Monday, February 21, 2011

Syahadatul Haq ^_^



Bermulalah langkah-langkah para murabbi,

tanpa mengharapkan apa-apa balasan,

Datangnya membawa hasrat,

menyampai pesanan kpd saudara-saudara

seIslamnya di muka bumi ini,

Jua sekalian manusia di alam fana,

tentang syahadah,

tentang Al-Haq,

Syahadatul haq,



walau ada yg menolak,

memaling berkali2,

diteruskan jua,

jalan juang ini,

kerana bakal disoal nanti,

apakah yg dilakukanya untuk TuhanNya,

Adakah cukup dengan sekadar ibadahnya tanpa dakwah...?



" 'Syahadah Al-Haq' bukan sekadar mengimani kewujudan Allah, malaikatNya, kitabNya, rasulNya dan hari akhirat. Malah tanggungjawab syahadah ini juga tidak cukup setakat mendirikan sembahyang, puasa, zakat dan haji. Syahadah ini hanya terlaksana apabila orang-orang yang beriman menyampaikan kalimah hak ke seluruh bangsa manusia dalam bentuk amal soleh, akhlak yang terpuji dan pemerintahan yang adil. Dengan kata lain mereka perlu menjelaskan ke seluruh alam, kebenaran yang bakal memimpin mereka menggunakan jalan yang lurus, cara yang betul dan amalan yang berkekalan." Syahadatul haq

No comments:

Post a Comment