Showing posts with label cita-cita. Show all posts
Showing posts with label cita-cita. Show all posts

Saturday, April 23, 2011

Suara Kecil Sang Pemimpi... Mimpi-mimpi indah ≠ Realiti Yg Ingin Dicapai Jika Kita Berhenti Di Pertengahan Jalan.


Setiap dari kita mempunyai suara-suara kecil dalam diri masing-masing. Suara hati yg memanggil-manggil kemahuan-kemahuan dari dalam diri yg mahukan sesuatu pencapaian dalam hidup. Itulah MIMPI. Itulah CITA-CITA. Itulah HARAPAN.

" kalau nak MIMPI yg tinggi2, mimpilah! Tapi kau harus yakin mimpi itu dan temukan jln terbaik buat meraihnya. Jngn kau berfikir perjlnan menuju kesana akan mulus Qal. Akan byk rintangan di depan kau. Kau harus kuat menghadapinya. Qal Kau jngn hanya pikirkn tentang diri kau. Ada sesorang yg luar biasa dlm hidup kau yg selalu dtng ambil report dngan baju safari satu2nya yg dimiliknya yg bahkan tidak dia pakai waktu berjumpa dngan pak bupati sekalipun. Dia memakainya hanya utk kau Qal. Kau adalah kebanggaannya." Pak Mustar (Sang pemimpi).


Memetik kata-kata dari Pak Mustar dalam filem Sang pemimpi, ada kebenaran yg nyata di situ. Tidak ada salahnya untuk kita mempunyai cita-cita yang tinggi asalkan kita yakin dan sedar akan laluan yg bakal ditempuh. Jalan untuk mencapai kejayaan memang bukan jalan yg mudah semudah jalan di highway (jalan yg besar dan lurus). Ingatlah bahawa jalan yg bakal ditempuh sangat penuh dengan halangan dan rintangan yg membutuhkan usaha keras dan gigih tanpa mengenal putus asa. Jalan seperti itulah jalan yg bakal kita hadapi jika ingin mencapai mimpi yg diidam-idamkan. Jadi jika ingin menjadi doktor, jurutera, arkitek mahupun guru belajarlah bersungguh-sungguh dan fokuskan niat anda ke situ. Pastikan juga kerjaya pilihan adalah kerjaya yg anda minati (So that you will have passion for it!). Namun, andai dirasakan belajar itu sukar, rangkalah strategi baru dan selalulah memberi diri anda motivasi kerana seorang sahabat pernah memberitahu saya bahawa motivasi ini ibarat kita mandi pada setiap hari. Motivasi perlu untuk merangsang diri mendapatkan semangat yg kuat pd diri yg mendorong kita utk berusaha atau melakukan sesuatu dgn tujuan utk mencapai kejayaan manakala mandi perlu untuk membersihkan diri dan mendapatkan kesegaran bagi melakukan aktiviti harian. Sebab itu kita perlu motivasi seperti perlunya kita mandi pada setiap hari. Carilah perkara yg dapat memotivasikan diri anda. :) Oleh itu, bangkit dan kejarlah cita-cita anda dengan segala usaha yg ada. Usah menoleh kebelakang lagi.


Namun kadangkala sekiranya kita melihat jalan untuk mencapai cita-cita itu terlalu sukar dan merasakan akan gagal ataupun telah gagal, janganlah sekali-kali berputus asa. Walaupun sudah belajar behabis-habisan, akan tetapi masih rendah markahnya dalam peperiksaan, usahalah lagi. Barangkali strategi dan teknik baru perlu dirangka untuk belajar. Walaupun sudah berhabis-habisan ribuan ringgit untuk perniagaan namun tetap kerugian, usahalah lagi. Barangkali perlu dimuhasabah punca2 kepada permasalah yg menyebabkan kerugian itu. Walaupun sudah berusaha berhabis-habisan untuk menyatukan umat-umat Islam, akan tetapi masih gagal, usahalah lagi. Barangkali perlu dimuhasabah akan cara2 nasihat itu disampaikan.


Ingatlah akan orang-orang disekeliling yg meletakkan harapan pada kita. Ingatlah kedua ibu bapa! Ingatlah guru-guru! Ingatlah sahabat2! Ingatlah siapa dirimu! Dan yg paling penting sekali ingatlah bahawa rahmat Allah itu Maha Luas! Pada saat itu pasti akan terlintas di fikiran tentang harapan yg kita pikul dan mereka yg bakal kecewa andai kita berhenti di pertengahan jalan. Seorang teman baik saya pernah berkata:

"Jika kita pernah gagal, ini tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Persoalan yang penting bukanlah bagaimana kita akan gagal tetapi persoalannya adalah bagaimana kita akan mengendalikan dan berhadapan dengan kegagalan tersebut."



Justeru, bersama-samalah kita menghindari daripada berputus asa kerana Allah juga telah menegaskan bahawa sikap berputus asa itu bukan sifat seorang Muslim. FirmanNya:

"Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir". Surah Yusuf ayat 87.



Jadi, untuk berjaya dalam menghadapi realiti kehidupan yg terdapat berbagai dugaan dan ujianNya, hadapilah ia dengan ketabahan dan kecekalan seperti seorang pejuang. Hal ini kerana seorang pejuang akan berusaha bermati-matian untuk mencapai kemenangan dan seorang pejuang juga akan berfikiran positif dan sentiasa mempunyai azam juang yg kuat untuk mencapai kejayaan.

"Seandainya ada 100 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya ada 10 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya hanya tinggal seorang pejuang Islam, pastikan dia ialah dirimu !" Abu Al-A’la al-Maududi.



Oleh itu, lihatlah diri kita dan yakinlah dengan mimpi atau cita-cita yg diimpikan itu. Barangkali 5 atau 10 tahun dari sekarang engkau akan menggenggam mimpi2 dan cita2 itu yg dahulunya hanya suara-suara kecil sang pemimpi. Buktikan bahawa suara-suara kecil itu pasti akan menjadi ngauman singa yg bakal menggegar dunia. Jadi pilihlah apa yg terbaik buat diri anda.

Wednesday, March 23, 2011

MEREKA, Aku dan Anda... $$$ ≠ Kehidupan Jika Tidak Memberi.

Diinspirasi Pustaka Kebahagian:





Diinspirasi Compass Setting:




(Digalakkan menonton video untuk memahami cerita luahan rasa ini).





Arakian disebutlah kisah yg diceritakan dari keturunan demi keturunan.

dekad demi dekad sampai ke zaman millenia ini. Kisah ini kisah yg memberi. kisah ini kisah yg membenar. Kisah ini kisah yg merasa. Kisah ini kisah luahan rasa... Kisah ini kisah inspirasi...Terimalah...



HARAPAN...SINAR...CAHAYA...MENTARI...MELAKAR MAKNA KEHIDUPAN.



Aku melihat harapan...pada mata anak-anak kecil itu. Gelak ketawa mereka mampu memberi senyuman tatkala hati dalam kesedihan mahupun keresahan. Mereka tidak beribu bapa atau istilahnya yatim piatu. Mereka masih kecil. Barangkali masih belum mengetahui erti kehilangan ibu bapa itu. Apatah lagi erti KASIH SAYANG? ya...kasih sayang seorng ibu. Kasih sayang seorang bapa. Dua komponen penting dalam kehidupan manusia yg kadangkala kita alpa. SETUJU? Satu retorik agar anda berfikir.



Mereka punyai CITA-CITA dan mereka juga mengimpikan cita-cita. Melihat itu, aku turut merasai apa perasaannya mempunyai dan melafazkan cita-cita. Ya, cita-cita. Kerjaya yg diinginkan. Doktor, jurutera, peguam, ahli bomba, angkasawan, guru dan sebagainya. Untuk apa dipilihnya kerjaya itu? Untuk menyumbang. Untuk memberi. Untuk membantu. Ya, itulah yg sebetulnya. Dan untuk melengkapkan apa yg dicita-citakan itu perlunya satu perjalanan yg panjang. Yg lebih panjang dari pandangan sejauh saujana. Untuk itu, perjalanan mereka mendapatkan cita-cita memerlukan PENDIDIKAN. YA,pendidikan...pedagogi bahasa yg lebih sasteranya. Namun, mereka tidak punyai wang untuk membeli buku mahupun bersekolah. Apatah lagi merasai memiliki sepasang kasut dan baju sekolah. Walaupun begitu, masih ada keriangan dalam wajah mereka. Ya keriangan kerana mereka punyai sahabat yg senasib dengan mereka. Punyai teman untuk berkongsi dan bersama dapat menghilangkan air mata dan kesedihan. Barangkali ak juga perlukan teman. Apapun, semua ini mebuat aku tertanya-tanya...Apa yg aku inginkan? Apa cita-citaku? Lebih penting lagi. Apa yg anda inginkan? Apa cita-cita anda? Satu retorik agar anda berfikir.



Mereka dan aku. Mereka dan anda. Ada bezanya kerana setiap dari kita berbeza. Berbeza dari latar belakangnya. Iaitu, lahirnya di mana, keturunan siapa, lahirnya kaya, lahirnya miskin, lahirnya normal, lahirnya kurang upaya, lahirnya seperti mereka, lahirnya seperti aku atau lahirnya seperti anda. YA...tidak kira bagaimana dan dalam keadaan apapun kita dilahirkan, kita harus bersyukur. Bersyukur ke hadrat illahi kerana setiap kejadian itu pasti ada hikmah dan anugerahnya. Cuma kita yg tidak mengetahuinya. Berbalik kepada mereka, sejujurnya ak merasa terharu dengan bantuan dan dorongan yg diberikan oleh insan-insan mulia itu. Insan-insan itu tahu nilai memberi. Tahu nilai ilmu itu. Dan tahu untuk melakar makna kehidupan dalam kamus hidup mereka. Sesungguhnya, aku juga mahu menjadi seperti insan-insan itu. Ertinya memberi pada yg perlu. Membantu apa yg perlu. Dan juga menginspirasi insan-insan yg lain utk melakukan perkara yg sama.



Bergeraklah dan bergeraklah...Menuju jalan pilihan anda...Cita-cita anda...UNTUK APA ? Satu retorik agar anda berfikir.







Cita-cita memberi harapan, pendidikan membuka ruang, Usaha merapat jurang.