Saturday, October 1, 2011

Surat Terbuka Hilal Asyraf Kepada Kumpulan-Kumpulan Melayu Yang Berada Di Jordan.



by Hilal Asyraf on Friday, 30 September 2011 at 13:31
Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barokatuh.

Ana mulakan tulisan ini dengan memuji Allah, semoga Dia memberikan kekuatan kepada kita dalam mengharungi kehidupan ini, dalam mencari hidayahNya, dalam memperjuangkan agamaNya, dalam menjadi hambaNya yang sebenar. Juga selawat dan dalam, buat Rasulullah SAW dan para sahabat, yang nyata telah memerah keringat dan darah, untuk menyampaikan Iman dan Islam kepada kita.

                Ana menulis, berkata, dan mengharapkan taufiq daripada Allah di dalamnya.

                Apa yang akan ana tulis di dalam surat ini, adalah yang akan menyentuh banyak pihak. Tajuknya juga sudah dapat membayangkan isinya. Maka di awal surat ini, ingin ana menegaskan beberapa perkara.

Pertama, ini bukanlah surat menyelar mana-mana pihak, bukan hendak menjelaskan mana pihak yang lebih baik, mana pihak yang jahat, mana pihak yang patut dipulaukan. Tidak dan tidak. Ini adalah surat muhasabah kita bersama.
Kedua, surat ini bukanlah ana mewakili mana-mana kumpulan menyuarakan pendapat kumpulan. Ini adalah suara hati ana, pandangan peribadi ana, dan tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan yang ada di Jordan, hatta PERMAI.

Anggaplah ini suara seorang pelajar tahun akhir di Jordan, yang memberikan pandangannya terhadap apa yang berlaku di hadapannya selama ini.

Ketiga, sesiapa yang offended, boleh ingat balik hubungan ana dengan antum selama ini. Apakah ana berjalan di jalanan bertemu antum dan tidak senyum juga mengangkat tangan? Apakah ana kalau bertemu dekat dengan antum tidak menjabat tangan antum dan bertanya khabar? Ana tidak bermaksud hendak melukakan hati sesiapa di sini. Ana tetap ana yang selama ini antum nampak di jalanan, yang bersembang dan berjabat tangan dengan antum. Surat ini tiada apa-apa personel. Kalau antum membuat keputusan untuk merosakkan hubungan antara kita, hendak rasa awkward selepas surat ini antum baca, maka itu adalah hak antum. Ana tetap akan melayan antum sama seperti biasa.

Jadi jelas ya?

Maka ana mulakan isi surat ini. Semoga Allah memberikan kita manfaat daripadanya.

Permulaan: Kita mengetahui...

Kita di Jordan secara amnya mengetahui, bahawa di dalam masyarakat melayu di Jordan ini, terdapat beberapa kumpulan yang menyatakan bahawa dirinya membawa panji-panji Islam, ingin membawa manusia kembali ke jalan Allah SWT, dan hendak menjalankan proses tarbiyah kepada ahli-ahlinya.

Kita tambah mengetahui dan sedar akan hal ini semenjak kebelakangan ini, selepas beberapa perkara terjadi yang kita kebanyakannya(atau semua?) mengetahui. Kita juga sedia maklum, isu ini timbul di open talk.

Jadi, beberapa perkara tidak enak mula timbul di tanah yang berkah ini, di dalam komuniti kita ini, di tempat kita menuntut ilmu untuk menyumbang kepada masyarakat ini. Ada masalah dengan PERMAI, ada yang kutuk mengutuk sesama sendiri, kekeliruan di kalangan orang-orang yang tidak memahami perkara ini, dan macam-macam lagi.

Ana rasa terpanggil membangkitkan hal ini, adalah kerana sepanjang ana baru pulang dari Malaysia, menemui adik-adik baru, beberapa adik-adik terus bertanya kepada ana:

“Abang Hilal, apa usrah-usrah ini ya?”
“Kenapa?”
“Ada abang-abang tu, awal-awal jumpa, terus tanya saya dah ada usrah ke belum. Mereka kata, kalau tak ada, mereka nak ajak saya masuk usrah mereka.”

Begitukah caranya? Adik-adik itu, tidak sampai dua minggu lagi di sini wahai sahabat-sahibahku, wahai saudara-saudariku.

“Abang Hilal, kat sini ada yang gaduh-gaduh ya?”
“Kenapa cakap macam itu?”
“Ya la, haritu ada pergi duduk dengan satu kumpulan ini(dia sebut nama kumpulan tersebut), dia cerita di Jordan ini ada satu lagi kumpulan. Mereka kata kumpulan ini begitu, begini(ana tak tulis apa dia cakap di sini). Kemudian, ada satu kali itu, ana duduk pula dengan kumpulan yang mereka cakap, kumpulan itu pun cerita begini dan begitu fasal kumpulan satu lagi.”

Inikah yang kita bawa wahai sahabat-sahibah Jordan yang ana kasihi?

Dan masalah ini nyatanya bukan pada syabab sahaja. Akhawat juga ada yang mengadu melalui Facebook kepada ana. Dan masalah ini, kekeliruan ini, fitnah ini, menjalar hingga ke para senior.

“Apa sebenarnya kumpulan itu(menyebut nama)? Tiba-tiba je.”
“Orang-orang dakwah ni memang macam itu ya? Gaduh je kerjanya. Dari Mesir, bawa pula ke Jordan.”
“Itu sebab aku malas nak join benda-benda ni. Merepek.”
“Dah ada PERMAI cukuplah. Apalah diorang ni. Datang sini buat kacau.”

Nampak apa yang berlaku? Memburukkan kerja-kerja kita juga di mata masyarakat.
Dan akhirnya, yang tak bersalah juga yang kena.

“Ni nak ajak ana makan ni, nak tarik ana masuk kumpulan enta ke?”

Sedangkan kita tidak berniat apa-apa.

Maka inilah fokus ana di dalam surat ini.

Kepada kumpulan-kumpulan yang ana maksudkan, ke manakah sebenarnya antum hendak membawa masyarakat melayu di Jordan ini sebenarnya? Apa sebenarnya yang antum sedang buat? Ke arah apa yang sedang berlaku di antara kita sekarang inikah?

Tujuan utama kumpulan ditubuhkan

Apakah tujuan utama kumpulan-kumpulan antum ditubuhkan?

              Untuk merebut ahli paling ramai?
                Untuk mengangkat nama antum paling tinggi?
                Atau sebenarnya untuk membawa manusia pulang kepada Allah dan hidup dalam perintahNya?

                Ana memahami bahawa, gerak kerja dakwah dan tarbiyah yang sebenar adalah membawa manusia pulang kepada Allah SWT, bukannya membawa pulang kepada kumpulan di mana kita berada. Bahkan, sepatutnya, peraturan-peraturan di dalam kumpulan kita, terbina daripada perkara-perkara yang Allah benarkan, bukannya yang Allah larang. Barulah kita dapat bergerak mencapai tujuan itu.

                Maka apakah ini? Apakah yang sedang kita lakukan?
                Tarik menarik ahli yang sedang berlaku ini. Mengapa?

                Baru dua minggu adik-adik sampai, kita sudah sumbatkan mereka dengan masalah-masalah ini. Mereka tertanya-tanya. Terpinga-pinga. Bahkan ada yang ketakutan.

                “Ana risau la. Nak jaga hati siapa ya?” Seorang adik mengadu.

                Dan ada juga yang memandang ini sebagai jelek.
                “Gila kut, baru dua minggu dah tarik-tarik orang.”

                Mengapa tergesa-gesa sedemikian rupa wahai sahabat-sahibahku yang ana kasihi? Mengapa? Apa tujuan sebenarnya kumpulan antum ditubuhkan? Apakah ini sebenarnya satu medan pertandingan mengumpul ahli paling ramai? Atau sebenarnya kita hendak meramaikan orang untuk pulang kepada Allah SWT?

                Kalau antum mengaku bahawa antum hendak membawa manusia pulang kepada Allah SWT, maka mengapakah menimbulkan kekeliruan sedemikian rupa? Begitukah sebenarnya jalan dakwah dan tarbiyah mengajar kita? Atau sebenarnya di dalam pergerakan ini kita dididik untuk bersabar, untuk menjadikan masa sebagai rawatan, untuk tidak menimbulkan fitnah, untuk menjaga sumu’ah pergerakan?

                “Ana daripada kumpulan ini. Enta daripada kumpulan mana? Ada daripada mana-mana kumpulan? Kalau tak ada, jom join kumpulan ana.”

                Apakah salam perkenalan itu?

                “Ada la satu kumpulan di Jordan ni. Mereka ni angkat bangsa.”

                Itu yang kita sumbatkan pada adik-adik? Menohmah pula kumpulan lain? Memberitahu apa yang sepatutnya tidak kita beritahu?

                “PERMAI, PERMAI juga. Tetapi PERMAI bukan ada pun di Malaysia.” Satu lagi kumpulan bersuara.

                Itu yang kita longgokkan dalam minda adik-adik yang baru datang?
                Apakah ini? Inikah dia pergerakan dakwah?

                Ana ada membaca dalam blog kumpulan-kumpulan ini, ada yang menulis artikel: “Dakwah kita adalah dakwah Cinta.” Maka apakah itu cinta? Cinta apakah itu dalam menimbulkan kekeliruan dan ketidak fahaman? Cinta apakah itu dalam memburuk-burukkan atau melemah-lemahkan kumpulan yang lain? Yang silap haribulan adik-adik ini kenal pun tidak. Kita pun dia tak kenal. Apatah lagi kumpulan lain. Tup-tup yang kita isi adalah keburukan kumpulan lain? Lebih buruk, dia baru datang ke tempat yang asing dan mengetahui PERMAI adalah yang menaunginya di sini, yang menjaganya di sini, yang menguruskannya di sini, tiba-tiba kita sumbatkan kepada dia bahawa PERMAI ini tidak relevan sebagai platform tarbiyah?

                Apakah ini Cinta wahai sahabat-sahibah, syabab akhawat yang ana kasihi?
                Apakah ini dakwah dan tarbiyah?
                Apakah ini Islam?

Di manakah kesabaran dalam mengajak?

Mengapa teruja menzahirkan kumpulan kita? Mengapa teruja membawa mereka masuk ke dalam kumpulan kita?

Apakah kita tidak boleh memberikan masa kepada mereka? Apakah kita tidak boleh, jika kita berbuat baik kepada mereka tanpa memberitahu kita dari kumpulan mana? Apakah kita tidak boleh belanja mereka makan hanya dengan niat hendak membina jambatan hati dengan mereka?

                Mengapa kita terus terburu-buru?

                “Kumpulan kami diiktiraf ...(menyebut satu nama kumpulan besar lagi berpengaruh). Kumpulan sana tidak.”
                “Kumpulan kami sebenarnya yang ada hubungan dengan ...(menyebut satu nama kumpulan besar lagi berpengaruh). Kumpulan sana tidak.”

                Ini apa? Ini apa? Izinkan ana mengulang tanya, ini adalah apa?
                Di manakah kesabaran di dalam mengajak? Mengapa kita tergesa-gesa? Mengapa gopoh sehingga kelihatan seperti tidak terarah?

                Tidak bolehkah kita berikan masa? Lihat dahulu siapa yang kita ajak? Kenal dahulu siapa yang kita panggil? Perangainya macam mana, latar belakangnya macam mana, kefahamannya macam mana, sebelum kita zahirkan apa yang sepatutnya kita rahsiakan terlebih dahulu? Mengapa tergesa-gesa wahai sahabat-sahibahku? Mengapa tergesa-gesa?

                Mengapa tidak boleh ambil masa? Apa yang antum ingin kejarkan sebenarnya?
                Ke arah mana yang antum hendak pergi membawa mereka ini sehingga tergesa-gesa?

                “Kena cepat, nanti kumpulan lain ambil.”

                Itukah sebabnya? Itukah sebabnya?

                Itukah sebabnya kita buat open house? Itukah sebabnya kita ajak mereka berjaulah? Yang kemudiannya di dalam open house kita, di dalam jaulah kita, di dalam makan-makan kita, kita terus sumbatkan mereka ideologi-ideologi kita sedangkan mereka tidak memahami apa-apa pun.

                Dalam keadaan, antara kita dan mereka, langsung tiada hubungan apa-apa di dalam jiwa sebenarnya. Kita tergesa-gesa hendak menyumbatkan mereka ke dalam kumpulan kita.

                Apakah ini?

“PERMAI hanya beberapa tahun sahaja. Nanti di Malaysia tiada.”

Siapakah yang mengkibarkan ayat ini kepada orang ramai?

Apakah yang antum nampak apabila antum sebut ayat di atas?

                Ya, ana secara jujurnya(minta maaf PERMAI), bersetuju bahawa PERMAI hanya beberapa tahun sahaja di dalam hidup kita. Di Malaysia, memang PERMAI tiada untuk meneruskan tarbiyah kita. Benar dan benar.

                Tetapi tidakkah kita mahu melihat semula perkara ini?

                Biar ana buat satu ayat lain untuk kita semua.

                “PERMAI ini beberapa tahun sahaja. Mengapa porak-perandakan beberapa tahun ini?”

                Ya. Mengapa?

                Kita akan pulang selepas 4 tahun, 5 tahun, 6 tahun. Tetapi PERMAI masih ada di sini. Apakah kita telah lakukan untuk memperkuatkan PERMAI agar terus mampu menjaga, mengurus, mengawal, melindungi pelajar-pelajar melayu di Jordan sepanjang ketiadaan kita nanti?

                Atau beberapa tahun kita di Jordan ini, kita habiskan dengan mencacatkan PERMAI, menghilangkan ‘men power’nya, meruntuhkan institusi-institusi yang dibinanya, dengan sikap dan perangai kita? Kita, beberapa tahun yang kita ada di Jordan ini, mengapa kita perlu isinya dengan meninggalkan sesuatu yang buruk seperti ‘perselisihan faham antara kumpulan-kumpulan’?

                Kalau benar PERMAI hanya beberapa tahun sahaja, mengapa kita tidak boleh bersabar untuk beberapa tahun ini? Mengapa beberapa tahun ini, kita tidak boleh bergerak dengan menghormati PERMAI? Mengapa beberapa tahun yang singkat ini, tidak kita gunakan peluang untuk membina jambatan hati antara kita dengan sebanyak warga PERMAI yang boleh? Membina imej baik kita dengan mereka, merapati mereka dan mendalami mereka, kemudian bila ada peluang di Malaysia, kita ajaklah mereka pergi kepada program-program kita untuk penerusan tarbiyah. Apakah itu sesuatu yang sukar?

                Mengapa mesti kita rosakkan suasana ‘beberapa tahun sahaja’ ini?
                Mengapa kita mesti menimbulkan fitnah terhadap pergerakan dakwah dalam ‘beberapa tahun sahaja’ ini?
                Mengapa kita mesti memburukkan nama kumpulan kita dalam ‘beberapa tahun sahaja’ ini?
                Tidakkah antum melihat?

                Ana bersetuju apabila kita berkata bahawa, PERMAI nanti di Malaysia tiada. Tetapi itu bukan lesen untuk kita seakan-akan mengenepikan PERMAI ‘ketika kita berada di Jordan’. Ana 100% yakin PERMAI tidak marah kita untuk stay dalam kumpulan kita. Ana yakin 100% yang PERMAI suka sekiranya alumni-alumni PERMAI di Malaysia terjaga dengan sisten tarbiyah yang baik.

                Tetapi mengapa di sini medannya kita timbulkan semua ini?

                ‘Beberapa tahun yang singkat’ ini, mengapa kita timbulkan kekeliruan ini semua?

                Dan kemudian, kita hilang daripada ‘beberapa tahun yang singkat’ ini, sedang PERMAI terus kekal di Jordan, dan apa yang kita tinggalkan?

                Kita tinggalkan adik-adik kita, waris-waris kita di sini, untuk meneruskan porak peranda, kekeliruan, fitnah, yang kita buat selama ini, hasil ketidak fahaman kita sebenarnya.

                Bagaimana?

Belajarlah Hidup Di Bawah Khilafah

Apakah peraturan utama apabila daulah islamiyyah terbina?

            Antara peraturan utamanya adalah, kumpulan-kumpulan Islam mestilah dibubarkan dan bersatu di bawah panji khilafah. Proses tarbiyah dan dakwah masyarakat akan terletak di bawah tanggungan Khilafah. Maka kita yang berpotensi, mempunyai idea, mempunyai kelebihan, mempunyai tenaga untuk menyumbang kepada Islam, kita serahkan diri kita di bawah Khilafah.

                Hebat berperang, kita menjadi jeneral untuk Khilafah. Hebat ilmu, kita menjadi guru di bawah naungan Khilafah. Hebat memerintah, kita akan menjadi gabenor di bawah Khilafah. Dan begitulah seterusnya. Semua untuk kemaslahatan daulah. Kita perlu tinggalkan kumpulan-kumpulan kita, dan taat serta wala’ kepada yang satu sahaja.

                Maka tidakkah kita melihat suasana di PERMAI ini adalah masanya untuk kita mempraktiskan hal itu.

                Benar, PERMAI bukan khilafah. PERMAI bukan perfect. PERMAI bukan ada di Malaysia nanti. Tetapi kita sedang berhadapan dengan hakikat bahawa PERMAI ada di Jordan ini. Menaungi SELURUH pelajar melayu di Irbid. Menguruskan SEMUA pelajar melayu di sini.

                Tidakkah kita patut melihat PERMAI sebagai daulah kita di sini?
                Apakah PERMAI mengajak kepada kemungkaran untuk kita tidak patuhi? Tidak.
                Apakah PERMAI memutar belitkan Islam? Tidak.
                Apakah PERMAI mengajak kepada penghapusan sistem ISLam? Tidak.
                Apakah PERMAI mengajak kepada Islam? Ya. Walaupun ada kekurangan-kekuangannya. Dan kekurangan-kekurangan itulah yang kita perlu tampung di bawah bendera PERMAI.

                Bukankah nanti jika kita ada daulah, kita semua kena tinggalkan kumpulan-kumpulan kita? Kita kena bertolak ansur dengan perselisihan faham yang selama ini ada. Sebab daulah telah  terbina, dan daulah lebih besar untuk kita jaga berbanding kumpulan-kumpulan kecil kita.

                Apakah kita ketika daulah terbina, kita masih hendak berkata:

                “Apa fasal kumpulan itu pula kena jadi ketua?”

                Apakah kita hendak berkata:

                “Mana boleh, akulah yang kena memerintah!”

                Apakah begitu?

                Atau kita bertolak ansur, dan tunduk, kemudian menyumbang pula apa potensi yang kita ada untuk kebaikan khilafah, kerajaan Islam kita?

                Maka di PERMAI juga begitu sepatutnya. Bukanlah ana nak kata kita kena bubar kumpulan kita. Yalah, PERMAI tiada di Malaysia. Kumpulan kita,teruskanlah proses tarbiyahnya. Tetapi, sebagai mereka yang beranung di bawah PERMAI, kita sepatutnya membantu dan menghormati PERMAI. Sebab PERMAI adalah khilafah di sini, kerajaan Islam di sini, yang menaungi SELURUH pelajar melayu, yang menguruskan SEMUA pelajar melayu.

                Ini tidak. Kita angkut ramai-ramai pelajar keluar dari Irbid tanpa memberitahu PERMAI.
                Ini tidak. Kita buat program, langgar waktu program PERMAI.
                PERMAI minta tolong kita jadi naqib PINTAR, kita tolak.
                PERMAI minta tolong kita jadi naqib PINTAR, kita terima, tapi buat tak sungguh-sungguh. Sebab? Sebab PERMAI bukan jemaah saya.

                Beginikah syakhsiah kumpulan dakwah? Beginikah orang-orang yang membawa Islam?

                Bagaimana nanti bila daulah tertegak dan yang memegang daulah bukan kumpulan kita? Kita nak jadi apa?
                Pemberontak?

                Kita lupa satu hakikat wahai sahabat-sahibah ana yang berada di dalam kumpulan-kumpulan ini. Apakah hakikat itu?

                Itulah hakikatnya bahawa, PERMAI ADALAH MAD’U KITA JUGA.

Dan apakah dakwah antum ini memang membawa ke arah kebahayaan?
Ada beberapa kumpulan, untuk menunjukkan bahawa ‘dialah yang betul’,  teruja membuat pengakuan bahawa merekalah yang diiktiraf rasmi oleh ...(menyebut satu nama kumpulan besar lagi berpengaruh). Ada pula, yang menayang-nayangkan gambar pemudanya mengikuti progam-program tertentu yang sepatutnya dirahsiakan hubungan kita dengan mereka.

                Kita mendedahkan diri kita, dakwah kita, bahkan masyarakat PERMAI, kepada mukhabarat-mukhabarat. Mereka mula bertanya, menyelidik, apakah benar kita ada hubungan?

                Kita bawa pelajar-pelajar dalam sekumpulan yang besar tanpa kebenaran PERMAI, tanpa pengetahuan PERMAI, mukhabarat-mukhabarat mula menghubungi beberapa kepimpinan PERMAI dan bertanya itu dan ini.

                Apakah ini yang kita mahukan?

                Apakah ke arah ini dakwah kita membawa kita?

                Apa sebenarnya yang kita mahu sebenarnya dengan melalui semua ini? Kalau tak boleh elak tak mengapa. Memang, satu waktu, akan sampai masanya kita perlu meredah jalan penuh liku untuk mengangkat ISLAM.

                Tetapi apakah benar sekarang masanya?

                Atau sebenarnya liku-liku itu kita yang reka?

                Benda boleh elak, sepatutnya kita elak. Kita mahu dakwah kita bergerak lebih panjang. Mengapa kita tidak berusaha menjaganya?

                Akhirnya, PERMAI juga yang susah hendak menangani semua ini. Inikah yang dakwah kita bawa?

Imej dakwah yang tercalar itu...

Ana faham ada pergaduhan dalam kumpulan-kumpulan ini. Jujur cakap, ana bukan orang asing di dalam semua ini. Ana membesar dalam kebanyakan kumpulan. Ibu Bapa ana dari satu kumpulan, ana sekolah di sekolah satu kumpulan, dan ana membesar banyak dengan semua kumpulan. Ada sejarah hitam antara kumpulan-kumpulan ini.

Tetapi malang. Kita seakan-akan menggunakan sejarah hitam itu, kita putar belitkannya, untuk menjadi senjata-senjata kita. Kumpulan ini cerita begini. Kumpulan itu cerita begitu. Semuanya memburukkan kumpulan lain. Kumpulan-kumpulan ini lupa, ada kumpulan yang menyimpan dokumentasi atas apa yang berlaku sebenarnya.

                Bukan itu fokus ana. Fokus ana adalah, kita membawa pula pergaduhan itu ke Jordan.

                Kita semua asalnya tenang-tenang sahaja di Jordan ini. Ana masih ingat betapa damainya tahun satu ana lalui. Tiada isu-isu hangat seperti hari ini. Kita rasa lega kerana kita bukan pelajar Mesir yang kita tahu ada pergaduhan yang teruk antara kumpulan-kumpulan di ana.

                Tetapi tiba-tiba, satu kumpulan bertindak berani, menzahirkan pergerakan dan melakukan itu dan ini seakan-akan dialah satu persatuan rasmi. Itu sahaja sudah menyedihkan. Tetapi tambah menyedihkan, satu lagi kumpulan juga memutuskan bahawa tidak boleh jadi kita biarkan kumpulan itu sahaja naik. Mereka juga turut serta.

                Dan PERMAI yang tersepit di tengah-tengah.

                Macam ana cakap, ana bukan orang asing dalam kumpulan-kumpulan ini. Ana kenal antum. Ana kenal pakcik-makcik antum. Ana kenal ketua-ketua antum. Jadi, ana malu dengan apa yang berlaku. Dia seakan-akan begini nampaknya:

                Ana datang ke rumah orang dengan adik-beradik ana, dan kemudiannya adik-beradik ana buat porak-peranda di rumah itu. Ana sebagai salah seorang ahli keluarga, ana malu. Nama baik keluarga ana tercalar atas sikap adik-beradik ana.

                Ya, itu perasaan ana.

                Sikap kita, perangai kita, keterujaan kita, semua ini mencalarkan apa yang kita bawa. Wahai kumpulan-kumpulan yang menyangka antum tengah memperjuangkan Islam, benarkah perjuangan antum untuk Islam sekarang? Pernahkah antum berhenti sebentar dan melihat dari pandangan orang biasa. Lihatlah apa yang telah berlaku. Jangan sampai ada yang listkan satu persatu.

                Dan kumpulan-kumpulan yang teruja ini, merosakkan pula kumpulan-kumpulan yang memilih untuk tidak menzahirkan pergerakan mereka, yang berhajat untuk membantu PERMAI.

                “Anta dari sekolah mana?”
                “Ana dari sekolah itu(menyebut nama sekolah)”
                “Oh, enta orang kumpulan itu(menyebut nama kumpulan) ya?”

                Mengapa mesti sampai begitu sekali? Diam-diam tak bolehkah? Apakah semua kumpulan sama seperti kumpulan kita nak zahir-zahirkan diri? Akhirnya, kumpulan-kumpulan ini pun tidak selesa bergerak.

                Mereka rilek sahaja ajak makan, bukan nak promosi kumpulan pun, tapi dituduh hendak mengajak kepada kumpulan. Sedangkan mereka berbeza. Bukan macam kita. Tetapi kerana sikap kita, fitnah itu tertumpah juga kepada yang lainnya.

                “Dia dari kumpulan itu(menyebut nama kumpulan), dia dari kumpulan ini(menyebut nama kumpulan).”

                Antum tak ada kerja lain yang lebih bermanfaatkah daripada itu?
                Kadangkala, kita membahaskan hal kumpulan-kumpulan ini, siapa yang lebih baik, siapa yang tidak betul, siapa yang benar jalan dakwahnya, siapa yang diiktiraf, siapa yang tidak diiktiraf, lebih daripada membicarakan fasal akhlak baik, fasal ubudiah kepada Allah.

                Kita ini sebenarnya bawa masalah kita dari Malaysia, kita datangkannya ke mari. Kita tak bawa dakwah sebenarnya. Kita bawa masalah. Kalau benar dakwah, bukan begini sebenarnya. PERMAI tidak akan terasa kalau kita bawa Islam. Masyarakat tidak akan keliru jika yang kita bawa adalah Islam. Semua ini tidak akan terjadi, jika benar kita ini mengajak balik kepada Allah.


Penutup: Marilah Kita Kembali Muhasabah Wahai Saudara-Saudariku

Surat terbuka ini sekadar membuka fikiran. Ana tidak menzahirkan mana-mana nama kumpulan. Sebab pada ana, ana tidak pernah bermasalah dengan kumpulan-kumpulan ini. Tetapi sekarang, apabila masalah terzahir kepada masyarakat yang ana duduk di dalamnya, ana rasa ana perlu berkata sesuatu.

                Ana bukan hendak melorongkan kebencian kepada mana-mana pihak, mana-mana kumpulan. Macam ana cakap, ana anggap kita semua ini adik-beradik. Antum sendiri tahu ana di jalanan dengan antum macam mana(yang lelaki). Kalau ana benci, ana telah lama boikot antum. Telah lama ana gunakan LangitIlahi sebagai medan menghentam antum. Tetapi tidak. Ana masih minum-minum dengan antum, masih berjabat tangan dan senyum kepada antum. Ana masih bertanya khabar kepada antum dan bermesra dengan antum.

                Allah sebagai saksi.

                Tiadalah apa yang ana harapkan daripada surat ini melainkan semua kumpulan muhasabah kembali. Mengapa mesti begini? Untuk apa kita berdakwah sebenarnya? Apakah benar cara kita selama ini?

                Mari, robohkanlah tembok kumpulan-kumpulan ini. Sama-sama kita lihat sebentar. Tidakkah kita melihat telah banyak fitnah dan kerosakan yang telah kita lakukan? Inikah dakwah kita wahai saudara-saudariku?

                Kita hendak mengajak kepada apa sebenarnya?
                Kepada Allah, atau bilangan ahli yang ramai?
                Kepada Islam, atau kepada kumpulan kita?
                Sama-sama kita chek balik.

                Antum dan antunna mulia di hati ana. Ana sayang antum dan antunna. Ana sayang senior-senior ana, ana sayang mereka yang ada dalam batch ana, dan semestinya, ana sayang junior-junior ana. Mengapa kita tidak boleh hidup dalam keadaan harmoni? Bersih dari fitnah ini?

                Ana hulurkan antum surat terbuka ana ini.
                Terpulang kepada antum bagaimana mahu menginterprestasi.
                Allah antara ana dan antum.
                Allah jugalah pembeda yang paling benar di dalam urusan ini.

                Semoga Allah ampunkan ana kalau ada salah silap sepanjang kalam, ana tahu ana bukan sesempurna mana, bukanlah sepakar mana hendak berbicara akan hal ini. Tetapi inilah dia, Hilal Asyraf, pelajar Usuluddin tahun akhir University of Yarmouk, Irbid, Jordan, menyuarakan rasa hatinya, sebatas pengetahuannya.

                Semoga Allah satukan kita semua, dan meredhai kerja-kerja kita.
                Wassalam.

~ Hilal Asyraf
http://langitilahi.com
Pelajar Usuluddin,
University of Yarmouk,
Tahun Akhir,
1526
300911

Sunday, August 14, 2011

It's Something To Share

Life doesn't resolve just around our daily routine. It's obviously far more than that. In life everyone has their own goal, I mean what they really want to achieve in their life. It's simply their needs and wants, but in this case it's their "wants" such as entertaiments, jewelleries, position in a company and bla bla bla...It's "material-like"...

Friday, August 12, 2011

Masalahnya...




Hari ini ada kisah yang ingin aku kongsikan. Kisah silaturahim dan hubungan sesama saudara seIslam dan saudara pertalian darah serta saudara kejiranan. Kisah ini kisah yg benar menceritakan lenggok ragam manusia di dunia yang nyata. Baiklah tanpa membuang masa bacaan dan masa perhatian, akan kumulakan ceritanya.

Aku mempunyai ramai jiran. Jiranku 40 buah rumah yg terdekat disekeliling rumahku. Ramai sekali sehinggakan aku tidak kisah untuk mahu mengiranya. Dalam ramainya jiran ini tidak semuanya kukenali kerana barangkali masing-masing mempunyai perihal hidup sendiri dan jarang mempunyai peluang untuk berjumpa. Namun, ada jiran yg begitu aku kenali, jiran yg begitu dekat sekali, sangat dekat sehinggakan keluar rumah sahaja pasti ketemu kelibat-kelibat jiranku ini. Sebenarnya jiran yg kumaksudkan adalah jiran di sebelah rumahku. Jiran yang mempunyai anak-anak yg hampir sebayaku dan lebih tua lagi umurnya. 3 lelaki dan 3 perempuan. Kehidupan mereka ceria dan mewah walaupun tidak semewah seorang jutawan. Padaku mereka memiliki hampir segala-galanya jika dibandingkan dengan aku dan keluargaku yg hanya hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang kerana tidak pernah mempunyai wang atau harta simpanan buat dibelanja jika ditimpa sebarang kesusahan. Kendatipun begitu, kemewahan itu barangkali telah sedikit demi sedikit menghakis rasa sayang dan perikemanusian dalam hati-hati mereka iaitu jiranku ini. Kenapa aku berkata begini? Jawapannya mudah, kerana perihal perbuatan jahat dan dengki khianat yg mereka lakukan terhadap ayahku, ibuku, abangku, aku dan adikku. Pendek kata semuanya. 

Perbuatan jahat dan dengki khianat yang aku maksudkan adalah perbuatan menyekat jalan, memukul, meludah, sambungan paip haram, memfitnah, berbohong dan mencarut serta yg terbaru menduplicate gambar di laman Facebook. Akan aku perincikan satu persatu setiap perbuatan jahat mereka dan diharap entri ini akan dan bakal memberi keinsafan, iktibar dan rasa bersyukur terhadap mereka di luar sana tentang ujian dan cubaan yg mereka alami. Andai kata mereka mengatakan hidup mereka susah dan derita, hidupku tidak ada kurangnya namun aku masih mampu tersenyum pada illahi kerana yg pasti ada hikmah yg cuba disampaikan ^^.

Menyekat Jalan
Jalan untuk keluar ke rumah disekat. Cerita nie mostly happen mse ak kat asrama Kolej MARA Banting. That's why I can't do much bout it when it happened. Seterusnya, hmm, akak aku keje tiap2 pagi dan tiap2 pagi tulah ade jer kete kat tengah jalan nie menyempitkan jalan yg dah sememangnya sempit. To make it worse, ade satu hari tu diletakkan kete kat tengah jalan pastu dibukanya pintu kereta dan dibiarkan mcm tu jer...So, camnerlah kakak ak nak lalu nak pegi keje kan...Cube perhati betul2 gambar yg aku bagi and imagine pintu kereta terbukak. Mesti korang pun panas kan...dahla tiap2 hari disempitkan jalan hari nie ditutupnya jalan pulak...Well, every patience has it's own limit. Ops, sebelum terlupa, kasut2 tu kadang2 bersepah sana sini kat atas jalan mcm dlam gambar tu (tu baru sikit)...Buktinya gambar sila lihat di bawah:



Memukul  
Peristiwa ini berlaku sebelum Ramadan menjelma beberapa tahun yg lepas. Peristiwa yg membuatkan bapaku tidak lagi mengambil laluan di hadapan rumah, sebaliknya mengambil laluan semak samun dan hutan dibelakang rumah untuk ke tempat kerjanya. Semuanya gara-gara dia dipukul oleh anak jiran sebelah rumahku ini. Bapaku dipukul kerana cuba membuang kayu besar yang diletakkan ditengah jalan berhari-hari oleh jiran sebelah rumahku ini tanpa apa-apa sebab dan alasan. Barangkali hiasan di luar rumah...Entahlah, manusia ini memang pelik. Dan cerita ini tidak habis di sini. Sampai mana? Sampailah ketelinga Tok Imam kampung. Dan apabila berita ini sampai ke telinga beliau@Tok Imam, maka "edited versionlah" yg disampaikan jiran sebelah rumahku ini. Katanya (jiranku) "yg memukul bapaku bukanlah anaknya akan tetapi bapanya." Apakah? Pada hematku tindakannya adalah untuk menjaga dan membela anaknya yg kurang ajar itu supaya tidak busuk dan diketahui oleh orang-orang disekeliling. Cerita "edited version" ini disampaikan pada bulan Ramadan Al Mubarak, bulan yg diberkati. Hanya Allah Maha Pembalas kejahatan mereka@jiran sebelah rumahku di bulan ramadan itu. Aku tidak terkata dan senyap.

Tidak tamat lagi, masih di bawah ruangan memukul. Kakakku seorang wanita juga telah dipukul dan ditolak jatuh ke dalam parit di hadapan rumahku. Mereka yg melakukan ini tidak lain dan tidak bukan...jiran disebelah rumahku lagi. Kali ini oleh kedua-dua orang anak lelakinya. Kes pemukulan ini berlaku berasingan dan report polis telah dibuat dan amaran telah diberikan. Kemudian senyap. Dengan polis jangan buat hal...he3...Sebelum terlupa ada satu hal lucu yang berlaku semasa disoal siasat polis: Yang pertama dia@jiran sebelah rumah mendakwa rumahnya dibina dahulu di tanah ini berbanding rumah kami sedangkan hal yg sebenarnya adalah sebaliknya. Yang kedua dia@jiran sebelah rumah (anak lelaki) mendakwa bekerja sebagai Pegawai EON sedangkan pekerjaan sebenarnya adalah sebagai Mat Despatch. Hahaha...Ini serius LOL 

Meludah
Yang ini sudah lali. Anaknya yg perempuan dan lelaki kedua-duanya suka melakukannya. Barangkali pada mereka tidak ada Hari Pembalasan dan disebabkan itu mereka melakukan seenaknya. Manusia ini memang pelbagai ragamnya. Aku tidak terkata dan senyap.

Sambungan Paip Haram
Yang ni satu lagi hal. Ada ke patut die buat sambungan paip haram pegi ke rumah die. Macam mane aku tau sambungan paip rumah depa sambungan haram? Sebabnyer pak cik Syarikat Air Johor (SAJ) yg bagitau mse die tengah bace meter air. Die cakap paip rumah sebelah nie sambungan paip air die diambil daripada batang paip rumah aku dan lebih memburukkan keadaan, sambungan tu dibuat melepasi meter air rumah aku. Jadi setiap air yg die gune tu akan melalui meter air rumah aku dulu pastu baru pegi rumah die. So, "double charge" la... Solusinyer, kiteorng pindahkan meter air kiteorng tu supaya lebih dekat dengan rumah kiteorng dan tidak lagi dibypass sambungannyer oleh rumah sebelah. Serius LOL.


Memfitnah
Ini adalah antara yg paling teruk sekali kerana aku jua yg selama ini senyap dan diam kerana tidak mampu berbuat apa-apa juga difitnah. Duniawi...Duniawi...Kau telah mengecewakan aku!!! Aku difitnah dengan dikatakan sebagai seorang yg berpelajaran tinggi akan tetapi buruk akhlaknya. Apa yg buruk aku pun tak tahulah...Barangkali sikap aku yg tidak begitu membela itu yg dikatakan sebagai "buruk akhlaknya." Aku terdiam dan kaku. Ya Allah, dugaan apakah ini T_T...Cerita fitnah ini tidak berakhir di sini, kakakku turut terpalit sama. Dia difitnah pada hari perkahwinannya. Kata emak jiranku " Kakakku berkahwin kerana terpaksa setelah mengandungkan anak luar nikah bersama suami yg bakal dikahwininya pada hari itu." Akibatnya, sebiji penampar hinggap di pipi beliau@mak jiranku ini. Bukan aku yg tampar...Aku hanya diam dan tak tahu. (Actually, time nie aku ada kat Ireland tengah jwb important Quiz di RCSI. So, sbb tu ak xtahu). Fitnah lain aku tidak tahu, barangkali ada barangkali tidak tetapi aku tidak menolak sebarang kemungkinan apabila berhadapan dengan mereka-mereka seperti jiranku ini.

Berbohong
Berbohong? Hanya ulangan kepada beberapa ayat dari entri di atas tentang berbohong kepada Tok Imam di bulan Ramadan.

"Dan apabila berita ini sampai ke telinga beliau, maka "edited versionlah" yg disampaikan jiran sebelah rumahku ini. Katanya (jiranku) "yg memukul bapaku bukanlah anaknya akan tetapi bapanya." Apakah? Pada hematku tindakannya adalah untuk menjaga dan membela anaknya yg kurang ajar itu supaya tidak busuk dan diketahui oleh orang-orang disekeliling. Cerita "edited version" ini disampaikan pada bulan Ramadan Al Mubarak, bulan yg diberkati. Hanya Allah Maha Pembalas kejahatan mereka@jiran sebelah rumahku di bulan ramadan itu."

Mencarut
Dah amalan bese dah nie, time gaduh2 mencarut la dua2 belah pihak, but certainly not me.

Menduplicate Gambar Di Laman Facebook
Gambar sape la pulak? It's my sister picture. I'll upload some screenshot as a significant evident for you.







Banyak lagi rasanya perbuatan pelik manusia ini, namun begitu hanya ini sahaja yg dimuatkan dalam entri ini.


Analisis sebab dan punca kepada perbuatan jahat dan dengki khianat ini

Setelah mengkaji dengan teliti dan mendalam didapati punca utama kepada permasalahan ini adalah CEMBURU. Cemburu melihat kejayaan saudaranya sendiri terutamanya dalam bidang pendidikan. Saya terbocorkan rahsia, sebenarnya jiran saya ini adalah saudara rapat kami sekeluarga kerana mempunyai pertalian di kedua-dua bahagian keluarga. Ibunya adalah adik beradik dengan bapa saya manakala suaminya adalah bau-bau bacang dengan keluarga sebelah ibu saya. So, harap tidak terkejut, kerana telah saya nyatakan sebelum ini " manusia ini memang pelik."

Disambungkan cerita, saya mencapai solusi ini kerana jika dikaji keseluruhan adik beradik belah ayah saya, tiada satupun anak mereka yg berjaya menjejakkan kaki ke universiti. Paling tinggi pendidikan mereka adalah pada peringkat sijil.

Ada juga sebab lain yg terlintas di fikiran saya dan sebabnya adalah GENETIK!!! Selidiki siapa ayah dan ibunya sama ada mereka pernah mempunyai rekod jenayah atau tidak. Hasilnya ya.  

Sejujurnya pada saya apalah sangat nak dibezakan dan dicemburukan sampai ke tahap dengki jika yg dicemburukan itu adalah pendidikan dan ilmu. Ilmu itu adalah anugerah dari Illahi. Barangkali saya pandai dalam bidang ini akan tetapi tidak pandai dalam bidang itu. Bagi mereka pula, barangkali pandai dalam bidang itu, tetapi tidak pandai dalam bidang ini. Fair and Square!!! Entahlah...Kini saya hanya berdoa dan berharap kepada Yang Maha Esa semoga ditunjukkan dan ditegakkan kebenaran dengan nyata. Berilah pengadilan yg benar kepada kami. Berikan juga hidayah dan petunjuk yg benar kepada kami semua supaya kami mendapatkan kejayaan yg terbaik di dunia dan diakhirat. Amin...



Monday, August 1, 2011

Intuisi Buruk Tentang Seseorang


Masalah
Sebagai manusia yg tidak pernah sempurna, seringkali kita melakukan kesilapan sama ada secara sengaja atau tidak. Dan setiap kesilapan yang dilakukan pasti ada hikmahnya iaitu sebagai pengajaran dan pengalaman supaya ianya dapat dihindari pada masa akan datang, InsyaAllah. ^_^

Entri pada kali ini akan membicarakan salah satu daripada masalah kegelisahan hati kita iaitu "sangkaan-sangkaan buruk terhadap seseorang yg datangnya daripada intuisi diri sendiri." Saya yakin dan percaya bahawa setiap dari kita mempunyai intuisi atau naluri yang menilai sama ada seseorang individu itu baik ataupun jahat. Penilaian atau sangkaan ini adalah berdasarkan suara hati kita sendiri dan kita akan mula mempercayainya apabila ternyata benar sangkaan-sangkaan sebelum ini. Selanjutnya, bermulalah episod bersangka-sangka walaupun kita belum mengenali sepenuhnya individu yang kita baharu sahaja kenal itu.

Sememangnya kita sebagai manusia tidak dapat lari dari semua ini...kerana kita bukan robot yang boleh diprogram fungsinya agar tidak melakukan kesilapan dalam jangka hayatnya.   


Solusi
Kebiasaanya, kebolehan utk menilai seseorang itu biasanya kita peroleh melalui pemerhatian terhadap tindakan dan perilakunya sama ada baik atau buruk. Jika buruk, maka buruklah sangkaannya dan jika baik, maka baiklah sangkaannya. Jadi solusi mudah dalam mengelakkan sangkaan pada peringkat awal ini adalah dengan bertanya dan meminta penjelasan kepada individu tersebut atas tindakan dan perilakunya yang dirasakan salah.

Namun, andai semua kelakuan individu tersebut baik dan tiada yg mencurigakan, akan tetapi kita merasakan dia tetap tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan, itu barangkali adalah bisikan syaitan yg mahu kita bersangka buruk terhadap seseorang. Atau barangkali juga kita mempunyai perasaan cemburu terhadap individu tersebut. Justeru, tepuk dada, tanyalah hati. ^_^

Sebagai tambahan, saya sarankan juga bahawa andai kata terdetik anggapan buruk terhadap orang lain, beristigfarlah banyak-banyak. Andai kata terdetik anggapan baik pula, Alhamdulillah.

Akhir kata, selalulah berdoa kepada Yang Esa supaya dijauhkan daripada sangkaan-sangkaan buruk dan jika benar sangkaan itu, jelaskanlah buktinya di mata anda supaya tidak ada keraguan atau perasaan bersangka-sangka lagi. ^_^