Thursday, May 19, 2011

Ibu Dan Ayah ^_^ Masih Ada Senyuman Itu.

 "Tangan itu tangan yg memberi. Tangan itu penuh dengan kelembutan. Tangan itu penuh dengan rasa keselamatan dan ketenangan. Tangan itu tangan penuh pengorbanan. Tangan itulah tangan yg dirindui"


  1. Siapakah yg mampu tersenyum dan memberi galakan supaya kamu terus merangkak, bertatih, berjalan dan berlari suatu masa dahulu? 
  2. Siapakah yg menyediakan sarapan dan memandikan kamu sewaktu kamu masih kecil lagi? 
  3. Siapakah yg menghantarmu ke sekolah dahulu dengan kayuhan basikal buruknya itu? 
  4. Siapakah yg membanting tulang dan bekerja keras demi setiap suapan nasi dan air yg masuk ke mulutmu itu? 
  5. Siapakah yg menepuk bahumu dan menyedarkan kamu dari lamunan tidurmu dahulu (utk bngun subuh) ? 
  6. Siapakah yg  meminjam wang dari saudara mara terdekat untuk menghantarmu ke sekolah, kolej mahupun universiti?    
  7. Siapakah yg sentiasa berada di sampingmu sewaktu engkau dalam kesusahan dahulu? 
  8. Siapakah mereka? Siapakah dia ? MASIHKAH KAU INGAT ?

Merekalah IBU dan BAPAMU...Hargailah mereka dan ingatlah saat engkau mula hanyut dan berseronok dengan kehidupanmu sendiri, apa yg mereka sedang buat? Apa yg mereka makan? Apa yg mereka fikirkan? Adakah mereka tersenyum kerana kejayaanmu? Atau adakah mereka bersedih kerana kejahatanmu? Atau kau pun tidak tahu? Barangkali sudah lama tidak bertanya khabar. Barangkali sudah lama tidak berbual mesra. Barangkali juga sudah lama melupakan mereka. KERANA TERLALAI DAN ALPA BAHAWA SUATU MASA DAHULU MEREKALAH YG MEMBESARKAN DAN MENDIDIK DIRI INI.

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." Al-Luqman: 14.



HARGAILAH IBU DAN AYAH. KASIH SAYANG MEREKA KASIH YG TIADA PENGHUJUNGNYA
(Pesanan untuk anak).

1 comment:

  1. agree with u Is..
    parent is the best gift that Allah gives to us..
    so, we really need to appreciate them, treat them with love n respect...
    if we reflect what we have done to our parents ...
    we will feel really guilty..
    sampai bila2 pun, aku rase aku x mampu nak balas sume kebaikan yg tlh mak ayah aku lakukan.
    anyways, now, we should try our best to be the best child to them...

    ReplyDelete