Masalah
Sebagai manusia yg tidak pernah sempurna, seringkali kita melakukan kesilapan sama ada secara sengaja atau tidak. Dan setiap kesilapan yang dilakukan pasti ada hikmahnya iaitu sebagai pengajaran dan pengalaman supaya ianya dapat dihindari pada masa akan datang, InsyaAllah. ^_^
Entri pada kali ini akan membicarakan salah satu daripada masalah kegelisahan hati kita iaitu "sangkaan-sangkaan buruk terhadap seseorang yg datangnya daripada intuisi diri sendiri." Saya yakin dan percaya bahawa setiap dari kita mempunyai intuisi atau naluri yang menilai sama ada seseorang individu itu baik ataupun jahat. Penilaian atau sangkaan ini adalah berdasarkan suara hati kita sendiri dan kita akan mula mempercayainya apabila ternyata benar sangkaan-sangkaan sebelum ini. Selanjutnya, bermulalah episod bersangka-sangka walaupun kita belum mengenali sepenuhnya individu yang kita baharu sahaja kenal itu.
Sememangnya kita sebagai manusia tidak dapat lari dari semua ini...kerana kita bukan robot yang boleh diprogram fungsinya agar tidak melakukan kesilapan dalam jangka hayatnya.
Solusi
Kebiasaanya, kebolehan utk menilai seseorang itu biasanya kita peroleh melalui pemerhatian terhadap tindakan dan perilakunya sama ada baik atau buruk. Jika buruk, maka buruklah sangkaannya dan jika baik, maka baiklah sangkaannya. Jadi solusi mudah dalam mengelakkan sangkaan pada peringkat awal ini adalah dengan bertanya dan meminta penjelasan kepada individu tersebut atas tindakan dan perilakunya yang dirasakan salah.
Namun, andai semua kelakuan individu tersebut baik dan tiada yg mencurigakan, akan tetapi kita merasakan dia tetap tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan, itu barangkali adalah bisikan syaitan yg mahu kita bersangka buruk terhadap seseorang. Atau barangkali juga kita mempunyai perasaan cemburu terhadap individu tersebut. Justeru, tepuk dada, tanyalah hati. ^_^
Sebagai tambahan, saya sarankan juga bahawa andai kata terdetik anggapan buruk terhadap orang lain, beristigfarlah banyak-banyak. Andai kata terdetik anggapan baik pula, Alhamdulillah.
Akhir kata, selalulah berdoa kepada Yang Esa supaya dijauhkan daripada sangkaan-sangkaan buruk dan jika benar sangkaan itu, jelaskanlah buktinya di mata anda supaya tidak ada keraguan atau perasaan bersangka-sangka lagi. ^_^
No comments:
Post a Comment