dengki hanya akan menyebabkan kerugian kepada orang yang memilikinya dan kepada agama Islam sendiri. Bagi individu yang memilikinya, dia akan terpinggir dari hidup bermasyarakat, mempunyai perasaan yang sentiasa tidak aman dan akan menyebabkannya melakukan perkara-perkara yang lebih keji. Apabila dia berada di akhirat, akan menanggung kerugian yang lebih besar, tidak tertanggung dan menempah penyesalan yang tidak terkira kerana tidak layak untuk menerima dan mendapat syafa’at dan tidak ditempatkan dalam tempat yang penuh kebaikan, kemewahan dan keberkataan, yakni syurga. Walaupun kerugian itu ditanggung secara personal oleh pengamalnya, akan tetapi ia juga memberi kesan yang tidak baik kepada ukhuwwah islamiyyah. Umat Islam akan menjadi tidak bersatu dan tidak akan menjadi sebuah umat yang kuat sekiranya sifat ini diamalkan oleh orang-orang Islam. Akhirnya, umat Islam secara keseluruhannya yang akan rugi.

Walaupun demikian, sebenarnya terdapat sedikit ruang atau keringanan dalam perkara dengki. Sebenarnya, tidaklah jatuh haram atau berdosa sekiranya seseorang itu merasa iri hati apabila memandang kelebihan dan kebaikan yang dimiliki oleh orang lain tanpa harapan atau cita-cita untuk melihat kelebihan tersebut hilang dan lenyap dari pemiliknya.

Mudah-mudahan kita sama-sama dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada perbincangan ini. 


Friday, July 1, 2011

Antara "Motivasi" dan "Motibasi"...

"Reputation is what men and women think of us; character is what God and angels know of us."
Thomas Paine



Motivasi

"Motivasi adalah keinginan yg keras atau semangat yg kuat pd diri seseorang yg mendorongnya utk berusaha atau melakukan sesuatu dgn tujuan utk mencapai kejayaan" Kamus Dewan Edisi Empat.

Perkataan yg acap kali kita dengar sejak dari sekolah rendah sehingga sekolah menegah dan berterusan ke kolej dan zaman universiti (InsyaAllah zaman pekerjaan dan pencen bagi penulis). Hmmm...Mengapa perkataan MOTIVASI ini diulang2 dan ditegaskan sepanjang usia kita? Sudah pasti kerana ada sesuatu yg penting yg cuba disampaikan di situ. Anda tahu? Pada saya jawapannya ada pada makna motivasi itu sendiri:

"...keinginan yg keras atau semangat yg kuat pd diri seseorang yg mendorongnya utk berusaha atau melakukan sesuatu dgn tujuan utk mencapai kejayaan." Kamus Dewan.

"...Keinginan yg keras atau semangat yg kuat yg mendorongnya untuk mencapai KEJAYAAN". The end point of everything is SUCCESS, EXCEL, GLORY or whatever you want to call it. Yes! That's it!!! That's what we want!!! InsyaAllah. Namun, jangan dilupa dan tidak diambil kisah tentang ERTI KEJAYAAN BAGI ANDA. Hmmm, APA ERTI KEJAYAAN BAGI ANDA ? Berjaya menjadi individu TERKAYA, individu TERSOHOR atau mungkin individu TERPANDAI. Sejujurnya, tidak kisahlah yg manapun menjadi pilihan hati asalkan akhirat menjadi sebahagian daripada KEJAYAAN tersebut kerana kejayaan yg sebenarnya adalah apabila kita sebagai hamba Allah termasuk dalam golongan yg mendapat rahmat Allah untuk ke syurga. InsyaAllah.


Motibasi

Motibasi??? Definisinya??? Motibasi adalah perkataan ciptaan penulis yang merujuk kepada motivasi yang dianggap sebagai sudah basi/bosan/membosankan oleh sesetengah individu. Motivasi menjadi basi??? Bagaimana ini boleh terjadi? Hal ini mungkin terjadi disebabkan oleh beberapa perkara seperti:

1). Diri merasa sudah cukup bersemangat dan juga cukup ilmu di dada sehingga merasakan motivasi yang diberikan tidak mampu memberi apa-apa kesan baik kepadanya ibarat mencurah air ke botol yang penuh. Maka tidak bertambah atau berkurang air itu. Simply say, its RIAK.

2). Hati tidak mahu menerima motivasi ibarat penutup botol kosong yang tertutup rapat. Apabila diisi dengan air nescaya tidak akan masuk. Begitulah penerimaannya terhadap motivasi iaitu menolak dan menutup hatinya daripada menerima ilmu yang hendak disampaikan kepadanya.

3). Motivasi yang disampaikan sudah berulang-ulang kali disampaikan dengan cara yang sama sehingga penerima berasa bosan dan akhirnya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

4). Memang diri individu tersebut merangkumi jasad dan hatinya menolak MOTIVASI tanpa apa-apa alasan. Barangkali padanya motivasi itu tidak penting walaupun dia tahu semua orang memerlukan motivasi.

Begitulah MOTIBASI yang saya maksudkan. Motibasi ini membawa maksud yang negatif dan sebolehnya dijauh dan dielakkan daripada meracun dalam diri anda. Namun, andai kata diri masih merasa eleman MOTIBASI, carilah punca-punca yang menyebabkan anda merasakan motibasi itu. Setelah itu, berazamlah untuk berubah dan berdoalah kepada Yang Maha Esa semoga dijauhkan/dihindari daripada segala anasir-anasir yang menyebabkan anda merasa MOTIBASI.