Sunday, July 17, 2011

Report Ceramah Kepentingan Pendidikan

Report Ceramah Kepentingan Pendidikan

(En Mahat yg berbaju putih^^)

Pada hari Ahad bertarikh 10 Julai 2011 bertempat di Kg. Sungai Berua, Kuala Berang, Terengganu telah diadakan ceramah Kepentingan Pendidikan untuk Orang Asli di kampong tersebut.  Ceramah Kepentingan pendidikan ini yang berlangsung selama lebih kurang 2 jam merupakan sebahagian daripada aktiviti-aktiviti dalam Program Jalinan Bakti Terengganu 2011 (JBT 2011) yang dianjurkan Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM). Ceramah Kepentingan Pendidikan  ini diadakan bertujuan untuk memberi anjakan paradigma dalam pemikiran Orang Asli di Kg. Sg. Berua tentang betapa pentingnya pendidikan untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan ini. Selain itu, ceramah ini juga diharap dapat memberi motivasi kepada ibu bapa Orang Asli supaya mereka berusaha untuk memberi perhatian yang tinggi terhadap pendidikan untuk anak-anak mereka.
Untuk itu, pihak JBT 2011 telah menjemput seorang penceramah yang berkaliber, berketrampilan dan berjaya. Bagi meyakinkan penduduk kampung, penceramah yang dipilih ini juga adalah Orang Asli seperti mereka, bezanya beliau adalah antara Orang Asli yang Berjaya dalam pendidikan. Nama beliau adalah Ir. Mahat a/l Mat Dong dan berasal dari Kampung Bukit Bangkong, sebuah perkampungan Orang Asli suku kaum Jakun di Sungai Lembing, Pahang. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan kini menyandang jawatan Penolong Pengarah Kanan di Unit Pelaksanaan Projek Persekutuan Pahang, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS). Pada Ogos 2009, beliau telah dinobatkan sebagai Ikon Orang Asli 2009, anugerah yang julung kali diwujudkan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia (JHEOA) sempena Karnival Keusahawanan dan Kebudayaan Orang Asli di atas kejayaan beliau dalam pendidikan dan kerjaya serta sumbangan terhadap Orang Asli di Malaysia.
Sebagai tambahan, perubahan mindset Orang Asli terhadap pendidikan ke arah sesuatu yang lebih baik adalah suatu bonus besar yang diharapkan. Hal ini adalah kerana :

“melalui pendidikanlah segalanya bakal berubah.” Sekadar memetik kata-kata hikmah dari penceramah Ir. Mahat.

Justeru, melalui JBT 2011, diharap ceramah pendidikan ini berjaya dalam mencapai objektifnya seperti yang telah dinyatakan. InsyaAllah^^
Sekian.  

Zexter Corporation


Itulah nama syarikat yang ingin dan bakal ditubuhkan oleh insan kerdil tetapi berjiwa besar ini. Syarikat ini pada asalnya dirancang untuk berfokus kepada bisnes dalam bidang perubatan, farmasi dan yg sewaktu dengannya. Penubuhannya pula masih belum didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerana masih kekurangan sumber seperti modal dan tenaga manusia. Namun begitu, ini tidak bermaksud syarikat ini akan terkubur begitu sahaja dan akan kekal hanya sebagai angan-angan. Oleh itu, pada saat ini syarikat angan-angan ini, InsyaAllah akan mula beroperasi dengan berfokus kepada apa-apa sahaja bidang asalkan halal dan mendatangkan keuntungan. InsyaAllah.

Disebabkan itu, saya sebagai Chief Executive Officer (CEO) syarikat, dengan ini memutuskan untuk membuka bisnes jualan merchandise iluvislam. Bisnes jualan merchandise iluvislam ini masih di peringkat awal dan berada pada tahap perancangan lagi. Namun begitu, saya sudah menghantar plan perancangan perniagaan ke iluvislam dan sedang menanti balasan mesej daripada mereka. InsyaAllah segala-galanya akan berjalan dengan lancar dan baik. Diharap dan didoa begitulah. ^^

Sekiranya segalanya berjalan dengan lancar barangan merchandises yg akan dijual adalah seperti di bawah:

 Dan....


Doakanlah agar segala-galanya berjalan dengan lancar. ^^ 

 (PS: Harga masih belum ditetapkan lagi, almaklumlah masih diperingkat perancangan lagi, tapi klu ada cadangan, amatlah dialu-alukan ^^)

Sunday, July 3, 2011

Manusia Ini Memang Pelik ?>,<:@"

"...Every mammal on this planet instinctively develops a natural equilibrium with the surrounding environment but you humans do not. You move to an area and you multiply and multiply until every natural resource is consumed and the only way you can survive is to spread to another area. There is another organism on this planet that follows the same pattern. Do you know what it is? A virus. Human beings are a disease, a cancer of this planet..." Agent Smith  

Manusia ini memang PELIK!!! Kenapa? Simple, sebab mereka sanggup melakukan perkara-perkara yang pelik demi memuaskan hati mereka. Dalam hidup sesetengah manusia, segala perkara amal maaruf yang disuruh oleh Allah seperti menegakkan kebenaran, keadilan, kejujuran, kesopanan, dan segala ajaran-ajaran baik begitu mudah dilupakan dan diketepikan begitu sahaja. Sebaliknya segala perkara yang ditegah dan dihalang agama seperti memfitnah, menipu, mengumpat,dengki, sihir dan lain-lain yg sewaktu dengannya begitu mudah diamalkan dan dilakukan tanpa ada perasaan takut atau gentar kepada Yang Maha Esa. 

Memang pelik apabila ada pihak yang sudah memiliki hampir segala-galanya tapi masih mempunyai perasaan cemburu terhadap kejayaan atau sesuatu yang pihak lain miliki tetapi tidak dimilikinya. Dan perasaan cemburu ini apabila terlalu diikutkan ianya akan menyebabkan individu tersebut menjadi BUTA HATI dan TIDAK RASIONAL. Buta Hati iaitu tidak dapat menerima pengajaran; zalim dan kejam. Tidak rasional pula, tidak dapat membezakan baik dan buruk sesuatu tindakan dan kelakuannya. 

Lebih pelik lagi apabila mereka adalah saudara mara, kenalan rapat dan yg sewaktu dengannya yang kita percaya dan tidak sangka rupa-rupanya merekalah dalang dan punca kepada pelbagai masalah (fitnah, cercaan, umpatan, sihir dan sbg) yang kita hadapi. OH PELIK...Manusia memang pelik. Apabila terlalu ikutkan nafsu dan cemburu, Tuhan dilupakan, syaitan laknatullah jadi ikutan. Nauzubillah. 

Nilai dan Pengajaran  Diambil Dari : Click Here 

Hasad dengki menyebabkan seseorang boleh bertindak tanpa rasional yang boleh menyebabkan penyesalan yang tiada kesudahan. Hasad dengki juga mendorong seseorang untuk melakukan perkara-perkara yang sesat. Telah dinyatakan bahawa;

“Sesungguhnya orang yang pertama kali berbuat dengki di langit ialah iblis terkutuk, maka berlanjutanlah sifat dengki itu seperti yang ada. Dan orang yang pertama kali melakukan dengki di dunia ialah Qabil pada saat dia berhasad dengki terhadap saudara kandungnya yakni Habil, maka berlanjutanlah sifat dengki seperti yang ada. Maka cukuplah perbuatan keduanya itu sebagai nasihat dan pengajaran bagi mereka yang berfikir.”

Rasulullah s.a.w. bersabda;

Yang bermaksud: “Sesungguhnya pada nikmat Allah ta’ala itu terdapat musuh-musuh. Baginda ditanya: “Siapakah musuh-musuh itu ya Rasulullah? Baginda menjawab, Mereka ialah orang-orang yang berhasad dengki terhadap orang lain atas anugerah yang diberikan oleh Allah.”

Perasaan buruk ini boleh wujud di dalam hati manusia disebabkan manusia itu mempunyai rasa permusuhan dan kebencian. Dalam erti kata yang lain, dia tidak merasa bahawa berbaik-baik sesama manusia dan sayang-menyayang dengan saudara seislam adalah keperluan bagi kekuatan umah, yang menyumbang rasa bahagia bagi jiwa seorang muslim. Orang yang berada dalam lingkungan ini sudah pasti tidak gemar untuk menyumbang kebajikan kepada orang lain ataupun mendengar kebahagiaan yang dimiliki oleh saudaranya (seislam).

Hasad dengki juga lahir disebabkan merasa dirinya berada dalam kedudukan yang lebih tinggi dan mulia berbanding orang lain. Apabila dia melihat keadaan orang lain yang mempunyai kebaikan atau kelebihan yang tidak dimilikinya, dia menjadi rasa tercabar. Perasaan tersebutlah yang dinyatakan sebagai dengki.

Orang yang mudah merasa iri hati terhadap orang lain biasanya amat menyukai kedudukan sebagai pemimpin atau ketua. Dia tidak mahu ada orang lain yang dapat menyainginya. Orang-orang sebegini sudah pasti tidak merasa senang apabila melihat ada orang yang lebih berwibawa dan berpengaruh daripadanya.

Sebagaimana kisah Habil dan Qabil tadi, hasad dengki merupakan sifat yang boleh memberikan kesan buruk kepada diri pengamalnya. Sekurang-kurangnya terdapat lapan kesan buruk yang boleh timbul akibat dari sifat dengki ini;

1) Sifat dengki mengakibatkan terhapusnya amalan baik yang pernah dilakukan oleh seseorang. Apabila seorang muslim melakukan kebaikan, dia akan beroleh pahala. Malangnya, apabila dia mempunyai sifat dengki terhadap orang lain, amalan-amalan kebaikan yang pernah dilakukannya akan terhapus disebabkan perasaan dengki tersebut.

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Jauhilah olehmu sekalian akan sifat dengki, kerana sesungguhnya dengki itu menghapuskan kebaikan, sebagaimana api menghanguskan kayu bakar.” Yakni, boleh menyebabkan kufur.

2) Perasaan dengki mendorong diri seseorang untuk membuat kemungkaran dan penderhakaan terhadap Allah dalam bentuk yang lain. Apabila hasad dengki telah bersarang di dalam dada seseorang, maka dia akan meluahkan perasaan itu dalam bentuk umpatan (ghibah), berkata bohong, mencaci dan memburuk-burukkan seseorang. Dengan harapan kelebihan atau kebaikan pada orang yang didengkinya itu akan hilang.

Dari Dhamrah bin Tha’labah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang bermaksud: “Manusia itu adalah baik selama mana mereka tidak saling dengki-mendengki.”

3) Sifat dengki akan menyebabkan seseorang itu kehilangan syarat untuk menerima syafa’at pada hari kiamat.

Syafa’at adalah suatu anugerah yang tidak ternilai harganya bagi seseorang yang menerimanya ketika Hari Akhirat. Ini kerana, seseorang yang menerima syafa’at diberi izin untuknya membantu orang-orang lain yang mengalami pelbagai kesusahan dan azab ketika hari perhitungan. Jadi, tentulah amat malang bagi mereka yang mempunyai perasaan hasad dengki dan iri hati ketika hidup kerana perasaan ini berupaya menjadi penghalang yang amat besar baginya untuk menerima manfaat syafa’at pada hari akhirat yang boleh memudahkannya untuk menempuh pelbagai rintangan dan azab pada hari dia dihisab. Sebuah hadis Rasulullah s.a.w. dari Abdullah bin Basyar, Rasulullah bersabda:

Yang bermaksud: “Tidak termasuk golonganku si pendengki, orang mengadu domba, orang yang mempunyai ilmu menilik dan akupun tidak dari golongannya.”

Kemudian baginda membaca ayat al-Qur’an:

Yang maksudnya berbunyi: “Orang-orang yang menyakiti hati orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan di atas perkara yang tidak dilakukan, maka sesungguhnya mereka itu telah melakukan dusta dan dosa yang nyata.”

4) Oleh sebab dengki merupakan sifat yang menempah dosa, maka tentulah ia akan menyebabkan pengamalnya akan humbankan ke dalam neraka sekiranya dia tidak bertaubat. Rasulullah s.a.w. bersabda yang antara lain bermaksud;

“Rasulullah telah ditanya mengenai enam golongan yang akan ditempatkan ke dalam neraka. Rasulullah menjawab., Enam golongan orang yang akan dimasukkan ke dalam neraka ialah, pemerintah yang menganiaya, orang Arab dengan sifatnya yang fanatik, penjajah dengan keangkuhan mereka, usahawan dengan perbuatan khianat, orang kampung dengan kebodohan mereka dan para ulama dengan sifat dengki mereka.”

5) Sifat dengki juga akan menyebabkan seseorang itu boleh melakukan perkara yang boleh memudaratkan orang lain. Contoh yang paling mudah adalah dengan melihat kisah Habil dan Qabil pada awal perbincangan tadi. Hasad dengki dan dendam kesumat yang wujud dalam perasaan Qabil telah menyebabkan kematian Habil. Di dalam hal ini, Habil telah menerima kemudaratan yang amat dahsyat disebabkan rasa hasad abang kandungnya sendiri. Apabila seseorang telah melakukan kemudaratan kepada orang lain, tentulah kesan buruknya akan pulang semula kepada dirinya. Selain itu, pengajaran lain yang boleh didapati di sini, kita seharusnya memohon perlindungan dari kejahatan orang yang berhasad dengki. Di dalam hal ini Allah s.w.t. telah menyentuh perkara ini dalam firmannya yang bermaksud;

“…dan dari kejahatan orang yang mendengki.”

6) Memiliki hasad dengki akan hanya menyebabkan kesusahan dan kesulitan kepada pemiliknya. Orang yang memiliki sifat ini tidak pernah merasa selesa dengan keadaan dirinya sendiri. Tidak ada ketenangan dalam dirinya kerana hanya memikirkan kelebihan dan kebaikan orang-orang yang berada di sekelilingnya dan merasakan dirinya juga wajar untuk memiliki kelebihan tersebut.

7) Hasad dengki yang berada di dalam hatinya akan menghalang pintu hatinya daripada memahami secara sebenarnya tentang ilmu-ilmu agama dan perkara-perkara mengenai hukum hakam. Hatinya akan menjadi gelap dan sesungguhnya orang-orang ini akan berada dalam kerugian. Ini kerana orang lain dapat memahami dengan mudah mengenai ilmu-ilmu agama, dan kesannya perhubungannya di antara hamba dengan Pencipta akan menjadi semakin dekat berbanding dengan orang yang mempunyai hasad dengki. Oleh sebab tidak ada keinsafan dalam dirinya, maka perhubungannya dengan Allah s.w.t. menjadi semakin jauh. Kata Sufyan dalam hal ini;

“Jangan engkau menjadi orang yang dengki lagi mudah membuat kesimpulan.”

Orang yang mempunyai hasad dengki akan sentiasa terhalang dari mendapat kebaikan dan keuntungan, bahkan dia menguntungkan musuh-musuhnya.Ini kerana, orang-orang yang mempunyai rasa dengki lazimnya akan merasa iri hati pada orang-orang yang baik, yang sewajarnya menjadi orang yang dikasihinya sebagai saudara seagama. Walaupun demikian, disebabkan sikapnya yang buruk itu, musuh-musuh orang yang didengkinya itu akan lebih beruntung. Tugas musuh-musuh ini akan menjadi lebih mudah untuk menjatuh atau memusnahkan orang yang mempunyai kebaikan dan kelebihan tersebut.

Selain itu, sebagaimana yang telah dinyatakan tadi, sikap ini akan merugikan orang yang berhasad dengki. Oleh sebab dia telah menjauhkan dirinya dari orang-orang yang didengkinya dan pada masa yang sama dia juga tidak mendapat manfaat daripada musuh-musuh orang yang didengkinya. Maka, dia sebenarnya telah meminggirkan dirinya dari semua orang. Keadaan ini sesuai dengan satu kata-kata hikmat yang mengatakan;

“Orang yang berhasad itu tidak akan menuai hasil keuntungan.”

Jika dilihat kepada akibat yang bakal diterima oleh mereka yang mempunyai perasaan ini, maka kerugian yang perlu ditanggung amat besar nilainya. Jadi, tentulah amat malang bagi mereka yang tidak melakukan apa-apa untuk menahan daripada perasaan ini wujud. Islam memberi panduan dan pedoman bagi mereka yang mahu menyelamatkan diri dari belenggu dosa ini.

Ilmu dan takwa adalah senjata sebenar yang dapat melawan perasaan yang boleh menjahanamkan manusia ini. Ilmu yang dimiliki oleh manusia dapat memberi amaran tentang akibat-akibat yang bakal diterima sekiranya perasaan ini diamalkan. Peminggiran dari aspek sosial sebenarnya adalah kerugian yang amat besar bagi seseorang manusia yang ingin diterima masyarakat. Melalui ilmu juga, seseorang manusia akan berusaha untuk mencapai darjah ketakwaan.

Ketakwaan seorang hamba pula akan menjadikan seseorang manusia itu menginsafi akan kewujudannya di bumi ini. Di dunia ini, sebagai seorang khalifah dia diperintahkan untuk memakmurkan muka bumi ini, menyayangi sesama umat Islam, berlaku adil, membuat kebaikan dan meninggalkan segala keburukan dan kejahatan. Dia akan sanggup melakukan apa sahaja yang diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah. Dia meyakini bahawa sebaik-baik umat manusia adalah yang paling bertakwa kepada Allah.

Kesimpulannya, hasad dengki hanya akan menyebabkan kerugian kepada orang yang memilikinya dan kepada agama Islam sendiri. Bagi individu yang memilikinya, dia akan terpinggir dari hidup bermasyarakat, mempunyai perasaan yang sentiasa tidak aman dan akan menyebabkannya melakukan perkara-perkara yang lebih keji. Apabila dia berada di akhirat, akan menanggung kerugian yang lebih besar, tidak tertanggung dan menempah penyesalan yang tidak terkira kerana tidak layak untuk menerima dan mendapat syafa’at dan tidak ditempatkan dalam tempat yang penuh kebaikan, kemewahan dan keberkataan, yakni syurga. Walaupun kerugian itu ditanggung secara personal oleh pengamalnya, akan tetapi ia juga memberi kesan yang tidak baik kepada ukhuwwah islamiyyah. Umat Islam akan menjadi tidak bersatu dan tidak akan menjadi sebuah umat yang kuat sekiranya sifat ini diamalkan oleh orang-orang Islam. Akhirnya, umat Islam secara keseluruhannya yang akan rugi.

Walaupun demikian, sebenarnya terdapat sedikit ruang atau keringanan dalam perkara dengki. Sebenarnya, tidaklah jatuh haram atau berdosa sekiranya seseorang itu merasa iri hati apabila memandang kelebihan dan kebaikan yang dimiliki oleh orang lain tanpa harapan atau cita-cita untuk melihat kelebihan tersebut hilang dan lenyap dari pemiliknya.

Mudah-mudahan kita sama-sama dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada perbincangan ini. 


Friday, July 1, 2011

Antara "Motivasi" dan "Motibasi"...

"Reputation is what men and women think of us; character is what God and angels know of us."
Thomas Paine



Motivasi

"Motivasi adalah keinginan yg keras atau semangat yg kuat pd diri seseorang yg mendorongnya utk berusaha atau melakukan sesuatu dgn tujuan utk mencapai kejayaan" Kamus Dewan Edisi Empat.

Perkataan yg acap kali kita dengar sejak dari sekolah rendah sehingga sekolah menegah dan berterusan ke kolej dan zaman universiti (InsyaAllah zaman pekerjaan dan pencen bagi penulis). Hmmm...Mengapa perkataan MOTIVASI ini diulang2 dan ditegaskan sepanjang usia kita? Sudah pasti kerana ada sesuatu yg penting yg cuba disampaikan di situ. Anda tahu? Pada saya jawapannya ada pada makna motivasi itu sendiri:

"...keinginan yg keras atau semangat yg kuat pd diri seseorang yg mendorongnya utk berusaha atau melakukan sesuatu dgn tujuan utk mencapai kejayaan." Kamus Dewan.

"...Keinginan yg keras atau semangat yg kuat yg mendorongnya untuk mencapai KEJAYAAN". The end point of everything is SUCCESS, EXCEL, GLORY or whatever you want to call it. Yes! That's it!!! That's what we want!!! InsyaAllah. Namun, jangan dilupa dan tidak diambil kisah tentang ERTI KEJAYAAN BAGI ANDA. Hmmm, APA ERTI KEJAYAAN BAGI ANDA ? Berjaya menjadi individu TERKAYA, individu TERSOHOR atau mungkin individu TERPANDAI. Sejujurnya, tidak kisahlah yg manapun menjadi pilihan hati asalkan akhirat menjadi sebahagian daripada KEJAYAAN tersebut kerana kejayaan yg sebenarnya adalah apabila kita sebagai hamba Allah termasuk dalam golongan yg mendapat rahmat Allah untuk ke syurga. InsyaAllah.


Motibasi

Motibasi??? Definisinya??? Motibasi adalah perkataan ciptaan penulis yang merujuk kepada motivasi yang dianggap sebagai sudah basi/bosan/membosankan oleh sesetengah individu. Motivasi menjadi basi??? Bagaimana ini boleh terjadi? Hal ini mungkin terjadi disebabkan oleh beberapa perkara seperti:

1). Diri merasa sudah cukup bersemangat dan juga cukup ilmu di dada sehingga merasakan motivasi yang diberikan tidak mampu memberi apa-apa kesan baik kepadanya ibarat mencurah air ke botol yang penuh. Maka tidak bertambah atau berkurang air itu. Simply say, its RIAK.

2). Hati tidak mahu menerima motivasi ibarat penutup botol kosong yang tertutup rapat. Apabila diisi dengan air nescaya tidak akan masuk. Begitulah penerimaannya terhadap motivasi iaitu menolak dan menutup hatinya daripada menerima ilmu yang hendak disampaikan kepadanya.

3). Motivasi yang disampaikan sudah berulang-ulang kali disampaikan dengan cara yang sama sehingga penerima berasa bosan dan akhirnya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

4). Memang diri individu tersebut merangkumi jasad dan hatinya menolak MOTIVASI tanpa apa-apa alasan. Barangkali padanya motivasi itu tidak penting walaupun dia tahu semua orang memerlukan motivasi.

Begitulah MOTIBASI yang saya maksudkan. Motibasi ini membawa maksud yang negatif dan sebolehnya dijauh dan dielakkan daripada meracun dalam diri anda. Namun, andai kata diri masih merasa eleman MOTIBASI, carilah punca-punca yang menyebabkan anda merasakan motibasi itu. Setelah itu, berazamlah untuk berubah dan berdoalah kepada Yang Maha Esa semoga dijauhkan/dihindari daripada segala anasir-anasir yang menyebabkan anda merasa MOTIBASI.