Showing posts with label Kolej MARA Banting. Show all posts
Showing posts with label Kolej MARA Banting. Show all posts

Wednesday, June 22, 2011

FAQ From FUTURE KMB Students


1). Salam...dear seniors,rmai x student kmb yg dpt fly?agk2 brape peratus eh?
2). Ada org ckp student a-level lg senang nk fly drp student IB btul ke?

Soalan pertama: Peratusan pelajar KMB yg dapat fly setiap tahun kebiasaannya melebihi 70%...and this will varies according to student results for a particular year (klu ramai yg pass 35 points and xde kes plagiat, ramai la yg akan fly). Plus, as a prove, nie artikel from Berita Harian yg ckap 85% students KMB fly(for batch 2007-2009 klu x silap la) link: http://emass.blog.friendster.com/2009/08/       
Anyway, the link from official berita harian website tak jumpe, but dont worry bcoz I've seen the real article in papers. So, it's confirmed.


Soalan kedua: Hmm, soalan nie nak jawab gune simple logik jer...klu students yg amik IB susah nak fly, sponsors mcm MARA, JPA, Petronas, FELDA and etc. x hantar korang kat sini. Jujurnya IB is still new as compared to A-level, but walaupun masih baru namun kebanyakan universiti luar berebut naik amik IB students and that is a fact. Nak bukti: IUMC (search sendiri) sanggup bagi quota sebanyak 50-60 placements untuk IB students kt KMB shj (depa x bg quota sbnyak nie kt kolej2 A-level lain)...Then, IB nie naturenyer seimbang antara academic dan koko...and bile kat universiti nnti...IA korang akan lebih mudah nak sesuaikan keadaan as compared to A-level students sbb pendedahan yg korang dapat (but this will varies according how the students utilize the knowledge that they get in KMB)...What's more sbb nature IB nie lah skrng bnyak uni luar prefer IB. When you get in KMB selalulah tnyer kaunselor korang betul ke ape ak cakap nie and then bacelah pointer requirement setiap uni kat uni prospectives booklets kat bilik kaunselling@placemet officer nnti. Bile dah bace pointer requirements tu korang compare la...IB students or A-level students yg lebih senang nak fly...huhu

Plus, this is very important...In the end of the programme...as long as korang pass 35 points IA akan fly punyer laaa...Ini Pasti!!! InsyaAllah...xde kes yg lepas 35 pastu x fly (unless students tu mmg xnak fly atau plagiat "kerja kursus" atau sakit dan yg sewaktu dengannya).

Lastly...persoalan x fly and kurang peluang klu boleh jngn diwujudkan sbb bende2 camnie akan demotivate korang sedangkan realitinya lebih baik. Trust me, just be positive and strive throughout ur future; 2 years in KMB. InsyaAllah, rezeki nak fly sentiasa ada. Just grab it by fulfilling the requirements from uni and penaja. Ganbarre :)

Thursday, June 16, 2011

Soalan Placement (Kolej MARA Banting (KMB))


Question
Assalamualaikum, nak tanya la, nanti universiti placement kite kene cari sndiri atau mara/kmb yg akn carikan untuk kita? Prosesnya macam mana ?

Jawapan
(Untk pelajar medik shj)
Placement akan dipohon students tetapi akan ditetapkan berdasarkan pencapaian semasa sem1 dan sem2. Setiap pelajar boleh memilih dua negara maksimum sebagai pilihan (1st choice and 2nd choice). Perhatian ( untuk pelajar medik: sekiranya memilih dua universiti di Ireland, maka anda tidak boleh memilih negara lain. Sbg contoh: Anda memilih Irish Uni & Medical Consortium (IUMC) dan Penang Medical College (PMC) yg mana kedua-duanya di Ireland, maka tiada 2nd choice negara lain).

Bagi yg memilih UK dan Ireland contohnya, pelajar yg memilih negara2 ini sebagai pilihan akan menghantar permohonan mereka kepada placement officer. Placement officerlah yg kemudiannya akan menentukan pilihan yg mana yg layak untuk pelajar tersebut berdasarkan kecemerlangan akademik semasa sem 1 dan sem 2 dan juga faktor lain (communication skills and comment cikgu mybe). Sekiranya pelajar tersebut layak dan terpilih untuk UK contohnya, maka dia akan meneruskan permohonannya untuk menyambung pelajarannya di UK shj dan dia tidak boleh memohon untuk universiti2 di Ireland lagi.

Namun begitu, ini hanyalah general rules shj...In real situation, placement setiap students akan jatuh satu demi satu peringkat sekiranya mereka gagal untuk menempatkan diri di universiti pilihan masing-masing. Sebagai contoh, pelajar yg memilih UK sbgai negara pilihan dan diapprove oleh placement officer telah gagal untuk mendapat tempat di mana-mana universiti di UK, maka kebiasaannya dia akan diletakkan di Ireland bound pula dan memohon di mana mana universiti yg kosong di sana either IUMC or PMC. Dan mungkin juga di mana-mana negara lain tergantung kepada perbincangan dan keputusan dari placement officer.

Sebagai tambahan, UK placements agak terhad bagi MARA sponsored students jadi pastikan anda berusaha yg terbaik utk sem 1 dan sem 2. Pastikan pointer anda melebihi 35 bagi kedua2 sem. InsyaAllah segalanya akan mnjadi mudah. Bagi Ireland, IUMC agak strict jadi pastikan sem1 dan sem 2 anda cemerlang juga. Tidak dilupa New Zealand dan Australia serta Czech Republic. Yg penting study well to achieve high point especially in math and chem.

Lastly, jngan risau takut xde placements bcoz at the end of the day, semua orng akan ada placemnts masing-masing...xde yg tertinggal. Just do your best in 1st and 2nd sem to secure placements yg anda inginkan and do your best in final sem to make sure you pass the pointer requirements from the university yg dipohon. Ganbarre.

( Maklumat ini InsyaAllah betul sehingga tahun 2010, sekiranya terdapat perubahan, penulis memohon maaf dan diminta dicorrectkan. hv my thankz in advance.)