Sebab HARAM Sambut Hari Ibu
Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”
Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.
Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani] wallahualam
Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.
P/S Dalam pada masyarakat ghairah menyambut Hari Ibu @ Bapa..berapa kali dalam seumur hidup kita menyatakan cinta,sayang,maaf,terima kasih kepada ibu bapa kita?fikir2kan lah.
Sumber: http://goo.gl/fvW1c
Dan dishare di Oh Islam: https://www.facebook.com/notes/oh-islam/sebab-haram-sambut-hari-ibu/129284707145766
My Comment
Nota ini tidak membincangkan sebab penghukuman "haram"nya hari ibu secara lengkap dan ilmiah. Alasan yg diberikan bersumberkan wikipedia itu juga hanya mengambil beberapa kerat antara sejarah sambutan hari ibu. Tidak pula diambil keratan ayat seperti:
"International history and traditions
In most countries, Mother's Day is a recent observance derived from the holiday as it has evolved in America. When it was adopted by other countries and cultures, it was given different meanings, associated to different events (religious, historical or legendary), and celebrated in a different date or dates.
The modern Mother's Day is celebrated on various days in many parts of the world, most commonly in March, April, or May as a day to honor mothers and motherhood. Father's Day is the corresponding day for fathers."
Source: http://en.wikipedia.org/wiki/Mother's_day
Meniru perkara yang baik dan bermanfaat, sekalipun ia berasal dari bukan muslim adalah tidak salah. Apatahlagi jika perkara itu diterima oleh masyarakat awam sebagai sesuatu yang baik dan bermanfaat. Daripada Anas bin Malik, katanya:
“Apabila Nabi s.a.w ingin menulis surat Rum. Lalu diberitahu kepadanya bahawa mereka itu tidak membaca surat yang tidak mempunyai cop. Lalu baginda membuat cop daripada perak. Kata Anas: seakan aku masih melihat kilauan cop berkenaan di tangan Nabi s.a.w. berukir Muhammad RasululLah”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini jelas menunjukkan baginda Nabi s.a.w meraikan dan menerima pakai kebiasaan sesuatu kaum selagi ia tidak menyanggahi prinsip Islam.
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat; AbdulLah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik.
Hadis ini secara umumnya memberikan maksud yang positif dan negatif. Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum atau puak yang baik atau terpuji maka dia termasuk dalam kalangan mereka yang terpuji atau akan dianggap baik dan terpuji. Sementara sesiapa yang menyerupai kaum atau puak yang buruk atau tidak baik maka dia dianggap dalam kalangan mereka. Jadi ditekankan sekali lagi bahawa meniru perkara yang baik dan bermanfaat, sekalipun ia berasal dari bukan muslim adalah tidak salah. Apatahlagi jika perkara itu diterima oleh masyarakat awam sebagai sesuatu yang baik dan bermanfaat.
"Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa."
Benar sama sekali benar, akan tetapi untuk mengharamkan sambutan hari ibu kerana sebab ini adalah tidak logik sama sekali. Sambutan hari ibu yg diadakan dan disambut diseluruh dunia pada hari ini tidak bermakna mereka hanya menghargai ibu pada hari itu sahaja, tetapi ia adalah satu penghargaan rasmi untuk mengingatkan masyarakat akan pengorbanan dan kepentingan ibu.
Jika hari ibu diharamkan atas asas asal-usulnya yang tidak islamik, sekalipun yang mengamalkan tidak meniru atau beriktikad perkara yang salah, maka nanti akan membawa kesan diharamkan aktiviti lain yang mempunyai latar yang tidak Islamik juga seperti sambutan hari lahir, hari bapa, ulangtahun perkahwinan dan pelbagai lagi.
Jika setakat sambutan hari ibu yg biasa tanpa sebarang kepercayaan yang salah, atau dicampuri perbuatan yang salah seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan. Jika ada unsur yang salah, hendaklah dibuat seperti Nabi s.a.w iaitu membuang unsur yang buruk dan meninggalkan unsur yang baik.
Jika ada unsur yang tidak baik, baginda Nabi s.a.w menegur atau menapisnya. Sebab itu apabila baginda Nabi s.a.w mendengar wanita menyanyi dengan lirik
“Di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok”. Baginda bersabda: “Jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu” (Riwayat al-Bukhari).
Ungkapan dalam lirik tersebut yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w mengetahui apa yang akan berlaku esok adalah salah. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Maka, Nabi s.a.w membetulkan lirik itu, tetapi tidaklah pula mengharamkan nyanyian atau lirik lain yang tidak bercanggah dengan akidah atau hakikat yang sebenar.
Muslim hendaklah tahu tentang keluasan Islam dalam hal ini. Nabi s.a.w apabila mengizinkan hiburan pertunjukan permainan pedang dan lembing dalam masjid pada hariraya, baginda menegaskan:
Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).
Oleh itu, Salahkah? Haramkah hari ibu itu? Saya bukan ahli yg arif untuk meletakkan hukum sebegini dan saya yakin penulis nota ini juga sebegitu. Saya menyeru dan berharap di lain kali kalau hendak menyandarkan sesuatu hukum itu berdasarkan hadis dan firman Allah, hindarilah daripada main tafsir-tafsir mengikut sesuka hati. Kerana jikalau kita tersalah dan 10 orang tersalah disebabkan kita...Hmmm, fikir-fikirkanlah apa akibatnya.
Akhir kata, Islam ini tidak jumud bahkan meluas dan penuh dengan hikmah serta mengandungi isi yg syumul terhadap keseluruhan hidup kita sebagai Muslim. Oleh itu, bersandarlah kita kepada Al-Quran dan Al-sunnah apabila menghadapi isu-isu sebegini dan rujuklah kepada mereka yg benar-benar arif tentangnya apabila berbicara tentang sesuatu hukum. Janganlah kita menjatuhkan hukum terhadap sesuatu perkara berdasarkan kecetekan ilmu yg kita miliki.
Wallahua'lam & Wassalam. :)
Rujukan: http://drmaza.com/home/?p=1292#more-1292
Dan: http://drmaza.com/home/?p=1384#more-1384
No comments:
Post a Comment