Tuesday, May 31, 2011
Thursday, May 19, 2011
Ibu Dan Ayah ^_^ Masih Ada Senyuman Itu.
"Tangan itu tangan yg memberi. Tangan itu penuh dengan kelembutan. Tangan itu penuh dengan rasa keselamatan dan ketenangan. Tangan itu tangan penuh pengorbanan. Tangan itulah tangan yg dirindui"
- Siapakah yg mampu tersenyum dan memberi galakan supaya kamu terus merangkak, bertatih, berjalan dan berlari suatu masa dahulu?
- Siapakah yg menyediakan sarapan dan memandikan kamu sewaktu kamu masih kecil lagi?
- Siapakah yg menghantarmu ke sekolah dahulu dengan kayuhan basikal buruknya itu?
- Siapakah yg membanting tulang dan bekerja keras demi setiap suapan nasi dan air yg masuk ke mulutmu itu?
- Siapakah yg menepuk bahumu dan menyedarkan kamu dari lamunan tidurmu dahulu (utk bngun subuh) ?
- Siapakah yg meminjam wang dari saudara mara terdekat untuk menghantarmu ke sekolah, kolej mahupun universiti?
- Siapakah yg sentiasa berada di sampingmu sewaktu engkau dalam kesusahan dahulu?
- Siapakah mereka? Siapakah dia ? MASIHKAH KAU INGAT ?
Merekalah IBU dan BAPAMU...Hargailah mereka dan ingatlah saat engkau mula hanyut dan berseronok dengan kehidupanmu sendiri, apa yg mereka sedang buat? Apa yg mereka makan? Apa yg mereka fikirkan? Adakah mereka tersenyum kerana kejayaanmu? Atau adakah mereka bersedih kerana kejahatanmu? Atau kau pun tidak tahu? Barangkali sudah lama tidak bertanya khabar. Barangkali sudah lama tidak berbual mesra. Barangkali juga sudah lama melupakan mereka. KERANA TERLALAI DAN ALPA BAHAWA SUATU MASA DAHULU MEREKALAH YG MEMBESARKAN DAN MENDIDIK DIRI INI.
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." Al-Luqman: 14.

HARGAILAH IBU DAN AYAH. KASIH SAYANG MEREKA KASIH YG TIADA PENGHUJUNGNYA
(Pesanan untuk anak).
Saturday, May 7, 2011
Sumber Dari Internet - Langkah Penapisan Pengambilannya (Dishare dari koleksi artikel Iluvislam.com)
".....(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)." __Surah al-Baqarah [2] : [255]
PENGENALAN
Sejak kebelakangan ini, minat terhadap ilmu agama semakin meluas di kalangan orang ramai baik di internet mahupun di luar internet. Di mana-mana sahaja orang mula berbicara tentang ilmu agama. Ini adalah satu perkembangan yang baik dan menunjukkan bahawa akan datang, Islam akan menjadi gah semula dan tidak lagi diperkotak-katikkan. InsyaAllah yang Maha Tinggi.
Zaman ini, kita adalah perintis kepada kecemerlangan Islam akan datang. Maka perlulah kita memastikan ilmu agama yang dipelajari adalah benar-benar bersih dari kekotoran mereka yang tidak bertanggungjawab, baik dari orang bukan Islam, munafik dan dari orang Islam itu sendiri supaya generasi akan datang lebih berilmu dan hebat semangatnya sesuai dengan fitnah-fitnah yang bakal berlaku akhir zaman.
Internet mempunyai 'sumber ilmu yang tidak terbatas' dan pemantauan terhadapnya adalah hampir mustahil. Jadi seeloknya, perlu ada satu piawaian atau penapisan sebelum kita mengambil sumber-sumber dari internet ini. Malah boleh juga mengggunakan kaedah ini sebelum mengambil apa-apa ilmu agama dari sesiapa dan di mana sahaja.
Maksud 'sumber ilmu yang tidak terbatas' itu adalah; sesiapa sahaja boleh meletakkan atau menulis apa sahaja yang difikirkannya samada benar atau tidak, ataupun ilmiah atau jahil
Itulah tujuan risalah ini dan ia dikhususkan kepada pengambilan sumber agama, iaitu penapisan sesuatu pengajian seperti tafsir al-Quran, hadis, doa-doa, artikel-artikel dan lain-lain yang seumpamanya yang bercanggah dengan syariat Islam itu sendiri.
PERBINCANGAN
Umum mengetahui, sumber syariat Islam adalah dari al-Quran dan as-Sunnah. Walaupun ijmak, qiyas dan ijtihad digunakan, namun ia tetap bersumber dari al-Quran dan as-Sunnah. Begitu juga sekiranya kita ingin mengambil sumber agama dari internet, ia hendaklah bersumber dari al-Quran dan as-Sunnah. Persoalannya, bagaimana kita hendak mengetahui ia dari sumber yang tulen?
01. Memastikan Sumber Itu Dari Akidah yang Benar
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujuraat [49] : 6]
Tidak boleh kita mengambil sumber agama dari orang bukan Islam, kerana musuh Islam sentiasa mencari jalan untuk mempertikaikan dan mencari-cari kesalahan agama Islam. Cara mengenalinya dengan melihat 'muqaddimah' laman web tersebut.
Pertama : Kami meletakkan (Surah al-Hajj [22]:78) menerangkan keimanan kepada para Nabi dan Rasul dan menyatakan keIslaman. Tetapi ini tidak mencukupi.
Kedua : Kami meletakkan asas ikutan kami adalah Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wasallam (s.a.w.) dan membenarkan kerasulannya (Surah al-Ahzab [33]: 21).
Ketiga : Meletakkan hadis mutawatir, bahawa barangsiapa yang menipu menggunakan nama Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wasallam (s.a.w.) diancam ke neraka.
Keempat : Kemudian kami meletakkan pengenalan diri dengan dimulakan puji-pujian hanya kepada Allah yang Maha Agung dan mengakui tiada tuhan selain Allah, kerasulan Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wasallam (s.a.w.) serta tidak mengingkari para sahabat radiyallahu anh (r.a).
Maka jika anda mahu berdakwah, menulis mengenai Islam atau mengenai sesuatu yang berkaitan dengan agama melalui internet (blog dan sebagainya), hendaklah melengkapi sekurang-kurangnya perkara 'keempat' di atas. Iaitu, lafaz kalimah tauhid yang menerangkan akidah anda. Ini adalah perkara paling utama.
Antara laman web yang tidak dibenarkan mengambil sumbernya kerana bertentangan dengan akidah adalah;
Contoh 1 : Pengajian Sahih Muslim – Dilihat seperti ia menjelaskan mengenai hadis. Sebenarnya apa yang diperjelaskan melalui laman itu ternyata satu usaha menolak dan mempertikaikan sumber kitab hadis yang utama. Penjelasannya hanya berdasarkan kejahilan dan penolakan kepada kebenaran.
Contoh 2 : Jemaah al-Quran – Dilihat muka depan laman web ini seperti ia memperjuangkan agama Islam dan cuba membawa umat Islam kembali kepada al-Quran. Tetapi sayangnya, penafsirannya hanya mengikut logik akal semata-mata dan penuh dengan sangka-sangka.
Telah disepakati oleh para ulama bahawa hadis di dalam sahih Bukhari telah lengkap segala sanadnya dan diiktiraf kesahihannya secara ilmiah, bukan sangka-sangka. Begitu pula kitab-kitab hadis sahih yang ada sekarang telah lengkap pentahkikan dan pentakhrijannya.
Maka sesiapa yang menolak hadis sahih, sama seperti menolak para sahabat r.a. Menolak para sahabat sama seperti menolak Rasulullah s.a.w.. Menolak Rasulullah s.a.w. sama seperti menolak al-Quran. Menolak al-Quran sama seperti mengingkari Allah yang Maha Agung.
Orang-orang seperti ini diancam kekal di dalam neraka, sebagaimana dalam firman-Nya;
"Dan barangsiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentuan-ketentuan-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya siksa yang menghinakan." [Surah An-Nisaa' [4] : 14]
Manakala, mereka yang taat pada Allah dan Rasul-nya, iaitu mengikuti apa yang disampaikan melalui al-Quran dan as-Sunnah;
"Barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan yang besar". [Surah an-Nisaa' [4] : 13]
Ini adalah contoh laman web yang tidak meletakkan prinsip atau pegangannya atau akidahnya yang sebenar dan ternyata di dalamnya penuh kepura-puraan dan sangka-sangka. Ini terkecuali sekiranya laman web itu memang seorang yang dikenali atau mahsyur, seperti laman web Ustaz Kazim Elias, Ustaz Azhar Idrus, Dr. Mohd Asri (Dr. Maza) dan lain-lainnya.
Namun kami berharap, langkah ini diikuti oleh semua pendakwah internet bagi membezakan antara satu sama lain (yang benar dan bathil) dan sebagai langkah berjaga-jaga serta pengambilan dari sumber yang salah dapat dikurangkan.
PERHATIAN : Ini bukanlah pendapat saya sewenang-wenangnya, sila lihat tafsir al-Quran, kitab-kitab hadis, kitab-kitab ulama dahulu dan sekarang. Sila baca 'muqaddimah' mereka. Semuanya bermula dengan ikrar tauhid selepas puji-pujian kepada Allah yang Maha Agung.
Malah al-Quran sendiri dimulakan dengan puji-pujian kepada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang seterusnya penafian kepada kekuasaan lain kecuali, hanya Allah yang Maha Memelihara dan Mentadbir seluruh alam semesta. (Rujuk Surah al-Fatihah [1] : 1-2).
02. Mengelakkan Mengambil Sumber Tanpa Rujukan
"Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar." [Surah An-Nuur [24] : 11]
a) Al-Quran
Setiap ayat Al-Quran hendaklah diletakkan nama surah, nombor surah dan ayat, supaya mudah untuk diperiksa kembali. Tidak boleh, hanya menulis ;
'Allah berfirman bahawa lelaki dan wanita mencuri hendaklah dipotong tangannya'.
Kesalahannya adalah tidak meletakkan rujukan surah tersebut. Sekiranya tidak diletakkan rujukan surah, boleh mendatangkan kekeliruan samada ia dari al-Quran atau hadis qudsi. Contoh hadis qudsi;
'...Allah Ta'ala berfirman, Aku membahagikan solat itu antara-Ku dengan hamba-Ku kepada dua bahagian....'
Kedua-duanya ditulis Allah berfirman, tetapi satu dari al-Quran dan satu lagi dari hadis. Ini boleh mengelirukan ramai orang. Jadi laman web yang terdapat tulisan sebegini mesti dielakkan.
b) Hadis
Setiap hadis yang dikeluarkan hendaklah, sekurang-kurangnya menulis status hadis tersebut samada sahih, hasan, daif, palsu dan sebagainya serta di manakah hadis itu diambil beserta periwayatannya. Contoh;
Contoh hadis 1 : Apabila kamu telah melihat bendera-bendera hitam telah datang dari arah Khurasan maka datangilah ia kerana sesungguhnya di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi.
(MAUDU' Hadis PALSU, Riwayat Ahmad dan Hakim dari Tsauban) [0648] Al-Jamiush Shaghir [Terjemahannya dalam kitab Koleksi Hadis-Hadis Nabi edaran : Jahabersa Jilid 1 hadis ke 648]
Contoh hadis 2 : Dari Abu Bakar r.a : Rasulullah saw bersabda, "Dajjal akan keluar dari belahan bumi sebelah timur yang disebut Khurasan. Dia diikuti oleh beberapa kaum. Wajah mereka terlihat seolah seperti perisai yang menutupi." [2237] Sahih. At-Tirmidzi dan Sahih Ibnu Majah.
Sekiranya hanya ditulis, 'Nabi s.a.w. bersabda bahawa sabar itu separuh dari iman', tanpa meletakkan seperti contoh di atas, maka haram baginya mengambil, menggunakannya dan menyebarkannya. Malah perkataan 'sabar separuh dari iman' itu juga tidak diketahui asalnya, yang sahih adalah;
Di dalam Sahih Bukhari hadis bernombor 19 : Dari Salim bin Abdullah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya malu itu separuh dari iman."
c) Artikel atau Tulisan lainnya
c.1. Tidak bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah.
Contoh; lihat artikel ini (RakanMasjid.com/ Sayyidah / Scribd). Di antaranya si penulis berkata,
'Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya...'
Perkataan ini benar-benar bertentangan dengan akidah seperti firman-Nya;
"Dan tidak mungkin bagi seorang manusia pun bahawa Allah berkata-kata dengan dia kecuali dengan perantaraan wahyu atau di belakang tabir atau dengan mengutus seorang utusan (malaikat) lalu diwahyukan kepadanya dengan seizin-Nya apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana." [Surah Asy-Syuura [42] : 51]
Perkara itu hanya khusus kepada para Nabi dan Rasul sahaja, dan adalah mustahil sama sekali dan tidak mungkin mana-mana manusia (selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.) mengatakan bermimpi mendengar Tuhan berkata-kata dengannya kecuali orang-orang yang sesat dan terencat akalnya (Sila lihat Artikel - Tipu Daya Iblis Zaman Ini). Maka sumber seperti ini dilarang menyebarkannya.
c.2) Membuat notakaki atau penjelasan mengenai sesuatu tulisan atau menjelaskan sumbernya.
Contoh 1 : Hirabah atau pemberontakan adalah sekumpulan orang yang bersenjata di negara Islam keluar untuk mengadakan kekacauan, rusuhan, pertumpahan darah, merosakkan tanaman.... (Bersumber dari Fiqh Sunnah Jilid 5 halaman 167).
Contoh 2 : Artikel Tujuan Menuntut Ilmu - Menegakkan agama Islam bermaksud..... Ia merangkumi pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara serta meliputi aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek berdasarkan prinsip Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. (Rujukan : Krisis Dalam Pendidikan Islam - Dr. S.S Husain dan Dr.
S.A Ashraf )
Notakaki adalah sangat penting kerana ia merupakan sumber rujukan mengenai apa yang diperkatakan. Ia juga boleh digunakan sebagai dalil dan pemahaman kepada maksud-maksud tertentu. Sumber tulisan seperti ini (yang tiada sumber rujukannya) tidak layak dijadikan hujah, hanya sekadar bacaan santai.
03. Menghindari Laman Web yang Menghina Ulama
Berikut adalah firman Allah yang Maha Agung mengenai pembersihan nama Ummul Mukminin 'Aisyah r.ha. Namun, ini juga merupakan pengajaran kepada para mukminin dan mukminat supaya bersangka baik. (Rujuk tafsir Ibn Katsir halaman 270 juz 16-19)
"Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: "Ini adalah suatu berita bohong yang nyata" (kerana tidak mendatangkan bukti)." [Surah An-Nuur [12] : 24]
"(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulut mu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar." [Surah An-Nuur [24] : 15]
Banyak laman web yang menghina para ulama baik dari ulama salaf, khalaf dan ulama masakini. Amat mendukacitakan kerana mereka mengkritik tanpa ilmiah dan hanya terikut-ikut rentak orang-orang yang tidak diketahui latarbelakangnya. Saya tidak meletakkan contoh di sini, memadai dengan tajuk di atas.
Sekiranya terdapat laman web yang menghina para sahabat r.a, dan para ulama lainnya seharusnya dielakkan dan jangan mengambil apa-apa sumber yang terdapat dalam laman web tersebut, kerana mereka tidak lain hanya mengikut nafsu semata dan taksub malah mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka.
Termasuk dalam kategori ini adalah laman web yang mengandungi unsur-unsur fitnah kepada para ulama, pemimpin atau mana-mana individu. Larangan ini jelas di dalam al-Quran dan hadis;
" ......kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar." [Surah An-Nuur [24] : 15]
Hadis : Dari Hudzaifah r.a : Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidak dapat masuk syurga, orang-orang yang menyiar-nyiarkan berita untuk mengacau (merusuh)." [0082] Sahih Muslim
"Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum agama, lagi yang amat berdosa, Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya (tidak diketahui latarbelakangnya)." [Surah Al-Qalam [68] : 10-13]
PENUTUP
Tidaklah risalah ini bertujuan menghina mana-mana usaha dakwah dari laman-laman web yang ada, ia sekadar salah satu cara untuk mengelakkan dari mengikut secara membuta-tuli apa yang ditulis oleh orang-orang yang sengaja memperlekehkan Islam ataupun orang yang tidak sengaja (kerana jahil).
"Sesungguhnya Allah mengetahui yang tersembunyi di langit dan di bumi. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati." [Surah Faathir [35] : 38]
Moga risalah ini dapat dipanjangkan kepada para sahabat-sahabat yang lain dan semoga Allah yang Maha Agung menghindarkan kita dari ilmu yang tidak bermanfaat.
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung." [Surah Ali 'Imran [3] : 104]
Rujukan :
1). Al-Quran dan terjemahan, Tafsir Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Abbas
2). Kitab Hadis-Hadis Sahih dan Al-Jamiush Shaghir
3). Manahij Al-Muhaddithin [Faisal Ahmad Shah, Mohd Khafidz Soroni, Rosni Wazir]
4). The History Of Quranic Text [Prof. M.M Al-A'zami]
5). Bagaimana Berinteraksi Dengan Al-Sunnah – Cetakan kedua 1996 [Dr. Yusuf al-Qaradawi]
Link asal: Click here.
Friday, May 6, 2011
Oh Ibu...Macam-macam Ragam.
Sebab HARAM Sambut Hari Ibu
Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”
Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.
Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani] wallahualam
Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.
P/S Dalam pada masyarakat ghairah menyambut Hari Ibu @ Bapa..berapa kali dalam seumur hidup kita menyatakan cinta,sayang,maaf,terima kasih kepada ibu bapa kita?fikir2kan lah.
Sumber: http://goo.gl/fvW1c
Dan dishare di Oh Islam: https://www.facebook.com/notes/oh-islam/sebab-haram-sambut-hari-ibu/129284707145766
My Comment
Nota ini tidak membincangkan sebab penghukuman "haram"nya hari ibu secara lengkap dan ilmiah. Alasan yg diberikan bersumberkan wikipedia itu juga hanya mengambil beberapa kerat antara sejarah sambutan hari ibu. Tidak pula diambil keratan ayat seperti:
"International history and traditions
In most countries, Mother's Day is a recent observance derived from the holiday as it has evolved in America. When it was adopted by other countries and cultures, it was given different meanings, associated to different events (religious, historical or legendary), and celebrated in a different date or dates.
The modern Mother's Day is celebrated on various days in many parts of the world, most commonly in March, April, or May as a day to honor mothers and motherhood. Father's Day is the corresponding day for fathers."
Source: http://en.wikipedia.org/wiki/Mother's_day
Meniru perkara yang baik dan bermanfaat, sekalipun ia berasal dari bukan muslim adalah tidak salah. Apatahlagi jika perkara itu diterima oleh masyarakat awam sebagai sesuatu yang baik dan bermanfaat. Daripada Anas bin Malik, katanya:
“Apabila Nabi s.a.w ingin menulis surat Rum. Lalu diberitahu kepadanya bahawa mereka itu tidak membaca surat yang tidak mempunyai cop. Lalu baginda membuat cop daripada perak. Kata Anas: seakan aku masih melihat kilauan cop berkenaan di tangan Nabi s.a.w. berukir Muhammad RasululLah”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini jelas menunjukkan baginda Nabi s.a.w meraikan dan menerima pakai kebiasaan sesuatu kaum selagi ia tidak menyanggahi prinsip Islam.
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat; AbdulLah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik.
Hadis ini secara umumnya memberikan maksud yang positif dan negatif. Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum atau puak yang baik atau terpuji maka dia termasuk dalam kalangan mereka yang terpuji atau akan dianggap baik dan terpuji. Sementara sesiapa yang menyerupai kaum atau puak yang buruk atau tidak baik maka dia dianggap dalam kalangan mereka. Jadi ditekankan sekali lagi bahawa meniru perkara yang baik dan bermanfaat, sekalipun ia berasal dari bukan muslim adalah tidak salah. Apatahlagi jika perkara itu diterima oleh masyarakat awam sebagai sesuatu yang baik dan bermanfaat.
"Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa."
Benar sama sekali benar, akan tetapi untuk mengharamkan sambutan hari ibu kerana sebab ini adalah tidak logik sama sekali. Sambutan hari ibu yg diadakan dan disambut diseluruh dunia pada hari ini tidak bermakna mereka hanya menghargai ibu pada hari itu sahaja, tetapi ia adalah satu penghargaan rasmi untuk mengingatkan masyarakat akan pengorbanan dan kepentingan ibu.
Jika hari ibu diharamkan atas asas asal-usulnya yang tidak islamik, sekalipun yang mengamalkan tidak meniru atau beriktikad perkara yang salah, maka nanti akan membawa kesan diharamkan aktiviti lain yang mempunyai latar yang tidak Islamik juga seperti sambutan hari lahir, hari bapa, ulangtahun perkahwinan dan pelbagai lagi.
Jika setakat sambutan hari ibu yg biasa tanpa sebarang kepercayaan yang salah, atau dicampuri perbuatan yang salah seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan. Jika ada unsur yang salah, hendaklah dibuat seperti Nabi s.a.w iaitu membuang unsur yang buruk dan meninggalkan unsur yang baik.
Jika ada unsur yang tidak baik, baginda Nabi s.a.w menegur atau menapisnya. Sebab itu apabila baginda Nabi s.a.w mendengar wanita menyanyi dengan lirik
“Di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok”. Baginda bersabda: “Jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu” (Riwayat al-Bukhari).
Ungkapan dalam lirik tersebut yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w mengetahui apa yang akan berlaku esok adalah salah. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Maka, Nabi s.a.w membetulkan lirik itu, tetapi tidaklah pula mengharamkan nyanyian atau lirik lain yang tidak bercanggah dengan akidah atau hakikat yang sebenar.
Muslim hendaklah tahu tentang keluasan Islam dalam hal ini. Nabi s.a.w apabila mengizinkan hiburan pertunjukan permainan pedang dan lembing dalam masjid pada hariraya, baginda menegaskan:
Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).
Oleh itu, Salahkah? Haramkah hari ibu itu? Saya bukan ahli yg arif untuk meletakkan hukum sebegini dan saya yakin penulis nota ini juga sebegitu. Saya menyeru dan berharap di lain kali kalau hendak menyandarkan sesuatu hukum itu berdasarkan hadis dan firman Allah, hindarilah daripada main tafsir-tafsir mengikut sesuka hati. Kerana jikalau kita tersalah dan 10 orang tersalah disebabkan kita...Hmmm, fikir-fikirkanlah apa akibatnya.
Akhir kata, Islam ini tidak jumud bahkan meluas dan penuh dengan hikmah serta mengandungi isi yg syumul terhadap keseluruhan hidup kita sebagai Muslim. Oleh itu, bersandarlah kita kepada Al-Quran dan Al-sunnah apabila menghadapi isu-isu sebegini dan rujuklah kepada mereka yg benar-benar arif tentangnya apabila berbicara tentang sesuatu hukum. Janganlah kita menjatuhkan hukum terhadap sesuatu perkara berdasarkan kecetekan ilmu yg kita miliki.
Wallahua'lam & Wassalam. :)
Rujukan: http://drmaza.com/home/?p=1292#more-1292
Dan: http://drmaza.com/home/?p=1384#more-1384
Satu Perkongsian Dari Minda Tajdid: Fikrah Merentasi Jemaah...Perkara Yg Kadang-kadang Kita Terlupa Untuk Memikirkannya.
Fikrah Merentasi Jamaah
Disiarkan pada Sep 15, 2007 dalam kategori Teks
link: Click here
Teks Ucapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin Sempena Konvesyen Sunnah 2006.
FIKRAH MERENTASI JAMAAH
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله، نحمده ونستعينه، ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن سيئات أعمالنا، من يهده اللهُ فلا مُضِلَّ له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، أما بعد:
Tuan Pengerusi, hadirin dan hadirat sekelian,
Tidak ada siapa yang dapat menafikan sumbangan gerakan Islam dalam memberikan kesedaran umat dalam bidang-bidang yang mereka fokuskan. Sumbangan itu tidak hanya bersumberkan sebuah gerakan tertentu semata. Bahkan ia datang dari keperbagaian gerakan, organisasi dan jamaah. Tidak wajar mana-mana jamaah atau organisasi mendakwa hanya mereka yang berfungsi menyedarkan umat dan penyelesai segala krisis, lantas menafikan peranan gerakan atau jamaah yang lain.
Arus tajdid berterima kasih kepada semua gerakan yang menyelusuri perjalanan mereka bermanhajkan al-Quran dan al-Sunnah dan bersendikan kefahaman al-Salaf al-Saleh. Arus tajdid wajar menghargai apa yang telah mereka sumbangkan selama ini, selagi mana sumbangan itu positif untuk umat. Arus tajdid menolak sikap ekstrimis yang hanya menganggap jamaah dan kumpulan mereka sahaja yang syar’I, manakala selain mereka secara langsung atau tidak, dianggap tertolak. Jamaah atau organisasi yang ditubuhkan hanyalah wasilah (jalan) bukan ghayah (matlamat) bagi Islam itu sendiri. Matlamat Islam lebih agung dan syumul dari sebarang jamaah atau harakah. Fikrah Islam yang tulen merentasi kesempitan jamaah. Melebar luas menyeberangi pagar sebarang organisasi.
Arus tajdid juga harus berterima kasih kepada individu-individu yang memberikan sumbangan kepada kesedaran Islam; sama ada mereka terlibat dengan mana-mana jamaah, orginasasi atau tidak terlibat. Bukan syarat sah sesuatu amalan saleh atau dakwah kepada al-Kitab dan al-Sunnah seseorang mesti terlibat dengan organisasi atau jamaah tertentu. Bahkan amalan saleh itu sah apabila memenuhi rukun dan syarat seperti yang dijelaskan oleh nas-nas Islam iaitu; aqidah yang murni, niat yang ikhlas dan menepati petunjuk al-Sunnah dalam mempraktikkan amalan tersebut. Maka dakwaan sesetengah kelompok yang menganggap sesiapa yang tidak menyertai organisasi atau jamaah dengan istilah ‘tidak masuk jamaah’ sebagai tidak berpendirian dan tidak diiktiraf, adalah perlambangan suatu sikap ghulu atau melampau.
Hadirin & Hadirat!
Terima kasih ini merangkumi individu atau tokoh yang berada di setiap pelusuk dan penjuru, yang bergerak menyumbang kepada umat ini. Sama ada mereka berada di dalam organisasi kerajaan atau di luar dari daerah percaturan politik. Selagi mereka menyumbang kepada umat ini dan memperlihatkan kejujuran mereka, maka mereka berada dalam perjuangan umat. Dakwaan yang menganggap golongan agama yang mendekati pemerintah kesemuanya mencari kepentingan dunia adalah dakwaan yang tidak seimbang dan bersikap tidak adil. Walaupun ramai bersikap demikian, tapi bukan kesemuanya. Menghukum mereka secara keseluruhan bercanggahan dengan sikap yang ditunjukkan oleh RasululLah s.a.w terhadap Najasyi, Raja Habsyah yang menganut Islam pada zaman baginda. Baginda percaya kepada keadilannya dan menghantar para sahabah berhijrah ke negaranya.
Apabila Najasyi menganut Islam, Nabi s.a.w tidak memerintahkan Najasyi meninggalkan kedudukannya sebagai Raja Habsyah, sekalipun kerajaan yang dipimpinnya bukan kerajaan Islam dan beliau tidak berhijrah mendapatkan RasululLah s.a.w. Namun RasululLah s.a.w pula tidak memerintahkan hal itu kepadanya. Kedudukan Najasyi sebagai raja membolehkan dia melindungi para sahabah yang berhijrah ke negara dan melaksanakan keadilan dengan ruang kemampuan yang dimilikinya. Apabila Najasyi meninggal, RasululLah s.a.w bersabda:
عَنْ جَابِرٍ رَضِي اللَّه عَنْه قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ مَاتَ النَّجَاشِيُّ مَاتَ الْيَوْمَ رَجُلٌ صَالِحٌ فَقُومُوا فَصَلُّوا عَلَى أَخِيكُمْ أَصْحَمَةَ
Daripada Jabir r.a: Nabi s.a.w bersabda -ketika kematian Najasyi-: Telah mati pada hari ini seorang lelaki soleh. Bangunlah dan bersolatlah ke atas saudara kamu Ashamah (nama Najasyi)”.
Baginda menyifatkan Najasyi sebagai seorang yang soleh. Baginda menyebut ungkapan ‘akhukum’ (saudara kamu) yang bermaksud saudara seislam kamu. Bahkan baginda menyuruh para sahabah mengadakan solat ghaib untuk jenazah tanda persaudaraan sekalipun berjauhan. Baginda tidak mengatakan Najasyi berkepentingan atau enggan menyertai gerakan Islam, atau tidak berprinsip. Bahkan baginda menghargainya kerana telah zahir dari dirinya iman, keikhlasan dan keadilan sikap.
Maka kita wajar mencontohi hal ini. Sesiapa yang menyatakan pendirian menyokong usaha kembali kepada al-Kitab dan al-Sunnah seperti yang difahami oleh generasi awal Islam, kurun-kurun yang diberkati, golongan al-salaf al-salih serta berusaha memperbaharui pendekatan al-din dalam wajah kemodenan yang ada bertunjangkan prinsip salaf maka kita menganggapnya berjuang bersama dengan arus tajdid ini. Sama ada dia berada dalam kerajaan atau pembangkang, sama ada dia berjamaah atau bersendirian.
Arus dengan ini menyeru dijauhi sikap ghulu atau melampaui batasan dalam beragama termasuk dalam urusan dakwah. Firman ALLAH:
(maksudnya): Katakanlah: “Wahai ahli Kitab! janganlah kamu melampau dalam ugama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan Yang betul”
Dalam sebuah hadith:
عَنْ ابْنُ عَبَّاسٍ: قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم غَدَاةَ الْعَقَبَةِ وَهُوَ عَلَى رَاحِلَتِهِ هَاتِ الْقُطْ لِي فَلَقَطْتُ لَهُ حَصَيَاتٍ هُنَّ حَصَى الْخَذْفِ فَلَمَّا وَضَعْتُهُنَّ فِي يَدِهِ قَالَ بِأَمْثَالِ هَؤُلَاءِ وَإِيَّاكُمْ وَالْغُلُوَّ فِي الدِّينِ فَإِنَّمَا أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمُ الْغُلُوُّ فِي الدِّينِ
Daripada Ibn `Abbas, katanya: Pada pagi Hari ‘Aqabah (musim haji) Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku ketika baginda berada di atas kenderaannya: Kutipkan untukku (batu-batu kecil untuk melontar jamrah al-`Aqabah). Aku pun mengutip batu-batu kecil untuk baginda yang kesemuanya sebesar biji kacang. Apabila aku meletaknya ke dalam tangan baginda, baginda pun bersabda: “(Ya) sebesar ini! Jauhilah kamu melampau dalam agama (al-Ghulu), kerana sesungguhnya al-Ghulu telah membinasakan mereka yang sebelum kamu.
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah (m. 728H) berkata: “Sesungguhnya agama ALLAH ini adalah pertengahan antara yang melampau dan yang meninggalkannya. ALLAH Ta`ala tidak memerintahkan hamba-hamba-NYA sesuatu melainkan syaitan akan mengganggunya dengan dua cara. Syaitan tidak kisah yang mana satu dia berjaya. Iaitu sama ada secara ifrat إفراط (melampaui batasan yang sepatutnya dalam beragama) atau tafrit تفريط (cuai terhadap agama). Justeru, Islam adalah agama ALLAH yang tidak boleh diambil ajarannya daripada sesiapapun selain-NYA. Maka syaitan mengganggu kebanyakan mereka yang mengaku mengikut ajaran Islam. Sehingga syaitan berjaya mengeluarkan mereka daripada syariat. Bahkan syaitan berjaya mengeluarkan banyak puak umat ini yang terdiri daripada mereka yang kuat beribadah dan warak. Sehingga menjadikan mereka keluar daripada agama seperti mana melurunya anak panah daripada busarnya.”
Penyalahgunaan Nama Salafi
Maka Arus Tajdid wajar membantah kelompok yang menyalahgunakan nama ‘salafi’ sedangkan dalam masa yang sama kerja mereka ialah mencerca secara tidak seimbang tokoh-tokoh penyumbang kepada kebangkitan tajdid; seperti Hasan al-Banna, Sayyid Qutb, al-Qaradawi, Salman ‘Audah dan berbagai lagi. Kita tidak menganggap kemaksuman tokoh-tokoh tersebut, namun mengfokus aktiviti untuk menyerangkan tokoh-tokoh berkenaan dengan cara yang menyimpang dari metodologi ilmiah adalah sesuatu yang tidak dapat diterima. Cara sebegini mendekati manhaj khawarij melebihi manhaj Ahl al-Sunnah.
Al-Syeikh Ibn Jibrin salah seorang tokoh salafi semasa Arab Saudi ketika ditanya hal ini menjawab: Sesungguhnya Sayyid Qutb dan Hasan al-Banna adalah dari kalangan ulama kaum Muslimin dan ahli dakwah. Sesungguhnya Allah telah memanfaatkan dengan mereka berdua dan memberi petunjuk dengan dakwah mereka ramai manusia. Bagi mereka berdua ada sumbangan yang tidak dapat dinafikan. Kerana itu, ketika keputusan hukuman mati dikenakan ke atas Sayyid Qutb dibuat, al-Syeikh Abdul Aziz bin Baz memohon diberi pengampunan kepadanya dan beliau merayu dalam pemohonan itu. Namun ia tidak diterima oleh Presiden Jamal (Abdul Naser). Allah akan menghukum Jamal apa layak untuknya. Ketika mana keduanya (Sayyid Qutb dan al-Banna) dibunuh, keduanya digelar syahid, kerana mereka berdua dibunuh secara zalim. Dan syahid itu ada yang khas dan yang ‘am. Tersebar perkara ini (syahidnya mereka berdua) di dalam akhbar dan buku-buku tanpa ada orang yang mengingkarinya. Kemudian para ulama menerima buku-buku mereka, dan Allah memberi manfaat kepada mereka dengan buku-buku tersebut, tiada seorang yang mencela mereka berdua semenjak lebih 20 tahun yang lalu. Jika ada pada mereka berdua kesilapan yang sedikit pada takwilan atau yang seumpama dengannya, perkara itu tidak sampai kepada tahap untuk dikafirkan mereka. Sesungguhnya para ulama yang awal juga ada kesilapan seperti itu juga, seperti al-Nawawi, al-Suyuthi, Ibn Jauzi, Ibn ‘Atiyyah, al-Khattabi, al-Qastalani dan ramai yang lain”.
Ancaman Hizbiyyah
Dengan menyedari hakikat yang disebutkan tadi, maka kita menghargai setiap organisasi dan individu serta tidak menghalang individu muslim untuk menyertai mana-mana organisasi atau jamaah. Namun, dalam masa yang sama Arus Tajdid menyeru agar dihapuskan sebarang sikap hizbiyyah yang dilarang oleh agama. Sikap hizbiyyah ialah sikap kepuakan atau kepartian yang menilai sesuatu amal islami atau perjuangan berbakti kepada al-din dengan penilaian kumpulan, atau jamaah atau organisasi yang didokong. Sikap hizbiyyah ini mengukur betul atau salah sesuatu perkara dengan pandangan jamaah atau organisasi, bukan dengan al-Kitab dan al-Sunnah. Dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah akan ditafsirkan agar seiras dengan kehendak organisasi. Mana-mana dalil yang menyanggahi jamaah dan organisasi akan diulas agar seiras dengan tafsiran jamaah, bukan tafsiran ‘ilmiyyah. Hal ini pernah dibidas oleh Al-Imam Ibn Qaiyyim al-Jauziyyah (w. 751H) terhadap golongan ektremis mazhab dengan katanya: “Yang lebih pelik dari semua itu ialah sikap kamu wahai golongan taklid!. Kamu ini jika mendapati ayat al-Quran yang bersesuai dengan mazhab kamu, maka kamu akan terima apa yang jelas dari ayat itu dan berpegang kepadanya. Teras kamu dalam perkara berkenaan ialah pendapat mazhab kamu, bukan ayat tersebut. Jika kamu dapati ayat lain yang setanding dengannya menyanggahi pendapat mazhab kamu, kamu tidak akan menerimanya. Kamu akan cuba membuat berbagai takwilan dan mengeluarkannya dari maksudnya yang jelas, kerana tidak bersesuaian dengan mazhab kamu. Inilah juga yang kamu lakukan kepada nas-nas al-Sunnah. Jika kamu dapati satu hadith yang sahih bersesuaian dengan mazhab kamu, kamu menerimanya. Kamu kata “kami ada sabda Nabi s.a.w. begini dan begitu”. Jika kamu dapati seratus atau lebih hadith sahih yang berbeza dengan mazhab kamu, kamu tidak pandang kepadanya, walaupun satu hadith..” .
Maka ada sesetengah individu dalam jamaah tertentu menentang slogan kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah dalam ibadah khususiah, dan mereka juga membantah penentangan terhadap unsur syirik, tahyul, khurafat dan kebodohan dalam cara beragama, atas alasan ia menyebabkan perpecahan umat. Walaupun mereka dalam masa yang sama sanggup berbalahan sesama umat ketika berkempen kepada soal-soal ekonomi, atau politik yang mereka sifatkan sebagai lebih islamik. Mereka menghalalkan untuk mereka dan mengharamkan untuk orang lain. Apakah ibadah khususiah, akidah dan kejelasan fikrah itu lebih lekeh dari ekonomi dan politik gagasan mereka?!!
Sikap hizbiyyah juga menjadikan seseorang individu membutakan mata ketika melihat kesalahan kelompoknya dan berkeras menghukum jika perkara yang sama dilakukan oleh kelompok lain. Ini jelas dalam sikap kelompok yang menghukum sebahagian masalah sebagai masalah khilafiyyah tetapi dalam masa yang sama dia membantah pihak yang berbeza dengannya.
Hizbiyyah ini menjadikan seseorang taksub kepada jamaah sehingga tidak mahu menilai sesuatu keputusan yang dikeluarkan oleh jamaahnya, betul atau salah dengan nas-nas agama. Hanya bersandarkan falsafah ‘keputusan jamaah’ atau ‘keputusan syura’ , sekalipun menyanggahi nas, diterima juga.
Ini sikap hizbiyyah atau ‘asabiyyah yang dicela. Di sebut dalam hadith:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَنْ خَرَجَ مِنَ الطَّاعَةِ وَفَارَقَ الْجَمَاعَةَ فَمَاتَ مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً وَمَنْ قَاتَلَ تَحْتَ رَايَةٍ عِمِيَّةٍ يَغْضَبُ لِعَصَبَةٍ أَوْ يَدْعُو إِلَى عَصَبَةٍ أَوْ يَنْصُرُ عَصَبَةً فَقُتِلَ فَقِتْلَةٌ جَاهِلِيَّةٌ ُ
(maksudnya) Sesiapa keluar daripada ketaatan (terhadap pemerintah) dan memisahkan diri daripada al-jama‘ah lalu dia mati, maka dia mati jahiliyyah. Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah.
Kata al-Sindi (meninggal 1138H) dalam mensyarahkan hadith-hadith Sunan Ibn Majah: “Lafaz رَايَةٍ عِمِّيَّةٍ (bendera kebutaan) ialah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil” .
Dalam riwayat Abu Daud:
عَنْ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّة ٍ
Daripada Jubair bin Mut‘im: Bahawa RasululLah s.a.w bersabda: “Bukan di kalangan kami sesiapa yang menyeru kepada ‘asabiyyah, bukan sesiapa yang berperang atas ‘asabiyyah, dan bukan di kalangan kami sesiapa yang mati atas ‘asabiyyah.
Dalam menjelaskan maksud ‘asabiyyah, Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh Wathilah bin al-Asqa’:
يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْعَصَبِيَّةُ قَالَ أَنْ تُعِينَ قَوْمَكَ عَلَى الظُّلْم ِ
(maksudnya): Wahai RasululLah! Apakah al-‘asabiyyat? Sabda baginda: “Kamu menolong kaummu atas kezaliman”
Maka sikap hizbiyyah akan menjadikan seseorang memandang lekeh atau cacat individu yang tidak terlibat dengan jamaah atau organisasi yang dia sertai. Dia akan menganggap tidak mencukupi syarat perjuangan. Sekalipun individu berkenaan kelihatan telah melaksanakan tanggungjawab dan tuntutan Islam. Sikap hizbiyyah melebelkannya sebagai ‘wala tidak jelas’, tidak berani berjuang, ada kepentingan dan seumpamanya.
Firman Allah:
(maksudnya) 10. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. 11. Wahai orang-orang yang beriman! janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan (ingatlah), sesiapa Yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
Sikap inilah yang menyelewengkan banyak pihak dari berdakwah kepada inti al-Quran dan al-Sunnah, bertukar menjadi dakwah menyertai jamaah. Golongan yang terkena angin hizbiyyah sukar menerima amal islami yang tidak di bawah arahan jamaahnya. Inilah yang telah menyebabkan sekian lama organisasi-organisasi Islam berbalah merebut mad’u atau kerusi pilihanraya kampus. Padahal jika difikirkan secara lurus, apa perlunya kita berebut mad’u?! Tidakkah jika sudah ada yang berdakwah maka tugasan kita menjadi ringan?! Tidakkah jika sudah ada yang ingin memikul amanah, maka kita lebih selamat. Apa yang penting adalah misi dakwah iaitu kembalinya umat kepada Islam yang tulen, tanpa mengambil pusing siapa pun yang melaksanakannya. Kata al-Nawawi (meninggal 676H): “Sesungguhnya al-Amr bi al-Ma’ruf Dan al-Nahy ‘an al-Munkar adalah fardu kifayah. Jika dilaksanakan oleh sebahagian manusia, gugur kesalahan dari yang lain. Jika semua meninggalkannya, maka berdosalah setiap yang mampu melakukannya dengan tanpa sebarang keuzuran dan ketakutan. Kemudian, ia mungkin menjadi fardu ain ke atas seseorang. Ini seperti di tempat yang tiada siapa yang tahu melainkan dia, atau tiada siapa yang mampu mencegahnya melainkan dia. Seperti seseorang yang melihat isteri atau anaknya atau hambanya melakukan munkar atau mengurangi makruf” .
Namun sikap hizbiyyah menjadikan sebahagian manusia lebih mementingkan lebel dan jenama kumpulan lebih dari isi kandungan seruan Islam yang dibawa. Tahap ukhuwwah islamiyyah diukur dengan jenama berkenaan, apabila berbeza jemaah maka berbezalah tahap ukhuwwah. Sehingga ada yang bermasam muka kerana berbeza jamaah atau kumpulan.
Bah hingga ada yang sanggup menyelewengkan maksud hadith:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَنْ خَرَجَ مِنَ الطَّاعَةِ وَفَارَقَ الْجَمَاعَةَ فَمَاتَ مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً
“Sesiapa yang keluar dari ketaatan, dan memisahkan diri dari jamaah, mati dalam jahiliyyah”
juga hadith-hadith yang menunjukkan mereka yang meninggalkan jamaah diperangi, dihukum menanggalkan Islam dan seumpamanya, lantas mereka merasakan jamaah yang dimaksudkan dalam hadith-hadith tersebut ialah jamaah mereka lalu mereka berfikir negatif terhadap sesiapa yang bukan ahli mereka.
Dukacita golongan ini tidak membawa ulasan para ulama terhadap maksud sebenar jamaah yang terkandung dalam hadith-hadith tersebut. Maka, atas ketaksuban kumpulan atau aliran perkataan jamaah ini telah disalahgunakan. Saya bersetuju dengan perkataan tokoh al-Ikhwan al-Muslimin, Jordan, iaitu Dr. Muhammad ‘Abd al-Qadir Abu Faris dalam bukunya Mafahim Islamiyyah. Kata beliau: “Sesungguhnya istilah Jamaah al-Muslimin adalah istilah islami. Rasulullah s.a.w telah menggunakannya. Ia termaktub dalam kitab-kitab hadith dan sunnah. Para penghurai hadith membincangkannya. Ulama dan fuqaha muslimin menggunakan istilah ini sejak dahulu dengan penggunaan yang teliti. Istilah ini masih disebut oleh kebanyakan ulama semasa dan para pendakwah yang beramal. Ia masih dibincangkan dalam buku-buku ulama kurun kedua puluh. Bahkan, kadang-kala ia dibincangkan oleh orang yang kurang bekalan fekahnya. Dari kalangan mereka yang tidak berkemampuan memahami agama dan tidak mengambil berat menuntut dan memperolehi ilmu syarak tergopoh gapah menggunakan istilah ini secara salah. Tujuannya untuk mencapai natijah yang mereka kehendaki iaitu menganggap diri mereka ialah jamaah yang syar’I, sementara jamaah-jamaah lain dipertikaikan kesyar’iannya dan perlu ditentang…sebenarnya, maksud ‘jamaah al-muslimin’yang diperkatakan oleh al-Sunnah ialah jamaah yang .beriman dengan Islam sebagai akidah, syariat, peraturan hidup dan mengakui hukum-hakamnya. Ia melaksanakan syariat ALLAH dalam kehidupan. Memiliki kekuasaan politik yang berasingan. Ia dipimpin oleh khalifah yang menjaga agama dan mentadbir dunia dengan agama. Ini semua berlaku apabila muslimin memiliki daulah islamiyyah yang menghimpunkan dan menyatukan mereka. Ditegakkan dalamnya hukum-hukum Islam. Maka, istilah ‘jamaah al-muslimin’ di sini bermaksud masyarakat Islami yang dipimpin oleh hukum Islam dan terbentuk semua badan kekuasaannya di atas petunjuk al-Quran dan al-Sunnah…adapun sekiranya tiada daulah islamiyyah yang menyatupadukan orang Islam…tidak mungkin mana-mana jamaah mendakwa dirinya sebagai jamaah al-muslimin. Samada mereka itu Ikhwan, atau tabligh, atau salafiyyah, atau sufiah, atau jamaat islami Pakistan dan selainnya. Ini kerana dakwaan tersebut bererti menghukum gerakan-gerakan lain sebagai murtad atau sesat atau kufur, dan menuduh mereka dengan jenayah yang memboleh dijatuhkan hukuman yang keras..” .
Maka, arus tajdid menyeru agar dipecahkan benteng-benteng hizbiyyah ini dan mengukurkan muslim dengan kadar pegangan serta fikrahnya dalam memahami al-Quran dan al-Sunnah tanpa mengira dari mana organisasi atau jamaah pun dia. Arus tajdid menyeru semua pihak berpegang kepada fikrah sahihah lebih utama dari jamaah. Seseorang boleh memilih mana-mana jamaah selagi tidak menyanggahi al-Kitab dan al-Sunnah. Jamaah hanyalah alat, bukan matlamat. Bahkan seseorang mungkin sahaja untuk tidak menyertai mana-mana jamaah berdaftar, sebaliknya bersama kaum muslimin secara keseluruhan, tolong-menolong dalam urusan agama. Penyertaan ke dalam mana-mana jamaah hanya soal ijtihad. Tiada sebarang dalil sarih tentang kewajipan menyertai jamaah tertentu. Entah berapa ramai para ulama besar pada zaman ini pun, tidak menyertai mana-mana jamaah. Namun sumbangan mereka lebih besar dari sebarang jamaah dan umat berada di balakang mereka.
Mungkin ada benarnya rumusan seorang penulis Syria, al-Buti yang menulis tentang الفرق بين الحركة الإسلامية والدعوة إلى الله (Perbezaan antara gerakan Islam dan dakwah kepada ALLAH), antaranya beliau menyebut: “sesungguhnya dakwah yang difahami dan diamalkan oleh kebanyakan jemaah islamiah hari ini tidak lebih dari sekadar aktiviti yang berkisar sekadar anggota kumpulan mereka semata” .
Seruan Tajdid
Arus Tajdid mengajak penyertaan saudara-saudari ke dalam satu gerak kerja yang lebih besar daripada sebarang jamaah dan organisasi. Penyertaan ke dalam arus ini tidak menuntut untuk saudara-saudari meninggalkan jamaah atau organisasi yang telah disertai. Saudara-saudari boleh kekal dalam organisasi masing-masing, dengan syarat organisasi itu tidak menyanggahi al-Quran dan al-Sunnah, serta saudara-saudari pula bekerja ke tajdid dan islah, PEMBAHARUAN DAN PEMBAIKIAN.
Pembaharuan itu ialah dengan kembali melihat keserasian segala pegangan dan amalan Islam berdasarkan fakta al-Quran dan al-Sunnah, lantas mengeluarkan umat dari daerah kejumudan, agama rekaan, khurafat, kebodohan fikiran dan kesempitan mazhab dan hukum kepada kemudahan dan keluasannya. Ini bersesuaian dengan ruh Islam tulen dan tuntutan zaman. Seru atau dakwah setiap muslim ke arah ini di mana sahaja saudara-saudari berada. Tidak menjadi syarat menyertai aliran tajdid berdaftar atau berkenalan dengan mereka yang aktif. Fahami fikrah tajdid, dan serulah kepadanya di mana sahaja saudara berada.
Ini selaras dengan tanggungjawab yang al-Rasul letakkan di atas bahu golongan terpilih, dengan sabda baginda:
يَحْمِلُ هَذَا الْعِلمَ مِنْ كُلِّ خَلَفٍ عُدُوْلُه: يَنْفَوْنَ عَنْهُ تَحْرِيْفَ الْغَالِيْنَ، وَانْتِحَالَ الْمُبْطِلِيْنَ، وَتَأْوِيْلَ الْجَاهِلِيْنَ
Maksudnya:Sentiasa membawa ilmu ini mereka yang adil dari para penyambung (dari setiap generasi). Mereka menafikan (menentang) penyelewengan golongan yang melampaui batas, dakwaan bohong golongan yang bathil (sesat) dan takwilan golongan jahil.
Inilah tiga tanggungjawab tajdid dan islah yang mesti dipikul dalam usaha kembali membawa Islam yang tulen dan tepat. Arus Tajdid mengajak saudara-saudari menyokong usaha ini. Al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h pernah menyebut: “Bilamana menjadi sesuatu yang putus bahawa “Sesungguhnya al-Din di sisi Allah ialah Islam”, maka sesungguhnya tidak mungkin dapat difahami apa yang dikehendaki Allah melainkan dengan perantaraan RasululLah. Sesungguhnya tiada jalan kita sampai kepada baginda melainkan melalui pengetahuan mengenai sunnah baginda. Pula tiada jalan kepada sunnah baginda melainkan dengan ilmu hadith. Justeru itu menjadi kewajipan ke atas kaum muslimin, samada pemerintah atau rakyat, pendakwah atau yang didakwah, beriman bersama kita bahawa tiada jalan terlaksananya apa yang kita seru kepadanya iaitu perlaksanaan keadilan dan keamanan, menegakkan hukum Allah di atas muka bumi kecuali dengan berdakwah kepada sunnah dan mengamalkannya, juga mentarbiah kaum muslimin dengannya. Bukan dengan hukum-hakam dunia, undang-undang ciptaan manusia, pandangan-pandangan individu dan pegangan-pegangan kepartian. Itu semua menjadikan umat semakin berpecah dan jauh dari matlamat yang dituju” .
Semoga ALLAH merahmati kita dan membantu usah ini. Pengerusi dan hadirin terima kasih atas kesudian menyertai.

Wednesday, May 4, 2011
Perkongsian Usrah: Tarbiyyah Dzatiyyah (tarbiyyah diri)...
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan." Al-Maidah (5): ayat 35.
Firman Allah dalam surah Al-Maidah ini menekankan kepentingan orang-orang beriman untuk bertaqwa kepada Allah dan mengamalkan amar maaruf dan nahi munkar serta berjuang untuk menegakkan Islam. InsyaAllah, moga-moga kita berada dalam golongan yg beroleh kejayaan dengan memanifestasikan konsep tarbiyyah ini ke dalam bentuk yg praktikal iaitu menerusi amalan dan perbuatan dalam kehidupan di dunia ini.
Definisi Tarbiyah Dzatiyyah
"Tarbiyyah dzatiyyah atau tarbiyyah diri bermaksud sejumlah tuntutan dan keperluan untuk mendidik dan memperbaiki diri yang diberikan oleh seseorang yg beragama Islam kepada dirinya dalam membentuk keperibadian Islam yang sempurna menerusi seluruh aspek kehidupannya; aspek iman, akhlaq, intelektual, sosial, dan sebagainya. Selanjutnya tarbiyyah ini juga perlulah sentiasa ditingkatkan dari semasa ke semasa dalam kehidupan."
Penerangan Lanjut (Sila tonton video di bawah)...:)
Penerangan Tentang Tarbiyyah Dzatiyyah Dari Ustaz H. Rahmat Abdullah.
Kepentingan Tarbiyyah Diri
Saudara dan saudari, secara logiknya, tarbiyah dzatiyah ini mampu menjadikan kita kuat dan cekal menghadapi berbagai-bagai ujian dan cabaran dalam memperjuang Islam sebagai jalan yg diredhaiNya. InsyaAllah, dengan adanya tarbiyyah diri ini juga, kita tidak futur (malas dan lesu) serta tidak mudah untuk berputus asa, malahan akan terus istiqamah dijalan kebenaran di samping melaksanakan ibadah tuntutan dari Illahi. Selain itu, fikrah (pemikiran) kita juga tidak akan terlalu sempit atau jumud dalam menghadapi isu-isu semasa yg memerlukan daya pemikiran kritis dan ilmu yg lengkap di dada. Akhirnya yg paling penting, kta menjadi seorang daie (pendakwah) yg mampu memberi sumbangan bukan sahaja kepada diri, malahan kepada masyarakat amnya menerusi dakwah yg lebih efektif dan berhikmah. Semuanya akan dapat dikecapi jika kita melaksanakan pentarbiyyahan diri ini dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas kerana Allah, InsyaAllah. :)
Sebagai tambahan, tarbiyyah diri ini juga adalah salah satu cara yg secara tidak langsung dapat membantu membangunkan potensi diri (cuba dikaitkan dengan tazkirah akhi Muaz) yg tersimpan. Apabila kita mengenal, mendidik dan memperbaiki diri, InsyaAllah setiap potensi yg ada pada diri kita akan berkembang. Potensi diri yg dimaksudkan ini adalah kebolehan diri yg mana kadangkala kita tidak sedar akannya. Barangkali dalam diri kita terdapat bakat bercakap dan menyampaikan apa yg dipelajari di hadapan orang ramai dan bakat ini boleh digunakan untuk berdakwah secara terus atau memberi ilmu kepada rakan-rakan yg lain. Barangkali dalam diri kita terdapat bakat kepimpinan yg dapat digunakan bagi memimpin persatuan-persatuan Islam untuk bergerak dengan lebih aktif dan proaktif dalam mencapai misi Islamik tersendiri. Barangkali juga, dalam diri kita terdapat bakat menulis dan bakat penulisan itu boleh digunakan untuk menghasilkan tinta-tinta cerpen dan novel dakwah juga blog dan artikel-artikel yg mana ianya dapat menjadi medium untuk menyampaikan dakwah. InsyaAllah, carilah dan temukan bakat-bakat tersimpan anda semasa meniti jalan mentarbiyyah, mendidik dan memperbaiki diri ini. Find your voice and inspire other to do so! Unleash your potential. :)
Jadi, tarbiyyah ini amat penting dan ianya bukanlah sesuatu yg boleh dipandang remeh atau enteng. Tarbiyyah diri adalah ibarat...
Video di bawah ini akan menjelaskannya:
Itulah Tarbiyyah ^^
Akhir kata, pesanan dari penaja untuk mereka yg akan bercuti panjang selepas exam semester, terutamanya kepada mereka yg belajar di luar negara dan akan balik ke Malaysia pada bulan Mei, Jun, Julai atau Ogos ini dengan ucapan:
"Usah biarkan masa yg anda miliki terbuang begitu sahaja dengan melakukan perkara-perkara yg tidak berfaedah, tetapi penuhilah ia dengan kemahuan (konsep) dan usaha (praktikal) untuk menambah ilmu, amal, dan iman." Jom ^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)