Sunday, March 20, 2011
Si Pencari...0_0 ≠ -_-
Setiap dari mereka melihat sesuatu daripada pelbagai persepsi, pelbagai pemahaman dan pelbagai cara. Dari sudut dan cara pemikiran tersebut maka lahirlah pendapat dan pilihan yg menentukan pendirian mereka. Maka apabila pendirian itu telah ditetapkan, segelintir daripada mereka akan hanya membenarkan pendirian yg sama skopnya dengan mereka. Sesuatu keputusan dan pendirian yg berbeza akan ditolak mentah2 atau diberikan dalil dan sbb mereka berbuat demikian...Pada mereka akulah yg haq.
Ada juga segelintir golongan yg memahami elemen taksub pendirian ini dan cuba menghindarinya...Mereka inilah golongan yg MENCARI...Mencari ilmu, mencari pendirian...semata-mata untuk mendapatkan Haq (kebenaran). Ada antara mereka masih baru dan kurang mengerti. Mereka kebiasaannya mendengar dan menerima pendirian dan pendapat yg dirasakan benar. Barangkali kerana kurangnya ilmu dan mungkin kerana itulah jugalah mereka mencari. Namun, dalam pencarian itu pasti terdapat liku2 yg membataskan pencarian mereka. Akan ada jalan yg bersimpang dan lorong-lorong kecil yg tidak diketahui arah jalannya ke mana. Begitu banyak pilihan yg tersedia di hadapannya. Ini pasti akn mengelirukan si pencari lantas membuat dirinya berfikir sejenak. Jalan manakah yg harus kupilih?
Dari kegusaran dan persoalan itulah muncul pelbagai individu atau mungkin kumpulan yg mengelar diri mereka sebagai Guider (petunjuk arah). Guider dengan pendirian dan peta yg berbeza-beza...Namun, hanya 1 perkara yg sama iaitu masing2 melaungkan slogan "Kami yg HAQ."
Pada saat itu, guider akan berebut-rebut untuk menunjuk jalan atau lorong pilihan masing2 yg betul dan PASTI BETUL. Si pencari makin keliru. Dari kekeliruan itu, menyusuplah slogan-slogan dan kempen-kempen yg pelbagai ragamnya kepada si pencari. Timbul kembali persoalan: Jalan manakah jalan yg benar? Pendirian apakah yg benar? Siapakah yg benar?
Si pencari mula membisu....................................................................................
TIADA JAWAPAN...YG ada hanyalah slogan dan barangkali PERBALAHAN. ..antara GUIDERS...Saya YG HAQ!!! Kami yg benar!!!
Berdoalah:
“ Ya Allah, berilah kami petunjukMu, berikanlah kami taufiq dan hidayahMu, Kurniakanlah kepada kami kefahaman Nabi-Nabi dan ilham para Malaikat yang hampir dengan-Mu dan jauhilah diri kami daripada kesesatan dan pilihan yang salah, dengan Rahmat-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. ”
Hayatilah maksud:
“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh berusaha di dalam agama Kami, nescaya Kami akan beri petunjuk kepada mereka akan jalan-jalan kami.” (Al-Ankabut: 69)
Siapakah si pencari itu ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment